Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Gambar 'Pintu Tandas' Hanya Gurauan, Mahu Lihat Reaksi - Chef Wan

Gambar 'pintu tandas' hanya gurauan



KUALA LUMPUR: Chef selebriti Datuk Chef Wan akur dengan sebarang tindakan terhadap beliau yang ‘mempersenda’ insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagrammya di @chefwan58.

Katanya, ianya hanyalah satu gurauan untuk melihat reaksi orang ramai terhadap gambar yang dimuatnaik beliau yang kemudiannya dipadam.

Beliau yang berada di sebuah pantai pagi tadi memberitahu pihak krew untuk berjenaka dan lihat reaksi orang Malaysia yang suka "melatah dan mengutuk orang."

“Saya percaya bahawa ada yang pernah bergurau tentang isu ini dalam beberapa hari lepas namun saya sengaja meletakkan gambar itu di Instagram untuk melihat reaksi orang ramai.

“Tidak sampai 10 minit, saya dihubungi oleh Ayie Murai.com… Benar bahawa orang Malaysia suka mencari sebab untuk memburukkan orang lain walaupun ia bertujuan untuk membuat orang ketawa dan ia merupakan satu jenaka,” kata beliau menerusi Instagram.

Beliau juga akur dengan sebarang tindakan terhadap beliau.

“Saya terima segala akibat susulan tindakan saya. Saya sengaja melakukannya dan saya berjaya.”

Dalam entri itu, Chef Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Sementara itu, menurut undian yang dilakukan di AstroAwani.com, 80.68 peratus mahu Chef Wan meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Malaysia Airlines manakala 7.41 peratus bersikap neutral terhadap insiden berkenaan.



Baca juga di sini

Chef Wan persenda penemuan objek yang dikatakan pesawat MH370


3 comments:

rasanya tak patut kot,
macam tak hormat je keluarga penumpang tu..
jenaka?hmmm..ntahla...

21 March 2014 at 19:33 comment-delete

chefwan..mcm2 le... rasanya bgntung kpada pndapat msing2 la.. depent

21 March 2014 at 21:31 comment-delete

Chefwan x sengaja kot..... niat beliau hanya nak bgurau hehe. Kita pun kekadang wat silap begitu secara x sengaja.

22 March 2014 at 06:29 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ