Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

Filem kanak-kanak mengikut definisinya adalah untuk tontonan kanak-kanak. Namun jika di lihat daripada sudut si penggemar filem, ia tidak lagi di kategorikan sebagai filem untuk kanak – kanak sahaja. Akibat kepada perubahan ini, si pembuat filem kini lebih bijak menggabungkan elemen kartun dan jalan cerita untuk tontonan semua.

Seiring dengan filem "The Hunger Games: Catching Fire" yang sedang di tayangkan, di bawah kami senaraikan 10 filem kanak-kanak yang disukai oleh para dewasa juga.


Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

Despicable Me

Filem animasi komedi yang ditayangkan pada tahun 2010 daripada Universal Pictures dan Illumination Entertainment ini menjadi kegemaran ramai bukan sahaja kanak-kanak tetapi para dewasa juga. Ia adalah filem pertama daripada Illumination Entertainment dan telah di arahkan oleh Pierre Coffin dan Chris Renaud, berdasarkan cerita asalnya oleh Sergio Pablos .

Filem yang disuarakan oleh Steve Carell sebagai Gru, si penjahat yang mengambil tiga budak perempuan sebagai anak angkat (suara latar oleh Miranda Cosgrove, Dana Gaier dan Elsie Fisher). Gru mempunyai beratus- ratus hamba comel yang di panggil Minions.

Kecomelan Minions tersebut yang membuatkan semua bukan sahaja kanak- kanak tetapi para dewasa juga terhibur dengan kenakalan dan kelincahan si Minions. 

Filem ini memperoleh ulasan positif daripada pengkritik dan telah mengumpul lebih kurang $AS543 juta(RM1,782 juta) di seluruh dunia. Sekuelnya iaitu "Despicable Me 2" yang ditayangkan pada Julai lalu juga mendapat sambutan hangat.




Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

The Hunger Games

Siri filem yang dihasilkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik di bintangi oleh Jennifer Lawrence, Josh Hutherson dan Liam Hemsworth. Cerita yang diadaptasi daripada novel yang mengisahkan tentang Hunger Games sebuah acara realiti tahunan yang berlaku di negara Panem. Acara ini mewajibkan rakyat yang berumur antara 12-18 tahun untuk menyertainya. Katniss Everdeen (Lawrence) secara sukarela mengganti tempat adiknya Prim dalam permainan tersebut. Filem ini di tayangkan pada Mac 2012 dan kini sekuel keduanya "Catching Fire" sedang di tayangkan.


Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

Monster Inc

Filem animasi daripada Pixar Animation Studios yang di tayangkan pada 2001 berjaya menambat hati semua penonton. Kecomelan Boo dan keletah dua makhluk Mike dan Sulley, amat menghiburkan. Prekuel yang baru ditayangkan baru-baru ini, telah melepaskan rindu para penonton yang telah menunggu kemunculan mereka semula selama 12 tahun.

Walaupun filem ini dikenakan dua tindakan undang -undang terhadap si pembuat filem yang di failkan oleh Lori Madrid sebelum filem ini ditayangkan dan Stanley Mouse pada tahun 2002 yang akhirnya mereka dibuang kerja, Monster Inc tetap mendapat kritikan positif dan telah menjana sebanyak $AS562 juta (RM1,833 juta) seluruh dunia.

Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

Charlie & The Chocolate Factory

Charlie & The Chocolate Factory merupakan sebuah filem yang dilakonkan semula dan diarahkan oleh Tim Burton. Filem asalnya, "Willy Wonka & The Chocolate Factory" di tayangkan pada tahun 1971. Filem ini juga di adaptasikan daripada novel yang di terbitkan pada tahun 1964. Filem yang berunsurkan musikal ini berjaya menambat hati penonton dengan idea kreatif si pengarah Tim Burton.


Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

Madagascar

Madagascar adalah animasi komedi yang dihasilkan DreamWorks dan ditayangkan pertama kali pada tahun 2005. Filem yang mendapat sambutan hangat memberi insipirasi kepada si pengarah untuk mengarahkan sekuelnya "Escape to Africa" (2008), dan "Madagascar 3: Europe's Most Wanted" (2012)


Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

Home Alone

Pasti anda tidak akan lupa tentang cerita ini yang mengisahkan Kevin McCallister, kanak -kanak lelaki yang berusia lapan tahun yang di tinggalkan secara tidak sengaja oleh keluarganya yang berlepas ke Paris untuk bercuti. Kevin pada mulanya berseorangan di rumah sebelum rumahnya di masuki pencuri dan dia perlu berhadapan dengan mereka. Kebijaksanaan Kevin telah menumpaskan dua pencuri itu.

Pada tahun 2009, filem ini di iktirafkan sebagai filem komedi tertinggi sepanjang zaman. Filem ini melahirkan francais yang berjaya dengan empat filem susulan dan tiga permainan video.


Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

Shrek

"Shrek" ialah filem animasi komedi Amerika 2001 diarahkan oleh Andrew Adamson dan Vicky Jenson dan diibintangi pelakon suara oleh Mike Myers, Eddie Murphy, Cameron Diaz, dan John Lithgow. Sedikit berdasarkan pada buku bergambar dongeng 1990 William Steig, "Shrek!", filem ini diterbitkan oleh DreamWorks Animation. "Shrek" merupakan filem pertama memenangi Anugerah Akademi untuk Animasi Terbaik, kategori yang diperkenalkan pada 2001.


Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

The Parent Trap (1998)

Filem pertama yang di bintangi oleh Lindsay Lohan yang melakonkan dua watak sebagai adik beradik kembar, Hallie Parker dan Annie James yang telah dipisahkan akibat penceraian ibu bapa mereka. Kemudian , mereka telah di pertemukan semula secara tidak sengaja ketika menyertai perkhemahan musim panas. Keletah Lindsay Lohan yang berjaya memainkan dua watak berbeza amat menarik perhatian si penonton.



Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

The Smurfs

Merupakan francis daripada komik dan siri televisyen yang menumpukan kepasa sekumpulan makhluk kecik berwarna biru yang di kenali sebagai Smurfs. "The Smurfs" mula diperkenal sebagai satu siri watak dalam komik, kemudian siri kartun dan kini di layar perak.


Filem Kanak-Kanak Yang Diminati Golongan Dewasa

Up (2009)

Siapa tidak ingat tentang si budak gemuk yang baik hati dalam filem ini. Pipi nya yang tembam itu membuatkan para penonton geram kecomelannya. Filem ini telah menjana lebih daripada $AS731 juta (RM2,340 juta) ketika waktu tayangannya.



4 comments:

YA ALLAH INI MEMANG FAV FOREVER HEHEHEEHHE
<3333

4 January 2014 at 19:11 comment-delete

Ni memanf favourite saya especially Descipable Me tu . Comel sangat minion !

4 January 2014 at 19:14 comment-delete

best

4 January 2014 at 19:32 comment-delete

ika pun minat ni heeee :)

10 January 2014 at 00:06 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ