Pendaftaran Premis Makanan
Pendaftaran Premis Makanan Di Bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
Pendaftaran Premis Makanan
Pendaftaran premis makanan merupakan salah satu peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Pengusaha makanan adalah bertanggungjawab untuk mendaftar premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
1). Kategori Premis Makanan Yang Wajib Didaftar
Pendaftaran premis makanan telah dilaksanakan mulai bulan Mac 2010 di mana wajib untuk semua premis makanan yang termasuk di bawah kategori berikut :
- Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan;
- Semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan besar-besaran;
- Semua premis makanan di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan, contohnya restoran, kedai makan, gerai, kantin, penjaja, warung dan sebagainya;
- Semua kenderaan yang menjual makanan sedia dimakan dijual, contohnya, van yang digunakan untuk menjual nasi campur, lori pick-up yang digunakan untuk menjual pasembor dan sebagainya.
2). Kaedah Mendaftar Premis Makanan
Pendaftaran premis makanan boleh dibuat sama ada secara manual dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh diperoleh di Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan atau secara online melalui laman web (sila rujuk Rajah 1). Pendaftaran tersebut adalah percuma dan ia sah untuk tempoh tiga tahun dari tarikh pendaftaran dibuat.
Rajah 1 |
Pendaftaran secara online boleh klik sini Fosim Domestic
3). Kesalahan Dan Hukuman
Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun.
Bantuan Khidmat Nasihat
Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran premis makanan boleh diajukan melalui talian 03-88833558 atau melalui e-mel di alamat domestichelpdesk@moh.gov.my.
1 comments:
Nice
Post a Comment