Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: SPEKULASI MENGENAI AYAH ADALAH SATU PENDERITAAN & KESAKITAN KEPADA KELUARGA

SPEKULASI MENGENAI AYAH ADALAH SATU PENDERITAAN & KESAKITAN KEPADA KELUARGA

Bersabarlah wahai Aisyah... Ida amat memahami apa yang awak alami sekarang malah apa yang awak alami ini telah lama di alami oleh kami sebagai anak-anak polis ini. Sehingga kini ayah kami masih lagi di hina oleh segelintir masyarakat. Kadang-kadang nak mengaku sebagai anak polis pun malu bukan kerana malu dengan tugas ayah tetapi sedih mendengar penghinaan yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seolah-olah kami ini tidak punya perasaan. Sebagai seorang anak, Ida bersimpati dengan awak, berdoalah semoga spekulasi ini tidak benar.... Ida percaya dan jauh disudut hati Ida berharapkan agar spekulasi ini tidak benar sama sekali seperti yang dilemparkan oleh masyarakat terhadap kerjaya ayah Ida. Tetapi minta maaf kerana Ida memang berminat dengan teori konspirasi dan spekulasi.   



SPEKULASI MENGENAI AYAH ADALAH SATU PENDERITAAN & KESAKITAN KEPADA KELUARGA - AISYAH ZAHARIE


Beberapa hari lalu sehingalah ke hari ini, spekulasi mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam penglibatan rampasan pesawat MH370 masih bertiup kencang. Media barat khususnya masih menerbitkan artikel pendedahan maklumat yang mana pemberita Malaysia sendiri tidak ketahui.

Di samping itu, spekulasi "kehilangan" keluarga kapten Zaharie turut dimainkan, mendakwa Keluarga tersebut telah berpindah sehari sebelum kejadian itu berlaku.

Namun pada hari ini, Daily Mail telah melaporkan anak perempuan kepada kapten Zaharie telah terbang dari Australia untuk kembali ke pangkuan keluarganya, di Malaysia.

Aisyah Zaharie telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai "satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga".

Sumber laman web Mirror pula berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar & tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.".

Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur. (Sumber Dailymail)


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ