MH370: Terkini, AMSA Gagal Mencari Objek Berukuran 24 Meter Yang Ditemui Satelit Australia
KUALA LUMPUR: Cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi yang dipercayai boleh membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu
Menerusi akaun Twitter rasmi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), @AMSA_News, ia berkata bahawa pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion, gagal mengesan objek berukuran 24 meter itu.
Namun pesawat lain akan diterbangkan untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370:
Awal hari ini, pihak AMSA mengesahakan objek berkenaan terapung di Lautan Hindi namun menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Semetara itu, pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.
Berita Terdahulu
MH370: Cari kotak hitam langkah seterusnya misi SAR - Hishammuddin
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata usaha mencari kotak hitam pesawat MH370 merupakan tindakan seterusnya yang akan dilakukan.
Hishammudin menekan kepentingan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan pakar dari French Civil Aviation Safety Investigation Authority (BEA).
"Saya nyatakan semalam bahawa langkah seterusnya adalah untuk mencari kotak hitam. Mengambil pengalaman kes Air France 447, walaupun mereka tahu di mana lokasi itu dan terdapat serpihan, ia mengambil masa dua tahun untuk mereka menemui kotak hitam.
"Jadi, sekarang kita akan cuba mencari kotak hitam dengan teknologi sonar dan aset tertentu perlu digunakan dalam usaha itu," kata pada sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.
Awal hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat, objek bersaiz 24 meter ini berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) MH370 diteruskan di koridor Utara dan Selatan sehingga dua objek yang ditemui satelit Australia di selatan Lautan Hindi disahkan sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang
Katanya, Malaysia turut menghantar dua pesawat ke Kazakhstan bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan masih belum ditemui.
Hishammuddin juga berkata, semua negara yang terbabit dengan operasi SAR MH370 sudah hantar aset ke koridor utara dan selatan.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.
0 comments:
Post a Comment