Tips Perut Rata Untuk Lelaki
Ramai lelaki yang kini runsing mengenangkan perut sedang naik mendadak. Walaupun berbadan kurus namun perut yang naik membuatkan anda kurang selesa dan tidak yakin.
Malah, ada juga yang menggunakan taktik menarik nafas ketika bergambar supaya nampak kurus, namun sampai bila anda boleh bertahan dengan wajah lucu menahan nafas tanpa anda sedari.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk mendapatkan perut yang rata yang boleh dijadikan panduan.
Variasikan senaman
Senaman yang pelbagai memang sangat baik untuk minda dan tubuh badan. Menurut pakar diabetes, pengajar kecergasan dan juga pemilik studio kecergasan dan nutrisi iaitu Jim White, tubuh badan akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berkali-kali. Untuk meningkatkan lebih stamina, lakukan pelbagai jenis senaman seperti mencampuradukkan latihan kardio seperti berlari, beryoga dan melakukan seni pertahankan diri.
Lakukan senaman kardio
Ramai yang beranggapan, senaman kardio perlu ada 'treadmill' di rumah dan perlu ke gim. Sebenarnya, senaman kardio boleh berlaku ketika anda sedang menaiki tangga dan berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai tetapi ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.
Kira saiz hidangan
Bagaimana untuk mengira saiz hidangan? Anda boleh mengira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk maklumat pada label nutrisi. Jika anda makan di luar, tinggalkan separuh dari hidangan ke dalam peti ais untuk dinikmati pada keesokan hari. Untuk memudahkan anda, anda boleh mengira saiz hidangan makanan dengan merujuk laman sesawang stats.areppim.com
Baca senarai nutrisi pada label
Membaca label pada makanan yang anda beli adalah tindakan penting untuk menikmati pemakanan seimbang yang diambil selain mengelak makan makanan yang tidak baik. Elak membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan hadkan kandungan gula. Pilih makanan yang mempunyai serat tinggi lebih dari 3 gram setiap hidangan. Ingatlah bahawa lebih banyak makanan segar yang anda ambil di dalam diet anda, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang.
Masak makanan yang ringkas
Memasak makanan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba untuk memasak dengan kaedah bakar, gril, kukus atau sauté berbanding makanan bergoreng. Pastikan anda masak menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin. Untuk perisa, elak mengambil garam sebaliknya gantikan dengan herba.
Banyakkan memakan sayur dan buah
Anda tidak perlu risau jika memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kadar yang banyak. Sebaliknya, ia memberi anda kesihatan di tahap optimum kerana ia membantu mengekalkan berat badan ideal anda. Sesekali mengambil batang seleri dan cicah bersama mentega kacang atau meratah lobak merah pasti membuatkan anda cukup berselera. Jangan lupa masukkan tomato ke dalam sandwich. Buahan campur yang dihiris dan digaul bersama yogurt di dalam mangkuk boleh dijadikan snek sihat sepanjang masa.
Diharap dengna beberapa tips ini anda dapat amalkan dan mampu meratakan perut anda. Selamat mencuba! - sumber tupai.com.my
2 comments:
Best,, boleh jadi panduan bagi yang sedang berusaha untuk kempiskan perut..
Eeheheheh bukan untuk lelaki je. Untuk qila sekali ni kot hahahhaa thanks kak ida :D
Post a Comment