Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Penutup Tirai Tahun 2013

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Tahun 2013 sudah pun melabuhkan sayapnya tirainya dan diganti pula dengan Tahun 2014. Sepanjang Ida berblog dengan aktif dalam tempoh 5-6 bulan ini, tidak ada sangat kenangan pahit dan manis untuk dikenang dan di ingati. Semuanya berjalan lancar dan biasa-biasa saja. 

Bagi menutup Tahun 2013 blog Ida mencapai pageview melebihi 200,000, alhamdulillah. Bagi blog picisan seperti Ida ini memanglah amat membanggakan kerana Ida buta SEO, Ida buta dalam program meningkatkan Trafik. Yang Ida tahu, Ida hanya membuat entry kemudian hantar ke laman ping-ping (perkongsian artikel). Alhamdulillah blog Ida diterima ramai.

Penutup Tirai Tahun 2013

Dan sebagai penutup tirai Tahun 2013 terima kasih lagi Ida ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang sudi singgah ke blog Ida. Di bawah adalah Top 10 Commentator bagi bulan Disember 2013. Terima kasih untuk semua.


Penutup Tirai Tahun 2013

Di akhir tahun 2013 ini, Ida bermurah hati untuk memberikan sedikit cenderahati kepada Top 5 Commentator Bulan Disember blog Ida ini iaitu:


Di harap anda berlima dapat menghubungi facebook Ida Syuhada dan meninggalkan alamat serta no telefon anda di inbox Ida dengan segera untuk penghantaran hadiah misteri yang tidak seberapanya dari Ida ini. Kepada yang lain-lain Ida memohon maaf mungkin tiada rezeki anda pada waktu ini tetapi sering-sering lah berkunjung ke blog Ida serta meningkatkan jumlah komen anda ;). Pemberian hadiah misteri ini bukanlah dilakukan pada setiap bulan ya, Ida hanya memilih bulan-bulan tertentu sahaja... InshaAllah.

Bagi Ika yang tiada facebook boleh lah menghubungi email Kak Ida : akulahidaitu@gmail.com atau iida_syuhada@yahoo.com.my

Ida memohon maaf kerana sekarang ini blog Ida masih lagi dalam pengubahsuaian. Ida sangkakan ia akan siap menjelang Tahun 2014 ini tetapi belum lagi nampaknya. Cik Abang yang bertanggung-jawab di atas pengubahsuaian ini hanya melakukan di atas waktu-waktu terluang sahaja, itupun Ida amat bersyukur kerana dia sudi mengindahkan blog picisan Ida ini ;) Sebab itu senarai di dalam bloglist Ida kadang-kadang ada dan kadang-kadang tiada. Bagi rakan-rakan blogger yang kalau sebelum ini kita sudah bertukar bloglist dan sekarang blog anda tiada di dalam senarai sila maklumkan semula kepada Ida ya. 

Dan jika ada rakan-rakan blogger lain yang sudi ingin bertukar-tukar bloglist dengan Ida bolehlah tinggalkan link anda di ruangan komen ya.






9 comments:

Tahniah kepada semua top commentator blog Ida. heheh nanti pasni is akan pastikan is antara 10 orang tertop kekekeke. inti x2

iskandarx.com

1 January 2014 at 20:00 comment-delete

PC malu la..hehehe..apa pun terima kasih ye..lillahitaala..saling menyokong satu sama lain..

1 January 2014 at 20:12 comment-delete

tahniah di atas pencapaian yang amat baik. terima kasih juga kerana ida pun selalu singgah di blog akak.. semoga ida terus success di masa yang akan datang..

1 January 2014 at 21:24 comment-delete

Tq....tahniah semua...saya suka blog anda..memang best.

1 January 2014 at 21:38 comment-delete

selamat maju jaya...tq kerana melawat blog saya dari masa ke semasa.

1 January 2014 at 21:39 comment-delete

Wah, hebatnya! Satu pencapaian yang membanggakan. Terima kasih Ida. Sebenarnya, saya pun tak ada FB. Nnati saya emelkan ya.

1 January 2014 at 21:48 comment-delete

terperanjat baca ada hadiah2 pula ea kak ahahaha...terima kasih sangat3 kak...nanti ika email ya :)

semoga kak ida terus gigih berblogging dengan perkongsian yang menarik dan berguna untuk semua terutamanya pembaca Islam :)
selamat tahun baru kak!

2 January 2014 at 12:36 comment-delete

yeh...yeah...nama lan ade rupanya...baiklah ida..nanti lan akan inbox particular details kat fb Ida...

Regards,
-Strider-

2 January 2014 at 16:44 comment-delete

Terima kasih Kak Ida untuk misteri tu. Hehe. Entah apa la yang bakal sampai ke rumah nanti. Apapun, semoga tahun ini, lembaran baru dicoret dengan lebih bermakna dan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. :)

2 January 2014 at 23:29 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ