Menakjubkan Pantai Warna Merah Darah Di China
Sekali pandang macam darah tetapi bukanlah darah melainkan merahnya itu berasal dari rumput sea-blite, yang tumbuh di sekitar tepi pantai yang menutupi hampir 6.000 hektar tanah.
Pantai merah ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri kepada para pelancong yang singgah. Pantai yang terletak di delta Sungai Liaohe, iaitu 30 km dari barat daya Kota Panjin, China ini tidak selalu merah kerana warna merah ini hanya boleh di lihat saat musim gugur sahaja. Di saat itu, rumput yang awalnya berwarna hijau berubah menjadi warna merah.
Waktu terbaik untuk menyaksikan pantai berwarna merah ini adalah pada bulan September, itulah waktu terbaik untuk menikmati hamparan karpet raksasa berwarna merah. Pada bulan tersebut, rumput mulai berubah warna dari hijau menjadi merah terang, dan akhirnya menutup seluruh permukaan pantai. Sungguh menakjubkan...
2 comments:
Wah, sangat menarik. Sebelum ni kita dapat tengok kawasan pantai yang warha biru dan putih saja.
Cantiknyer. Macam belum pernah tengok je selama ni..
Post a Comment