Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SHARNAAZ: SAYA TERIMA SMS MENJATUHKAN MARUAH KELUARGA DARI FAUZI

SHARNAAZ: SAYA TERIMA SMS MENJATUHKAN MARUAH KELUARGA DARI FAUZI



KUALA LUMPUR, 25 FEB 2014: Aktor, Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia telah menerima kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada pelakon, Fauzi Nawawi yang seolah-oleh boleh menjatuhkan maruah keluarganya.

“Mengapa dia (Fauzi Nawawi) tunjuk SMS dari saya sahaja? Mengapa tidak tunjukan kepada media SMS yang dia berikan kepada saya?

“Kalau dia mendakwa SMS saya itu sebagai ugutan, bagaimana pula dengan SMS yang dia berikan kepada saya?

“Saya tak mahu mendedahkan apa-apa pun isi daripada SMS yang dikirimkan kerana kalau saya buat seperti yang dia dan isteri lakukan, saya takut Fauzi sendiri yang malu.

“Apa yang saya boleh katakan, SMS dia benar-benar mencabar kehormatan dan maruah keluarga saya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Menerusi laporan Harian Metro semalam, Lisdawati mendakwa telah diserang oleh pelakon utama drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.

Selain diserang, suaminya, Fauzi Nawawi turut mendakwa menerima SMS ugutan dariapda hero drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu.

Berikutan insiden berkenaan, Lisdawati dan suaminya, telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


Baca artikel terdahulu di sini

Mereka panggil saya Anjing Kurap - Sharnaaz Ahmad

Saya tidak akan melutut dan minta maaf - Sharnaaz




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ