Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Transkrip Komunikasi, Tiada Yang Pelik Seperti Didakwa The Telegraph - Hishammuddin



KUALA LUMPUR - 22/3/2013: Transkrip komunikasi pesawat MH370 bersama menara kawalan tidak menunjukkan sebarang keadaan luar biasa namun masih lagi dalam siasatan, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Transkrip berkenaan kini di tangan pasukan penyiasat untuk diteliti selanjutnya.

"Seperti amalan kebiasaan ketika siasatan dilakukan, transkrip berkenaan tidak boleh didedahkan kepada umum. Namun saya boleh mengesahkan bahawa transkrip berkenaan tidak menunjukkan sebarang keadaan luar biasa," katanya dalam sidang media di hotel Sama-Sama di Sepang.

Susulan pendedahan The Telegraph yang menerbitkan transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan pada 54 minit terakhir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkatan laporan itu "tidak sahih dan tidak tepat."

Apabila diminta oleh pihak media untuk mengulas tentang transkrip berkenaan, beliau sekali lagi menegaskan, "Laporan The Telegraph itu tidak tepat."

Seperti yang dilaporkan akhbar bahasa Inggeris itu, transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "




Baca juga di sini:

MH370: Komunikasi 54 Minit Terakhir Didedahkan - Mungkin Di Sabotaj

MH370: Pasukan penyiasat teliti 'panggilan misteri' Kapten Zaharie

MH370: Panggilan Dari Kokpit Cuma Spekulasi - Polis


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ