Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Makanan Lori Pikap Semakin Popular

Makanan Lori Pikap Semakin Popular


APAKAH sebenarnya keistimewaan lauk-pauk atau makanan dijual oleh para penjaja menggunakan lori pikap, yang kini semakin banyak dan mewarnai kehidupan di Kuala Lumpur?

Sarapan pagi atau makan tengah hari di tepi jalan dan menikmati juadah penjaja lori pikap ketika ini menjadi trend terutama dalam kalangan pekerja pejabat.

Tidak kira pekerja biasa mahu pun pegawai yang datang bertali leher dan berbaju kot, mereka tidak segan silu berbaris menunggu giliran dan kemudian makan di tepi jalan, di sisi lori pikap peniaga terbabit.

Kebanyakan penjaja terlibat yang menggunakan lori pikap muatan 1,900 kilogram, menghidangkan pelbagai jenis menu makanan di dalam bekas khas. Mereka juga menyediakan meja dan kerusi untuk kemudahan pelanggan pada waktu pagi atau tengah hari.

Makanan Lori Pikap Semakin Popular



Berpakaian kemeja, bertali leher dan berseluar ‘slack’ sambil makan di sisi lori pikap yang diletakkan di tepi jalan bukan lagi pemandangan baharu bagi warga kota.

Bagaikan satu budaya atau trend, pelanggan selesa berbaris untuk membeli makanan dijual oleh penjaja di atas lori pikap sebelum menikmati juadah tersebut di meja yang disediakan di sisi kenderaan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi seperti di Mutiara Damansara, Petaling Jaya; Jalan Dungun, Bukit Damansara; Pandan Indah, Ampang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur mendapati terdapat lebih 10 lori pikap menjual makanan di lorong-lorong bangunan pejabat.

Antara jenis lauk yang dijual adalah ayam goreng berempah, sambal sotong, masak lemak cili api dan bermacam lagi jenis masakan selain sayur-sayuran.

Hasil tinjauan selama dua minggu mendapati, pelanggan dalam kalangan pekerja warga kota termasuk mereka yang berjawatan tinggi seperti pensyarah dan pegawai bank, mula beratur seawal pukul 12 tengah hari untuk membeli makanan.

Hampir 80 peratus pelanggan terdiri daripada warga kota bekerja di bangunan-bangunan pejabat berhampiran.

Perniagaan penjaja lori pikap bertambah sibuk pada pukul 12.30 tengah hari iaitu ketika waktu rehat pekerja-pekerja pejabat.

Sepanjang tempoh itu, kebanyakan pekerja warga kota gemar membeli makanan di lori pikap itu berikutan kebanyakan hidangan yang dijual disediakan mengikut pesanan pelanggan.

Menu pilihan pelanggan ialah ayam goreng berempah. Ini kerana ia dihidangkan ketika ayam goreng tersebut masih lagi panas, iaitu digoreng di atas lori pikap atau berhampiran.

Pelanggan boleh memilih sama ada untuk terus menikmati hidangan di situ atau dibungkus. Jika mereka memilih untuk makan di sisi lori pikap, penjaja turut menyediakan kemudahan seperti meja, kerusi dan juga pencuci tangan.


Berikut antara lokasi penjaja lori pikap menjalankan perniagaan di beberapa lorong bangunan pejabat di Kuala Lumpur:

JALAN DUNGUN, BUKIT DAMANSARA

KEBANYAKAN pekerja dari 12 bangunan pejabat di situ lebih selesa membeli juadah makan tengah hari yang dijual oleh lima penjaja lori pikap di kawasan ini.

Jarak antara setiap lori pikap ialah kurang 30 meter.

Lori pikap 1: Menjual makanan nasi goreng ayam kunyit mengikut pesanan pelanggan. Harga: RM5

Lori pikap 2: Nasi beriani ayam dan daging. Harga: Ayam RM7, daging RM8.00.

Lori pikap 3: Mi rojak dan cendol. Harga: Mi rojak (RM3.50), cendol (RM1.50)

Lori pikap 4: Nasi putih dan lauk-pauk. Harga: Mengikut jenis lauk.

Lori pikap 5: Buah-buahan pencuci mulut seperti jambu, betik dan tembikai. Harga: RM1

MUTIARA DAMANSARA, DAMANSARA

TERDAPAT dua lori pikap menjual nasi putih dan lauk-pauk dengan jarak antara setiap satu hanya 50 meter.

Terletak berhampiran dengan pasar raya besar, kedai Mamak dan restoran makanan segera.

Lokasi: Berhadapan dua bangunan pejabat dan jarak 100 meter dari restoran makanan segera.

Menjual nasi putih dengan lebih 10 jenis lauk-pauk. Antaranya ialah ayam goreng berempah, ikan sambal, ayam masak lemak cili api, sayuran dan minuman.

Peniaga turut menyediakan empat meja makan, beberapa kerusi di bawah payung yang disediakan. Harga: Mengikut jenis lauk yang diambil

PANDAN INDAH, AMPANG

TERDAPAT dua lori pikap menjual pelbagai jenis makanan. Lokasinya menjadi pilihan kerana berhampiran dengan masjid dan memudahkan umat Islam menunaikan solat.

Lori pikap 1: Menjual pelbagai jenis nasi goreng, laksa, sup bihun dan mi bandung. Turut menyediakan minuman sejuk dan panas untuk dihidangkan kepada pelanggan. Harga: RM4.50 (nasi goreng, laksa)

Lori pikap 2: Rojak dan cendol. Harga: RM3.50 (rojak), RM1.70 (cendol). - Utusan



Teruja nak menjual / berniaga melalui Lori Pikap ni? Baca sini syarat-syarat permohonan


2 comments:

entri yang menarik

1 March 2014 at 22:02 comment-delete

mungkin sebab lokasi dia strategik kot. santai je bila nak makan. orang kita kan suka bab-bab santai menyantai ni.. hehe.. pastu senang nak mengemas, tak payah nak angkat2 payung lagi dah..

2 March 2014 at 19:42 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ