Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Hafiz AF Kurus Terkena Buatan Orang???

Hafiz AF Kurus Terkena Buatan Orang?


Susuk tubuhnya yang agak berisi serta gaya rambut kerinting kembang menjadikan Hafiz Suip mudah dikenali dan disapa oleh para peminat.

Namun kehadiran peraih Vokal Lelaki Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) di sidang pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP ERA baru-baru ini nyata menarik perhatian dengan penampilan tubuh badan yang susut.

Menafikan dirinya kurus kerana sakit terkena buatan orang (ilmu hitam), Hafiz bagaimanapun mengakui dirinya baru sembuh daripada demam yang dihidapi sejak dua minggu lalu.



"Jangan risau, saya tidak sakit kerana terkena sihir buatan orang, Alhamdulillah semuanya itu tidak berlaku pada saya.

"Mungkin salah satu faktor saya kurus adalah saya baru sembuh daripada demam teruk sejak dua minggu lalu. Sakit tahun baru katakan," ujar Hafiz berseloroh.

Hafiz AF Kurus Terkena Buatan Orang?

"Sebenarnya saya memang sedang giat ke gimnasium untuk menguruskan badan bagi menyingkirkan lemak dan menambahkan lagi stamina. Maklumlah tugas saya memerlukan saya sentiasa bertenaga dan kekal sihat sentiasa. Bila badan dah makin susut saya rasa ringan dan lebih berkeyakinan.

"Saya akui salah satu sebab utamanya juga adalah sebagai persediaan untuk Anugerah Juara Lagu 28 yang akan berlangsung 26 Januari ini," tambahnya lagi.

Menyentuh tentang persediaannya untuk Anugerah MeleTOP ERA yang akan berlangsung pada 8 Februari depan, Hafiz yang tercalon dalam tiga kategori iaitu kategori Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan Grup/Duo MeleTOP dan bakal bersaing dengan beberapa nama besar seperti Dato' Siti Nurhaliza, Stacy, Akim dan ramai lagi mengakui sedikit gementar, tetapi tidak sabar menantikan malam kemuncak anugerah yang bakal berlangsung buat pertama kalinya itu.

"Pada malam tersebut saya akan cuba membuat persembahan yang terbaik dan pastinya ada menyuntik sedikit elemen istimewa yang pastinya kejutan kepada para penonton.

"Saya tercalon dalam tiga kategori dimana ketiga-tiga kategori itu menampilkan ramai pesaing yang sememangnya mantap belaka dan ia membuat saya lagi gementar dan pada masa yang sama teruja. Saya doakan yang terbaik untuk semua yang tercalon.

Hafiz AF Kurus Terkena Buatan Orang?


"Tipulah kalau saya cakap saya tak nak menang kan? Tentulah nak menang tapi biarlah ia menjadi persaingan yang sihat tanpa ada sebarang unsur persengketaan. Justeru siapa pun yang menang mereka adalah yang terbaik antara yang terbaik dan saya ucapkan selamat berjaya kepada semua yang tercalon," kata penyanyi berusia 23 tahun ini lagi.

Ditanya tentang perancangan terkini dunia seninya, Hafiz menyatakan buat masa ini dia mahu fokus pada dua anugerah tersebut serta mempromosikan single terbarunya bersama Dato' Rossa yang bertajuk "Salahkah".
"Buat masa ini biarlah saya fokus pada persiapan untuk kedua-dua anugerah ini dan pada masa yang sama mahu mempromosikan single terbaru saya bersama Dato' Rossa yang klip videonya sudah pun dilancarkan di laman YouTube.

"Saya teruja dengan kolaborasi ini kerana umum sedia maklum tentang kredibiliti vokal dan pesona Rossa dan saya akui saya adalah antara peminat setia beliau. Penggambaran klip video "Salahkah" dilakukan sepenuhnya di Jakarta. Saya berasa puas hati dengan kolaborasi ini bukan sahaja kerana peluang berduet dengan penyanyi hebat dari seberang tapi pengalaman yang diperolehi dari kerjasama ini.

"Untuk perancangan masa hadapan pula, sekiranya berpeluang, saya mahu berkolaborasi pula dengan penyanyi lama. Soal siapa artis tersebut atau siapa yang menjadi pilihan saya bukanlah soal utama kerana saya bukan jenis yang memilih.

"Saya perhatikan, sekarang ini banyak lagu-lagu lama yang diberi nafas baru oleh penyanyi baru tetapi generasi kini kurang mengenali siapa penyanyi asal dan itu yang membuatkan saya bercadang untuk berkolaborasi dengan penyanyi lama kerana mahu menghidupkan semula kegemilangan lagu evergreen tetapi dalam masa yang sama berjaya diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat," kata Hafiz mengakhiri perbualan.

Hafiz AF Kurus Terkena Buatan Orang?

Hafiz AF Kurus Terkena Buatan Orang?

Hafiz AF Kurus Terkena Buatan Orang?

Hafiz AF Kurus Terkena Buatan Orang?

Hafiz AF Kurus Terkena Buatan Orang?



4 comments:

syok la demam2 boleh kurus..hahaa ^_^

20 January 2014 at 20:37 comment-delete

Moga semuanya baik baik belaka naknya..amin..

20 January 2014 at 23:02 comment-delete

semoga hafiz sihat sokmo..aamiin

21 January 2014 at 10:56 comment-delete

lately artis selalu guna ayat terkena buatan orang. baru baru tengok melodi remy ishak pun kata dia terkena buatan orang..ramai yang dengki ngan artis nampaknya..hehehe

Regards,
-Strider-

21 January 2014 at 16:58 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ