Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tony: Kucing Kesayangan Keluarga Aku

Assalamualaikum wbt. Entry hari ini memaparkan gambar-gambar gelagat Si Tony iaitu kucing kesayangan keluarga aku di Johor Bahru. Kucing ni sebenarnya ayah jumpa sebaik saja kami berpindah ke Johor Bahru. Sekarang keluarga aku sudah menetap di Johor Bahru selama 7 tahun, bermakna usia Tony juga 7 tahun... Dah masuk sekolah darjah satu kan? Hehehe...



Tembok koridor tingkat 9 ini (Apart rumah kami) menjadi tempat lepak Tony setiap hari.



Ini adalah aktiviti harian Tony iaitu mengira setiap kereta yang lalu lalang di bawah. Hari-hari biasa memang tak banyak kereta yang lalu tetapi akan menjadi 'jem giler' bila hujung minggu dan awal pagi Isnin kerana laluan tersebut menjadi laluan 'alternatif' menuju ke Singapore. Almaklumlah orang-orang Singapore akan 'balik ke sarang' pada waktu tersebut setelah 'bershopping' sakan di Johor Bahru.







Bagi Tony meniti di tembok ini sudah menjadi kebiasaannya, tapi kita pula yang gayat!



Yang kecil tu adalah Oren anak kepada Tony. Tetapi setelah dimandulkan Oren telah diserahkan kepada seorang kenalan Ayah aku yang tinggal di Pasir Gudang. Maklumlah duduk Apartment banyak sangat peraturan dan undang-undang yang dibuat. Salah satunya dilarang memelihara binatang di dalam rumah seperti kucing, anjing, ayam.... ermmm ayam? Ada ke orang bela ayam dalam rumah? Ah sudah!!! hehehe..



Ini pula adalah tingkap Tony. Lubang tu muat-muat badan dia jer. Kalau dia dah bosan duduk atas tembok tu, dia akan mengintai dalam lubang tu.



Tapi biasalah... bela kucing memang banyak risikonya! Rice-cooker Emak aku menjadi mangsa tempat Tony melepas! Akhirnya emak terpaksa membeli rice-cooker yang baru!



Tempat tidur Tony yang disediakan. Tetapi Tony ni suka tidur merata-rata. Ikut dan dia saja!









Satu yang patut dipuji sangat pasal Si Tony ni, dia tidak akan ganggu ketika Ayah mengerjakan solat. Dia akan setia menunggu di tepi sejadah sehingga selesai. 


Inilah wajah saya yang bernama Tony itu... garang tak?




5 comments:

Melepas dlm rice cooker?ni dh kes berat ni.hahaha

17 July 2013 at 13:50 comment-delete

Melampaunye ko tony...xde tmpt lain yg lebih terpuji ke? Hahaha

17 July 2013 at 14:29 comment-delete

Ngahahaa... melepas dalam rice cooker tu yang tak tahan... hahhahaha

Anonymous
17 July 2013 at 14:50 comment-delete

whoho kesaaau kecin nih! :p

17 July 2013 at 15:47 comment-delete

amboi. comelnye kucing. haha. awk JB bhagian mana ek? btw kim salam kucing :)

20 July 2013 at 23:37 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ