Miley Cyrus Mengajar Budak-Budak Tentang Seks
Apa lagi tentang Miley Cyrus? Penanyi Disney ini sekali lagi muncul dengan kontroversi terbaru walaupun dia sebenarnya sibuk membuat persembahan konsert.
Ada ibu bapa kepada para peminat Miley yang telah membuat aduan tentang cara persembahannya ketika konsert 'Bangerz'. Mereka telah mendakwa bahawa penyanyi 21 tahun ini sering membuat aksi-aksi ranjang di pentas dan kelihatan seperti 'soft porn'.
Miley pula tidak minta maaf atas cara dia menjalankan konsert dan berkata bahawa dia sedang 'mengajar budak-budak' yang datang ke konsertnya. Sebab konsertnya akan berlangsung di tempat-tempat yang berlainan, Miley kononnya suka menunjukkan "seni" dari segi muzik dan persembahannya di pentas. Dia juga menyatakan bahawa muziknya boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada anak-anak muda.
Selain itu, dia juga berkata dia bukan lagi seorang kanak-kanak dan telah menjadi seorang wanita dewasa yang ingin membuat apa sahaja untuk menonjolkan identiti dirinya.
Sebenarnya, sebelum ini penyanyi 'Wrecking Ball' ini telahpun berkata dia bakal 'mengajar' budak-budak ketika tour 'Bangerz'. Nampaknya ibu bapa terpaksa mengambil langkah-langkah keselamatan supaya anak-anak mereka tidak muncul di kaca TV kelihatan seperti Miley Cyrus. - Sumber news.mylaunchpad.com.my
Nota: Dulu Ida cukup minat dengan Miley... Setiap episod Hannah Montana tidak pernah miss...tapi bila aksi-aksi dia semakin melampau...ida dah rasa menyampah
3 comments:
entah apa2 kan dia ni..huhu
dh x betol dah miley ni menyampah ja tengk
dia tersalah anggap tentang maksud pendidikan kot...
Post a Comment