Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Banyak Rekod Telah Dipadamkan Dalam Simulator Kapten Zaharie

Banyak Rekod Telah Dipadamkan Dalam Simulator Kapten Zaharie



Banyak Rekod Simulator Telah Dipadam , Kini Kaedah Forensik Digunakan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan, banyak maklumat dalam simulator milik juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dipadamkan.

Justeru, kaedah forensik kini digunakan bagi mendapatkan semula data yang hilang.

Ahmad Zahid berkata, hal ini tidak bermakna pihak polis menuduh Kapten Zaharie atau mahu memberikan tekanan kepada keluarganya tetapi siasatan perlu dijalankan secara terperinci berdasarkan beberapa kemungkinan.

Sebelum ini, pihak polis telah mengambil simulator penerbangan milik Kapten Zaharie di rumahnya sebelum dilaporkan menemui lima landasan lapangan terbang dalam perisian program simulator tersebut.

Antaranya lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang markas tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia serta tiga lagi landasan India dan Sri Lanka yang kesemuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter. – MYNEWSHUB


Baca juga disini:

Nak Tahu Apa Yang Ada Dalam Simulator Kapten Zaharie?


2 comments:

errmm.. spekulasi kot.. haha

19 March 2014 at 20:07 comment-delete

Saya tak kenal Kpt Zahari. Cuma saya fikir tak mungkin dia begitu. Menyokong parti pembangkang tak menjadikan dia manusia jahat.

Anonymous
20 March 2014 at 08:16 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ