Kesan Buruk Pada Kita Apabila Facebook Membeli Whatsapp
Perkongsian dari Whatsapp
Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar?
Apa impaknya kepada kita?
Sedikit ‘latar belakang’ pembelian tersebut:
1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.
2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba ‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp ‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat WhatsApp.
Apa yang mereka mahu?
Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon).
Mereka mahu tahu lokasi sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab, Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Sekarang, itu yang Facebook mahukan.
Apa yang perlu saya buat sekarang?
1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.
2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!
3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.
4. Sekarang anda boleh menyahpasang aplikasi WhatsApp.
Apa saya nak gunakan selepas ini?
Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’ dari Playstore Google.
Kenapa Telegram dan bukan yang lain?
Banyak sebabnya, antaranya:
1. Bayangkan WhatsApp sekarang (hijau) bertukar biru. Hampir keseluruhan antaramuka (user interface) adalah sama. Tak perlu belajar cara penggunaan semula (no learning curve)
2. Chat di satu peranti (device/phone/tablet) boleh dibaca/sambung di peranti lain, atau komputer. Boleh guna satu akaun di pelbagai peranti (multiple devices)
3. Untuk perbualan yang sensitif, ada mode rahsia ‘Secret Chat’ yang tidak direkod di mana-mana kecuali di peranti/pengguna yang berkenaan sahaja (peer-to-peer), dan selepas perbualan itu dipadam, tiada lagi sebarang rekod tentang perbualan tersebut. Ia menggunakan protokol penyulitan (end-to-end encryption) sebagaimana yang digunakan oleh sistem perbankan dalam pelayar (browser)
4. Pengguna boleh ‘logout’ jadi anda boleh memilih untuk merahsiakan masa dalam talian (online) anda dari orang tertentu.
5. Laju. Mesej teks dipadatkan (compressed) jadi ia boleh berfungsi dengan baik dalam keadaan sambungan internet yang perlahan atau lemah (contohnya bila berkongsi WiFi atau peruntukan bulanan sudah habis, atau dalam mode internet percuma)
6. Saiz! Untuk peranti Android (APK + DEX + LIB) Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb. Oleh kerana saiznya yang lebih kecil (paling kecil sebenarnya setakat ini), ia kurang menggunakan simpanan (storage, memory card) dan juga ingatan telefon (memory, RAM)
Untuk peranti berkuasa rendah (atau murah/sederhana) biasanya masalah utama ialah kapasiti simpanan dalaman (internal storage). Ia adalah antara sebab kenapa masih ramai yang menggunakan WhatsApp dan bukan yang lain. Kini sudah ada alternatif yang lebih baik!
7. Telegram adalah percuma, dan tiada iklan. Walaupun kebanyakan kita masih menggunakan WhatsApp secara percuma, tetapi sebenarnya ianya adalah atas ‘ihsan’ (courtesy) kerana ia sebenarnya dicas RM kepada sesiapa yang mempunyai kad kredit di akaun Google mereka. ‘Ihsan’ diberikan setakat ini adalah kerana memandangkan kebanyakan pengguna di sesetengah negara menghadapi kesulitan untuk memiliki kad kredit (dan mereka tidak mahu kehilangan pengguna).
8. Pembuat Telegram memang menyasarkan (target) pengguna tegar WhatsApp. Sebab itu mereka menawarkan hampir semua fungsi dan faktor serta antaramuka yang sama dengan WhatsApp, bahkan lebih baik, terutamanya dari segi keselamatan (security) yang mana pengguna WhatsApp adalah amat terdedah kepada penggodam (hackers) terutamanya bila menggunakan WiFi awam seperti di restoran dan cafe.
JANGAN LUPA:
Lakukan langkah ini seberapa segera yang boleh!
Padamkan data-data anda dengan segera jika anda menghargai privasi peribadi anda (dan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan)
Jangan nyahpasang (uninstall) dulu, padam akaun anda dulu!
Jangan pula lupa untuk memberitahu kenalan anda untuk sama-sama ber’hijrah’, agar perhubungan tidak terputus.
Pautan (link) untuk Telegram: klik sini
Untuk daftar Telegram, sama saja seperti WhatsApp.
Pasang, masuk nombor, tunggu mesej pemastian, siap.
P/s: Saya nasihatkan kenalan-kenalan supaya bertindak segera dalam sehari dua ini juga. Jangan gadaikan biodata anda kepada intipan. Kalau anda tak kisah sekalipun, ingatlah keluarga dan kawan-kawan tersayang, mungkin anda boleh menyebabkan mereka yang menjadi mangsa.
Ayuh segera tinggalkan WhatsApp!
Sumber: facebook
mazeermohamad.com
Telegam Untuk PC/Desktop - klik sini
Nota: Tak tahu la yerk... dulu masa facebook pun dorang cakap macam ni juga konon facebook akan/boleh detect data-data kita...ironinya semakin bertambah-tambah pula orang join facebook, sorang ada sampai 2-3 akaun facebook sehinggakan Malaysia mencatatkan jumlah penggunaan yang tertinggi di dunia...Jangan ingat wechat, kakaotalk dan yang sewaktu dengannya itu semuanya selamat...walaupun dari China atau Jepun sama jer kerja dorang mengendap juga macam US dan Israel tu...
2 comments:
owhhhhh....
thank for the imformation...
Post a Comment