Saya Tidak akan Melutut Dan Minta Maaf!! - Sharnaaz Ahmad
Kuala Lumpur: "Aku dekat lokasi penggambaran. Kalau pasal Nisda (Nisdawati Nazaruddin) dan Fauzi (Fauzi Nawawi), aku tak nak komen,” kata Sharnaaz Basir Ahmad, 29, ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Usaha wartawan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian itu gagal apabila Sharnaaz bertindak mematikan talian telefon.
Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian dia kembali menghubungi wartawan, namun tetap enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar kejadian itu biarpun diminta berulang kali supaya berbuat demikian.
Sharnaaz mendakwa, semua orang yang terbabit dalam penggambaran berkenaan seperti pelakon, kru dan pengarah mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan.
"Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.
Biarlah mereka (Nisda dan Fauzi) memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (memohon maaf)....,” katanya.
Nota Kaki - Tak tahu la yer... ramai yang berkata Nisdawati ni memang kaki gaduh... dulu pun pernah pergaduh dengan Rita Rudani pada tahun 2006. Sebelum tu pernah juga bergaduh dengan Nadia Mustafar pada tahun 2005. Wallahualam.
4 comments:
saya dapat komen..tq...dapat baca pulak
:/ Kenapa qila tak tahu cerita nii hmmm.
Tapi kan kak ida, qila pernah jumpa Fauzi. Mmg nampak mcm lifeless lah dia tu hehehhe.
Mcm jadi gila hihihi.
Wallahu'alam mungkin dia baru bangun xD hihihi.
Positive thinking giteww hihi
nisdawati memang dari dulu suka cari gaduh..
hurmmm...
Hurmmm.....
Post a Comment