ILMU FITAN ITU SENDIRI ADALAH FITNAH
ILMU FITAN ITU SENDIRI ADALAH FITNAH
Artikel oleh : Ibn Jawi
Ilmu Fitan atau juga disebut ilmu Eskatologi dan lebih popular kini disebut sebagai “Teori Konspirasi” adalah satu perkara yang sentiasa hangat dibahaskan. Para ulama Islam suatu ketika dahulu ada yang mengarang pelbagai Kitab mengenainya. Antara yang popular adalah ulama Hadis, Imam Nuaim ibn Hammad dengan karya berjudul al-Fitan. Selain itu, ulama Sirah, Ibn Kathir dengan karya berjudul al-Nihayah al-Fitan wal Malahim. Seterusnya, ulama Sufi, Imam al-Barzanji dengan karya berjudul al-Isya'ah li ashrath al-Sa'ah.
Walaubagaimanapun, menurut pemerhatian Ibn Jawi, manhaj atau metodologi penulisan ilmu Fitan oleh para ulama silam amat berbeza dengan apa yang sering kita baca melalui penulisan segelintir penulis zaman kini. Oleh itu, dalam karya-karya Ibn Jawi, manhaj penulisan yang diambil adalah sepertimana yang para ulama silam tuliskan dan Ibn Jawi meninggalkan manhaj penulisan segelintir zaman kini.
Walaupun manhaj penulisan penulis zaman kini sememangnya tampak lebih “wow”, namun, bagi pandangan peribadi Ibn Jawi, pengambilan manhaj penulisan cara ulama silam adalah lebih selamat lagi barakah. Walaubagaimanapun, Ibn Jawi tetap sahaja menghormati apa sahaja pandangan para penulis dan peminat “Teori Konspirasi” sekalian selagimana tidak bercanggah dengan usul agama dan terlampau melayang-layang takwilannya.
Apa bezanya antara kedua manhaj tersebut? Sebenarnya, para ulama terdahulu menulis ilmu ini adalah dengan berpegang kepada hadis riwayat Imam Ahmad, “Dajjal tidak akan muncul sehinggalah manusia melupakannya dan Imam-Imam meninggalkan untuk memperingatinya di atas mimbar-mimbar”.
Tapi, bukankah para pengkaji Teori Konspirasi juga sering menyebut tentang “Dajjal” dan sangat peka dengan segala logo mata dan segi tiga? Maka inilah apa yang Ibn Jawi katakan bahawa “Ilmu Fitan ini adalah Fitnah”. Secara zahir hadis memang nampak para pengkaji Teori Konspirasi seperti “memperingatkan” Dajjal. Namun, jika ditafsir hadis ini, maka akan tersingkaplah bahawa betapa bahayanya ilmu Teori Konspirasi jika diambil secara metodologi yang salah.
Yang dimaksudkan dengan “memperingatkan” dajjal dalam hadis ini adalah memperingatkan BAHAYA dajjal iaitu datangnya bagi melupakan manusia terhadap Tuhan. Dan tanda manusia itu ingat akan bahaya dajjal adalah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu bagi mengukuhkan iman serta amalan-amalan bagi mendinding diri.
Sebagai satu peringatan, kelak ketika Dajjal keluar, manusia yang menyangka telah tahu banyak tentang Dajjal akan keluar bagi mencabar Dajjal. Namun akhirnya, manusia itu sendiri akan menjadi pendokong tegar dajjal. Ini kerana manusia tersebut hanya mengkaji segala isu remeh tentang Dajjal tanpa mengkaji perkara yang lebih utama. Dia terlupa untuk mempersiapkan diri bagi menghadapinya.
Segala tentang Dajjal dikajinya, namun terlupa untuk mengenali sifat Tuhan yang Haq. Akhirnya Dajjal yang ingin bersemayam di atas Takhta Jerusalem itu telah berjaya menipu umat manusia dengan mengaku sebagai Tuhan sedangkan Dajjal itu sama sahaja seperti manusia biasa. Sesungguhnya Allah tidak serupa dengan makhluk.
Para pemuda kini agak aneh kerana mereka hanya sibuk berdebat dimana tempat munculnya Dajjal dari arah timur itu? Sama ada di Isfahan atau Khurasan atau dimana? Bahkan sampai bergaduh antara kelompok A dan kelompok B. Sedangkan fitnah Dajjal pasti sampai ke seluruh muka bumi. Belum pun Dajjal keluar bagi melakukan huru-hara, manusia telahpun dalam keadaan huru-hara bergaduh menenai bab ini.
Ketahuilah Ilmu eskatologi hanyalah sebuah teori yang dzanni dan bukannya qatie. Maka tak perlu taksub hingga tahap berbalah kononnya teori yang dipegangnya lah yang paling tepat.
Malah, ada mereka yang sampai ke tahap paranoid apabila apa sahaja isu dikaitkan dengan agenda Yahudi dan Dajjal. Sebagai contoh, isu Bumi Sfera turut dikaitkan dengan agenda “musuh Islam”. Kata mereka, sesiapa yang mempercayai maklumat NASA iaitu kononnya agen Yahudi yang tidak menganggap Bumi itu leper adalah telah ditipu kerana ianya salah satu agenda Dajjal.
Na’uzubillahiminzalik. Tidakkah mereka sedar bahawa fatwa Bumi itu berbentuk Sfera (Dahaha/Oblate) telahpun disepakati oleh ulama Islam sendiri sehingga hampir mencapai tahap IJMA’? Maka disini, siapa sebenarnya yang telah tertipu?
Kemudian, tidakkah kita perasan, jika Allah menceritakan kehebatan penyelewengan Namrud, Samiri, Firaun dan sebagainya, pasti setelah itu Allah akan mengkhabarkan bahawa hakiatnya Allah lah yang Maha Berkuasa. Allah juga akan mendedahkan kelemahan figure-figure tadi dengan kisah-kisah azab yang dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk penghinaan .
Ini tidak seperti apa yang kita baca melalui penulisan segelintir “pengkaji teori konspirasi” kini yang hanya menceritakan kononnya segala kehebatan adalah milik Dajjal tanpa memberitahu bahawa Allah lah sebenar-benarnya yang Berkuasa. Ini mengakibatkan manusia menjadi takjub dan takut terhadap dajjal tanpa tentu arah.
Maka itulah antara contoh perbezaan ilmu Fitan yang dibawa oleh para ulama silam dengan segelintir “pengkaji ilmu fitan” kini. Para ulama dalam membentangkan teori-teori naratif hari Kiamat adalah dengan berdalilkan nas. Setelah mereka menceritakan betapa dahsyatnya fitnah ilmu sihir Dajjal yang mengkufurkan umat manusia, mereka akan memuji kebesaran Allah agar manusia tidak berasa Takjub dan menganggap Dajjal itu lebih berkuasa.
Malah para ulama akan memberi motivasi dan panduan kepada manusia agar dapat mengatasi masalah Dajjal ini kelak dengan melazimi amalan-amalan tertentu lalu terselamat dari fitnah Dajjal. Inilah manhaj Ilmu Fitan yang diguna pakai oleh para ulama. Mereka mengambil manhaj ini dari pola ayat al-Quran dan Hadis.
Antara ulama Sunni kini yang paling popular mengguna pakai metodologi ilmu fitan seperti ulama silam adalah Syeikh Hamza Yusuf. Manakala ulama melayu zaman kini yang sama metodologi penulisannnya dengan ulama silam adalah Syeikh Abu Ali Ahmad Fahmi Zam-Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.
p/s : Gambar hanyalah hiasan bagi menarik perhatian pembaca. Ianya kajian Ibn Jawi terhadap perkaitan antara simbol sihir popular dalam mana-mana tamadun iaitu “mata” yang sering membawa fitnah berbentuk kekufuran. Sebesar-besar fitnah adalah fitnah dajjal yang membawa sihir. Dan tandanya adalah matanya buta sebelah dan tertulis kalimat Ka Fa Ra (kafir).
#KitabTamadunYahudi
ILMU FITAN @ ILMU ESKATOLOGI VS TEORI KONSPIRASI
Dah lama menanti artikel seperti ini. Terima kasih Ibn Jawi untuk penerangan yang mendalam dan seimbang.
Cumanya saya berpendapat ramai yang komen dalam artikel ini tidak habis baca atau tidak cukup tenang dalam membaca sehingga tersalah faham maksud.
Ada yang menganggap Ibn Jawi memperkecilkan Ilmu Eskatologi serta ulama-ulama yang menulisnya walhal dari pembacaan saya ia tidak berlaku.
Malah Ibn Jawi dengan terang dan jelas menerangkan perbezaan perspektif serta penekanan Ilmu Eskatologi vs Teori Konspirasi dan perbezaan metodologi ulama terdahulu serta penulis zaman sekarang.
Untuk merumuskan secara ringkas apa yang saya faham perbezaan antara Ilmu Eskatologi ulama terdahulu dengan Teori Konspirasi penulis hari ini adalah:
1) Ulama terdahulu dalam memperingatkan tentang kewujudan Dajjal dan gerak kerjanya, ia diseimbangkan dengan pembinaan holistik diri (ilmu dan amal, dunia dan akhirat) serta peringatan terhadap keEsaan Allah mengatasi Dajjal.
Ini cara yang positif dan proaktif.
2) Manakala penulis teori konspirasi hari ini lebih berpaksikan takut, was was, meroyan dan merintih sehingga ia membawa ke tahap paranoia melampau, tidak dapat membezakan fiksyen dan realiti. Ketaksuban kepada Dajjal mengatasi ketakwaan kepada Allah SWT.
Ini cara yang negatif dan pasif (menunggu nasib)
Walhal, dalam berdepan dengan situasi ketentuan Ultimatum (Qada dan Qadar), baginda Nabi SAW pernah ingatkan dalam hadith tentang Hari Kiamat ini.
Dan baginda bersabda:
Jika esok berlaku Kiamat dan di dalam tanganmu memegang biji tamar, maka tanamkan ia.
Pada saya jelas sungguh apa yang baginda Nabi hendak kita fokus kepada iaitu sentiasa berbuat kebaikan dan kebajikan dalam ruang lingkup kuasa dan kemampuan kita.
Jangan meratapi nasib atau berputus asa. Ketentuan yang akan berlaku pasti berlaku. Jangan difokus hanya pada apa yang bakal berlaku, tetapi fokus kepada apa yang kita boleh lakukan.
Makanya, Teori Konspirasi yang membawa kepada ketakutan dan paranoia melampau itu sendiri telah jatuh sebagai fitnah apabila ia tidak membawa sekelumit kebaikan, malah ketaksuban melampau terhadap sesuatu mengatasi ketakwaan kepada KeEsaan Dia serta keimanan kepada Qada dan Qadar.
Ini pandangan saya. Jika salah mohon betulkan.
Terbuka untuk perbincangan.
-JB-
Kredit: The Patriots facebook
1 comments:
Perkenalkan nama saya zull fikar. Dan saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH JONOSEUH atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH JONOSEUH,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH JONOSEUH atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH JONOSEUH karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH JONOSEU di 0823 4444 5588 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih..
Post a Comment