Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Amaran Keras Tipu Pelepasan Cukai, Denda 200% Ikut harga Cukai Yang Dikurangkan



PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi amaran keras terhadap pembayar cukai yang cuba menuntut pelepasan cukai lebih daripada yang sepatutnya apabila memilih untuk melakukan Potongan Cukai Bulanan (PCB) sebagai pelan cukai akhir.

Pegawai Perhubungan LHDN, Masrun Maslim berkata, mereka yang cuba menipu di dalam borang TP1 untuk menuntut pelepasan cukai yang lebih akan dikenakan denda dalam jumlah besar.

“Mereka yang dengan sengaja tidak memasukkan maklumat atau mengecilkan jumlah cukai boleh dikenakan denda antara RM1,000 dan RM10,000 serta 200 peratus harga cukai yang dikurangkan.

“Sebagai contoh, jika cukai yang dikira adalah RM5,000 tetapi jumlah yang perlu dibayar ialah RM6,000 iaitu kurang sebanyak RM1,000…maka jumlah yang kurang itu akan didarab dengan 200 peratus,” katanya.

Pembayar cukai individu yang memilih untuk menggunakan sistem PCB sebagai cukai terakhir taksiran bagi 2014 dikehendaki mengemukakan borang potongan rebat kepada majikan mereka supaya potongan cukai bulanan mereka boleh diselaraskan dengan kadar bersesuaian.

Antara rebat yang boleh dituntut ialah seperti pembelian komputer, buku, barangan sukan dan kos rawatan perubatan untuk ibu bapa.

Pada Selasa The Star melaporkan bahawa mereka yang memilih untuk menggunakan sistem PCB tidak perlu menunggu tahun berikutnya untuk mendapatkan rebat pelepasan cukai.

Ia boleh disesuaikan dengan segera oleh majikan dalam potongan cukai bulanan mereka. – Mstar.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ