Mereka Panggil Saya "ANJING KURAP" -Sharnaaz Ahmad
Itu la ..klu takde punca tak kan si Sharnaaz ni akan mengamuk sakan... dan si Fauzi pun tidak cite apasal Sharnaaz serang bini dia... di situ saja dah tunjuk ada benda yg tak betul. ...dlm report polis yg Fauzi buat pun tak cite apa puncanya... tetiba2 jer dia kata Sharnaaz ugut dan serang bini dia...Sharnaaz dah jawab tak kan dia nak serang dgn membabi buta sbb dia bukan gila...rupanya ada cite disebaliknya...apa mereka ingat mereka suami isteri tu suci sgt ker? Bini pun ada sejarah kaki gaduh dgn Rita Rudani dan Nadia Mustafar...Orang kata kalau takde angin tak kan pokok bergoyang...
Punca Sharnaaz Ahmad serang Lisdawati dan Ugut Fauzi Nawawi didedahkan oleh hmetro hari ini - Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran keras kepada pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berdepan tindakan saman tahap maksimum.
Amaran keras Sharnaaz Ahmad itu dinyatakan beliau menerusi Harian Metro hari ini sebagai respon kepada tuduhan yang dilemparkan pasangan itu berhubung isu menyerang, menengking dan mengugut dalam SMS.
Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.”Menurut Sharnaaz, sesiapa pun akan marah dan meradang jika dipanggil anjing kurap lebih-lebih lagi jika turut melibatkan ibubapa.“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.”“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin.”
1 comments:
Shahnaz.. kau nampak lebih hensem bila kau cool..
Post a Comment