Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KOMET ISON - Sebuah Trajektori Api, Salji, Udara & Tanah (PT 3)




KOMET ISON Sebuah Trajektori Api, Salji, Udara & Tanah. Ini Perlambangan Kepada Al-Mahdi Akhir Zaman.






Mari kita melihat semula Komet ISON itu dari bawaannya sejak 10,000 tahun lampau. Apa maksudnya ia diliputi oleh api, salji, udara dan tanah?

Saya akan terangkan kepada anda. Maksudnya begini. DIA (AL-MAHDI) ITU MEMPUNYAI KEBERANIAN MENYEBAR KEBENARAN KE SELURUH ALAM DENGAN RASA TAWADUK.


Anda tentu sukar memahaminya. Teruskan membaca sehingga anda terjumpa maksud dari hati saya. ADAKAH MEREKA SAMA?

Setengah orang berpendapat ia sama dengan Komet 1680 (The Comet Of 1680). Ternyata anggapan mereka itu salah. Kajian yang dibuat oleh saintis mendapati bahawa walaupun mereka seakan-akan sama, seolah-olah dari satu induk (the same parent body), tetapi mereka sebenarnya tidak berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk post kami pada siri (1) untuk pengesahan perkara ini.


Kami telah menyebut perkara ini di situ. INI FOKUS KAMI Perkara yang ingin kami focus pada siri (2) ini ialah tentang sifatnya yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Mari kita lihat semula petikan kata-kata Syaidina Ali k.a.w dalam kitab Jufr Ahmar. “


…. yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang jahat”. 


[5] YANG DILIPUTI API, SALJI, UDARA DAN TANAH. Kami namakan sifat itu sebagai sifat kelima. Kami telah membahas sifat-sifat sebelumnya pada post yang lepas. Harap maklum.

Sekarang saya memberi sebab kenapa DIA (AL-MAHDI) ITU MEMPUNYAI KEBERANIAN MENYEBAR KEBENARAN KE SELURUH ALAM DENGAN RASA TAWADUK.

Ayat di atas terkandung di dalam 4 bahan yang akan kami ceritakan satu persatu. Mari kita mulakan dengan bahan yang pertama.

BAHAN [1] : API. Dari maklumat sains yang kami terima tentangnya pada waktu perihelion (the time of closest approach near the sun) dianggarkan suhunya mencapai 2,700 °C (4,890 °F), Itu adalah kepanasan yang sangat tinggi , yang cukup panas untuk mencairkan besi.

MAKSUD API DENGAN KEBERANIAN

Jika kita melihat perkaitan ini, maka jelas sekali orang yang akan datang itu (Imam Mahdi) mempunyai keberanian yang sangat tinggi untuk menundukkan segala manusia yang sombong dan takbur. Dengan ini, mana-mana kuasa besar sekalipun akan jatuh dan roboh kepadanya. AS dan Negara-negara Barat akan menyerah kepadanya. Russia, Cina & sekutu-sekutunya akan tunduk kepadanya. Bahkan Yahudi yang terkenal sombong dan takabur itupun akan mengakui kepahlawannya. Jangan kamu takut dan ragu-ragu untuk berpihak kepadanya. Sekalipun dia gagap dan kakinya pincang, tetapi dia berhati berani untuk menewaskan musuh-musuhnya. Janganlah kamu bersikap bodoh dengan menurut orang-orang yang bodoh sehingga mempersenda-sendakannya.

Ingatlah kepada hadis Rasulullah SAW yang berbunyi seperti berikut. “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit dan ahlul bait (terutama Al-Mahdi) adalah keselamatan bagi penduduk bumi”. 


BAHAN [2] : SALJI. Ia juga diselaputi oleh salji. Bintang ini bukan setakat mempunyai api yang panas, tetapi juga mempunyai salji sehingga ia digelar PENJELAJAH BERSALJI Mari kita dengar kata-kata seorang saintis yang menukilnya sebagai penjelajah bersalji seperti berikut.

“Lebih kurang 10000 tahun lalu, komet ISON meninggalkan Oort Clouds dan bergerak ia menuju matahari. Pada November 2013, penjelajah bersalji (icy wanderer) ini akan sampai kepada puncak perjalanannya. Maka ia berupaya mewujudkan satu pemandangan menarik di atas permukaan bumi ini”. 

Kemudian ada juga pendapat atau kata-kata dari seorang saintis cun astronomi bebas, Luke Scantamburlo yang berkata seperti berikut,

“pada pendapat saya, sebagai sebuah badan cakerawala di abnormal pendekatan untuk Matahari, dan shuns model komet yang berkaitan dengan imej bilangan kecil atau bola salji kotor….” 


 BOLA SALJI KOTOR 

Maksud yang cuba disampaikan oleh beliau ialah tentang bola kecil yang penuh salji. Ia ditakrifkan kotor ialah barangkali kerana perjalanannya yang panjang sehingga mencapai 10,000 tahun untuk mencapai satu kitaran orbitnya.

MAKSUD SALJI DENGAN KEBENARAN

Semua orang tahu bahawa salji itu putih. Dan putih itu pula bermaksud kesucian. Dan kesucian itu pula bermaksud kebenaran. Putih itu indah sebagaimana kebenaran itu juga indah. Bahkan putih itu sendiri menimbulkan pemandangan yang sangat cantik dan indah. Saya baru terbaca di Metro Online tentang Gurun Acatama di Chile mula diliputi salji. Selama berpuluh-puluh tahun ia kering kontang dan tandus, tiba-tiba ia menjadi sangat cantik dan indah oleh hamparan salji. Itulah kehebatan salji dan barangkali itulah perkara yang patut kita tahu tentang manusia suci akhir zaman, Al-Mahdi Al Muntazar.


KEBENARAN SEORANG PEJUANG 

Seperti kata seorang komentar yang pernah saya baca, Al-Mahdi sangat takut untuk menerima takdirNya, maka kerana itu dia lari, lari & lari. Maka dia dipaksa untuk menerima baaih. Maka bermulalah tugasnya sebagai pemimpin akhir zaman. Dia dilantik Tuhan untuk memimpin umat Islam. Maka kepimpinannya ibarat salji yang bermaksud kebenaran. Dan kebenaran yang dia bawa itu pula memberi keindahan kepada akhlak manusia melalui keindahan akhlaknya. Kemudian kebenaran yang dia bawa itu juga menjadi pedoman dan bimbingan kepada susunatur hidup umat Islam di akhir zaman. Bukan sahaja kita (umat Islam) terpesona dan tertarik dengan akhlaknya, kasihsayangnya, kehalusan budi pekertinya, amalan hidupnya & penegakkan sunnah-sunnah Rasul di dalamnya, bahkan umat-umat lain juga. Bahkan segala binatang dan pohon kayu juga. Semuanya menerima rahmat dengan bertebarannya butir-butir salji indah daripadanya.


SIFAT [3] : UDARA. Komet ISON ini juga memiliki udara bersamanya, selain api dan salji yang kami sebut sebelum ini. Mana buktinya bahawa ia mempunyai udara (atau gas)?

Mari kita dengar kata-kata Luke Scantamburlo sekali lagi.

“Sudah tentu, inti cometary dikelilingi oleh debu dan gas yang dikeluarkan oleh komet (maksudnya komet ISON) secara beransur-ansur disebabkan oleh interaksi angin solar dengan tenaga sinaran Matahari….” 

Apa yang disebut oleh Syaidina Ali k.a.w bahawa komet ini diliputi oleh udara juga benar dan bertepatan sekali dengan penemuan-penemuan sains.


MAKSUD UDARA DENGAN MEDIUM 

Medium ini maksudnya ke seluruh alam. Ini kerana udara itu wujud di mana-mana sahaja, samada di bumi, lautan mahupun di kawasan atas (atmosfera). Maka udara itu bermaksud seluruh kawasan yang terdapat di sekeliling kita. Bila Al-Mahdi muncul, dia akan membawa kebenaran itu ke seluruh alam. Ke Timur & ke Barat, Utara & Selatan. Negeri-negeri besar & kecil semua mengetahui kemunculannya & mengetahui pula kebenaran yang dibawanya. Kepimpinannya diterima global samada secara rela atau secara peperangan. Tidak ada sesiapapun yang dapat memberi alasan kepadanya. Kerajaannya luas seperti kerajaan Raja Iskandar Zulkarnain. Dan atas sebab itulah, dia menjadi pemimpin baru untuk dunia yang baru, dunia Islam alaf baru.


 SIFAT [4] TANAH : Maklumat saintifik yang kami kutip mengenainya menunjukkan bahawa saiz “nukleus palsunya” (teras pepejal dikaburi oleh gas dan debu yang membentuk koma komet) terdiri daripada kadar yang luar biasa. Debu yang dimaksudkan itu adalah tanah, iaitu bahan keempat yang kami sebutkan sebelum ini. Maka kerana itu, hendaklah anda faham bahawa Komet ISON itu diliputi oleh api, salji (air), udara & tanah. Ini bersamaan pula dengan kata orang-orang tua bahawa dia terdiri daripada tanah, air, api & angin.

APA MAKSUD TANAH ITU? Kalau anda biasa menelaah kitab-kitan tua, pasti anda terjumpa perbahasan antara langit dan bumi tentang kelebihan mereka. Dipendekkan cerita, bumi itulah yang lebih mulia kerana di dalam perutnya, terdapat kubur para Nabi & Rasul.

TANAH BERMAKSUD TAWADUK Kemudian di antara kawasan bumi (tanah) itu, terdapat pula yang lebih tawaduk (merendah diri) di antara mereka. Contohnya, Gunung Tursina lebih tawadhuk daripada gunung-gunung yang lain di zamannya sehingga Tuhan memilihnya untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi Musa a.s. Banyak lagi contoh-contoh lain. Tetapi maksud tanah itu adalah tawaduk (rendah diri). Dengan ini, hendaklah anda ketahui bahawa Al-Mahdi Akhir Zaman itu adalah seorang manusia yang sangat tawaduk.

Kami akhiri post kali ini dengan pengulangan ayat yang sangat penting. DIA (AL-MAHDI) ITU MEMPUNYAI KEBERANIAN MENYEBAR KEBENARAN KE SELURUH ALAM DENGAN RASA TAWADUK. Banyak lagi rahsia-rahsia lain yang akan terbuka selepas ini. Insyaallah. Kami akan membahas segala sifat-sifatnya, seluruhnya sehingga kita semua akan menjumpai sesuatu yang lebih menakjubkan. Begitu juga tentang ramalan Nostradamus terhadapnya. Teruskan membaca sehingga siri-siri berikutnya.



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ