Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: China Sahkan Tiada Warganegaranya Terlibat Keganasan, Rampasan



KUALA LUMPUR: China hari mengesahkan bahawa tiada warganegaranya yang hilang bersama-sama pesawat MH370 pada 8 Mac, terlibat dalam keganasan atau rampasan pesawat.

Menurut laporan South China Morning Post, Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang hari ini berkata China telah membuat siasatan rapi ke atas semua penumpang dari negara itu, dan tidak memperolehi apa-apa bukti yang boleh dikaitkan dengan aktiviti sabotaj.



Beliau turut berkata tiada individu atau kumpulan telah menghubungi mana-mana pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan kehilangan pesawat itu di negara itu termasuk mengajukan apa-apa tuntutan politik.

Pesawat itu membawa 153 orang warganegara China.

Sementara itu, Huang berkata fokus pencarian pesawat itu kini adalah untuk berusaha mengecilkan kawasan pencarian.



Beliau menambah China telah mula mencari pesawat tersebut di kawasan koridor utara Wilayah China.

Dua puluh enam negara kini membantu untuk mencari pesawat selepas satelit dan data radar tentera memperlihatkan dua koridor besar di mana pesawat itu berkemungkinan telah diterbangkan.



Koridor utara merintangi kawasan kira-kira dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand, sementara koridor selatan merintangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.


Baca juga di sini

MH370: Tiada Pesawat Tidak Dikenali Melalui Ruang Udara Kazakhstan Dan Kyrgyzstan


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ