Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Masalah Wanita Berpunggung Besar

Masalah Wanita Berpunggung Besar


Kajian saintifik mengatakan wanita berpunggung besar lebih pintar berbanding wanita lain dan juga dikatakan lebih mudah untuk bersalin. Lelaki juga lebih tertarik kepada wanita yang miliki extra padding di bahagian punggung macam Kim Kardashian atau pun Jennifer Lopez. Namun bagi kami wanita yang miliki punggung lebar, bukan seronok ya, malah banyak masalah yang kami alami!

Susah cari seluar jeans

Setiap kali nak beli seluar baru, seksa semacam. Setiap kali mencuba seluar,ada sahaja yang tidak kena. Kalau bahagian punggung muat, bahagian pinggang pula longgar! Nak tempah seluar satu kerja lah pula, bukan murah. Selepas itu kalau berat badan naik, kena buat seluar baru.

Makan lebih sedikit, nampak di punggung

Lain orang, lain cara badan mereka nampak lemak berlebihan hasil terlebih makan. Bagi wanita berpunggung besar, makan seketul ayam KFC sahaja sudah mulalah tak boleh zip skirt dan seluar. Tempat utama naik berat dimana lagi kalau bukan di punggung.


Masalah Wanita Berpunggung Besar

Kena pakai spanx

Nak nampak langsing apabila pakai dress, terpaksa pakai spanx dan tahan nafas!

Tak boleh shopping online!

Anda mesti sedia maklum bahawa saiz pakaian yang dijual online hanya muat orang kurus dan berbadan kecil sahaja. Bagi mereka yang miliki punggung besar tidak mungkin muat pakaian yang dibeli online!

Asyik terlanggar benda

Bukan salah kami punggung kami asyik terlanggar barang sampai jatuh!

Tak boleh pakai seluar bercorak

Leggings adalah musuh utama setiap wanita berpunggung lebar. Orang lain pakai leggings pergi ke kelas yoga nampak cantik, tetapi kalau kami pakai, mesti pedih mata memandang. Lagi pedih kalau pakai seluar berwarna terang atau bercorak.

Lelaki pandang semacam

Tak pakai sendat pun mereka pasti terpandang. Tak sengaja katanya. Kasihan wanita berpunggung lebar.

Susah nak buang lemak punggung

Nak kurus? Diet dan senaman sahaja tidak cukup. Malah anggota badan lain dah nampak susut namun punggung masih kekal sama! - news.mylaunchpad.com.my


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ