Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



5 Tanda Anda Benci Kerja Anda

5 Tanda Anda Benci Kerja Anda


Kita bekerja untuk hidup ataupun hidup untuk bekerja? Bagaimana nak tahu sekiranya anda hidup untuk lakukan sesuatu yang anda benci?

Seksa nak bangun pagi

Bukan sebab dah dapat cuti lama dan terpaksa bangun awal pagi Isnin untuk mesyuarat tetapi ini kerana anda terlalu bencikan kerja anda sehingga rasa setiap hari kena bangun pagi macam bangun nak pergi neraka dunia.

Anda sentiasa mengantuk

Tak berjaga malam siapkan kerja pun masih rasa mengantuk. Dah masuk sepuluh cawan kopi yang diteguk namun masih juga rasa penat. Sekejap mengintai jam tangan dan rasa seperti masa tidak berlalu langsung.

Masa tidak berada di pejabat merupakan masa paling berharga

Samada berjumpa klien di luar pejabat ataupun pergi makan tengahari di luar pejabat memang rasa nikmat. Janji tidak duduk menghadap komputer lagi!

Anda sentiasa mencari kerja lain

Resume dihantar merata dan siap melakukan kerja sampingan sehingga anda temui sesuatu yang jauh lebih baik daripada kerja sekarang ini.

Benci kerja lebih masa

Apa? Overtime? Perkataan yang anda paling benci nak dengar. Duduk di pejabat bermula jam 9 pagi sehingga jam 5 petang pun dah rasa macam nak mati, apa lagi kalau terpaksa duduk di pejabat sampai lewat malam.

Jadi bagaimana anda tangani masalah tidak sukakan kerja anda? - news.mylaunchpad.com.my


1 comments:

1/5 bermakna saya masih sukakan kerja saya.. :)

27 February 2014 at 22:05 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ