Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kami Histeria

Kami Histeria





Red Films dengan kerjasama Astro Shaw (ASHW) dan Marna Films tampil dengan filem terbaru bergenre komedi seram iaitu "Kami Histeria" yang bakal menemui penonton pada 6 Februari depan.



Menurut Pengarah Urusan Red Films, Lina Tan, filem ini adalah idea asal dan lakon layar Rafidah Abdullah yang mendapat ilham untuk cerita ini semasa penggambaran di sebuah pangsapuri yang bersebelahan hutan dan mendengar cerita dari penghuni pangsapuri itu tentang suara yang mereka pernah dengar dari hutan itu.

"Skrip "Kami Histeria" mengambil masa hampir setahun untuk siap kerana kesibukan jadual Rafidah. Selepas itu, persediaan telah mengambil masa lebih daripada 3 bulan kerana kami terpaksa menyiapkan muzik untuk filem ini dan pelakon-pelakon terpaksa menjalani latihan bermain alat muzik," ujarnya.

Sementara itu, pengarah filem ini, Shamyl Othman berkata, dia nyata gembira dengan filem sulung arahannya ini walaupun memakan masa yang agak lama untuk disiapkan.

"Kita menjalani penggambaran pada September 2012 dan ia penggambaran hanya memakan masa selama 28 hari sahaja tetapi proses penyuntingan yang mengambil masa lama.

"Bagaimanapun, saya tetap gembira apabila ia akhirnya siap," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Kami Histeria" di Cathay Cineplex ECurve, Rabu.

"Kami Histeria" menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Nur Fazura, Diana Danielle, Afdlin Shauki, Nad Zainal, Sara Ali dan ramai lagi.

Jom saksikan  gambar sekitar perlancaran filem tersebut

Kami Histeria

Kami Histeria

Kami Histeria

Kami Histeria

Kami Histeria

Kami Histeria

Kami Histeria

Kami Histeria

Kami Histeria


Sinopsis Kami Histeria

Filem "Kami Histeria" ini mengisah lima sahabat yang menubuhkan kumpulan band yang digelar Kami Histeria. Kesemua mereka mencari tempat yang sesuai untuk berjamming dan memilih kawasan perumahan flat yang berdekatan dengan hutan bertujuan untuk berlatih, Walaubagaimanapun, sejak mereka berada di flat itu, mereka kerap dikejutkan dengan orang menjerit di tengah-tengah hutan itu. Kumpulan itu membuat keputusan untuk membiarkan bunyi jeritan itu dan menganggap bunyi itu datang dari burung hantu. Mereka tidak menghiraukan bunyi itu dan terus merakam lagu. Namun begitu selepas lagu itu disiarkan di YouTube, hidup mereka selama-lamanya berubah.

Klasifikasi: P13
Genre: Komedi / Seram
Tarikh Tayangan: 6 Februari 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
Pengarah: Shamyl Othman
Pelakon: Nur Fazura, Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin, Izzue Islam, Afdlin Shauki


5 comments:

Nak tengok nanti

19 January 2014 at 15:56 comment-delete

kalau lakon layar by Rafidah, mesti best. macam Istanbul aku datang dulu..

19 January 2014 at 20:43 comment-delete

insyaAllah klu ada mse nk tgk..huuu

20 January 2014 at 10:09 comment-delete

filemnya sudah adasilahkan di download http://goo.gl/SGwCsu

Anonymous
14 March 2014 at 20:32 comment-delete

filemnya sudah adasilahkan di tengok http://goo.gl/SGwCsu

Anonymous
14 March 2014 at 20:34 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ