Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Misteri MH370: Jangan Marah-Marah




Sesiapa yang dah baca teori konspirasi bertajuk SIAPA YANG RUGI? SATU LAGI TEORI KONSPIRASI YANG PATUT BACA!! ini adalah pesanan dari penulis asal. Ida semakin berdebar-debar tetapi kita kena terima hakikat bahawa "Manusia merancang ALLAH juga merancang dan DIA lah sebaik2 perancang."


Jangan marah-marah.

Saya percaya ramai yang tidak sabar menanti jawapan kepada pengakhiran MH370. Ramai juga yang pastinya tidak bersedia untuk menghadapi hari mendatang selepas peristiwa MH370 ini. Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum tarikh 24 Mac 2014. Ada apa pada 24 Mac? Saya pun tak tahu sebab saya tak boleh ramal masa depan. Yang pasti, kita tunggu sahaja keputusannya nanti.

Andai kata pesawat ditemui dalam masa terdekat ini, tak kira di mana pun ia berada, sama ada di Laut China Selatan, Andaman, Hindia, Diego dan lain-lain lokasi, saya percaya kotak hitam dan laporan analisanya hanya akan di dedahkan lama selepas kejadian ini berakhir. Ia akan memakan masa mungkin berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Namun saya masih berpegang dengan pendirian saya bahawa MH370 yang asli sudahpun tenggelam di Laut China Selatan. Tak kira apa definisi tenggelam bagi korang, saya tidak berganjak selagi belum terbukti kerana saya sudahpun membaca skrip yang sedang dipentaskan. Saya tidak ada ilmu scan, tidak tahu pun cara nak scan dan tak pernah belajar ilmu scan. Jangan pula marah-marah andai kata MH370 muncul di perairan Koridor Selatan waima di Diego Garcia, kerana saya telahpun menjelaskan sebab-sebab yang akan berlaku sekiranya pesawat tiba-tiba muncul di lautan lain selain LCS. Boleh rujuk artikel bertajuk "MH370: Siapa Rugi?".

Saya tidak pernah menyuruh anda untuk mengikuti wall ini terus-terusan kerana sebelum terjadinya kes MH370, saya sudahpun menulis banyak siri pendedahan seawal pendedahan mengenai Kes Lahad Datu, 901 Jalan Duta, Raja Nusantara dan banyak lagi kes-kes yang terjadi dalam negara kita melibatkan pelbagai tipu muslihat. Banyak yang telah saya ceritakan. Namun, sejak MH370 ini, saya tidak menyangka artikel saya meletup dan telah dibaca melebihi 2 juta pembaca secara keseluruhannya.

Saya amat yakin artikel saya telahpun sampai ke tangan-tangan yang tidak sepatutnya dan juga telah dibaca oleh pihak berkuasa termasuklah PDRM, DCA, MKN dan unit-unit perisikan baik tempatan waima antarabangsa. Artikel juga telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan disebarkan sejauh negara-negara jiran dan juga negara Eropah. Saya juga telah mendapat ribuan email dan mesej berhubung pendedahan saya dan juga dakwaan aneh saya bahawa MH370 masih di Laut China Selatan.

Apapun, kita tunggu kemunculan Dato Seri Najib di kaca TV pada sidang media. Tak kira petang ini atau petang esok lusa. Yang pasti, jawapan kepada pengakhiran hanya ada ditangannya. Silap keputusan yang dibuat oleh DSN, maka silaplah hala tuju negara ini. Maka, berdoalah agar beliau tidak tersalah buat keputusan. Jangan kerana silap seorang, negara tergadai.

Oh ya, hari ini sudah lebih 10 hari MH370 hilang. Saya yakin ramai yang sudah mula hilang kepercayaan dan mereka sudah mula merasa bosan dan malas mengambil tahu mengenai MH370. Maka, ketika itulah rencana yang lebih besar akan direncanakan dan ia akan menyebabkan lebih banyak siri episod drama baru di negara kita....

22 Mac 2014, KDYMM Sultan Abd Halim Muadzam Shah berangkat mencemar duli ke luar negara. (Boleh betulkan sy jika sy silap)

23 Mac 2014, PRK Kajang. Saya tak sokong sesiapa. Tapi saya berharap PKR kalah di sana.

24 Mac 2014, tarikh yang amat saya tunggu-tunggu.

Sekian.

-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.


2 comments:

Freescale Semiconductor ada membangunkan teknologi untuk kegunaan tentera kan? Kehilangan MH370 mungkin ada kaitan dengan pihak yang ingin mendapatkan teknologi tersebut? Sekadar pendapat.. Jangan pandang serius sgt ya..

22 March 2014 at 23:43 comment-delete

Sekarang ni saya tengah berdebat dgn anak bujang saya.. Kami melayari webpage flightradar.. Dia dok musykil kenapa altitude drop ke '0' dgn mendadak.. Memanglah kami takde kepakaran cuma idea dia yg buat saya tertarik.. Mungkin sbb selalu tengok movie.. Mungkinkah ada mikrocip tertentu ditukar .. Teknologi itu milik negara mana? Adakah pihak tertentu yang ingin membawa pengetahuan itu 'pulang'?

23 March 2014 at 02:25 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ