Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Khuldi Bukan Buah... Ia Cuma Simbolik??

Khuldi Bukan Buah... Ia Cuma Simbolik
Ini adalah buah Fig atau buah Tin. Ramai yang beranggapan
buah Tin adalah buah Khuldi. Sehingga sekarang buah Khuldi
masih belum ditemui.



Buat masa sekarang ini nampaknya ramai belum faham apa yang di maksud dengan buah khuldi dalam Al Quran sehingga ia menjadi isu dan berhujung kepada polemik.

Ada 7 buah yang disebut dalam Al-Quran

1). Buah Pisang
2). Buah Anggur
3). Buah Delima
4). Buah Kurma
5). Buah Zaitun
6). Buah Tin
7). Buah Khuldi


Buah Khuldi adalah buah terlarang dari syurga yang telah menyebabkan Nabi Adam as. kita dan Siti Hawa kita diturunkan dari syurga akibat memakan buah ini. Seperti apa yang telah tertulis dalam Al Qur'an. Allah berfirman :

"Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini,dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim".(Al-A’raaf: 19).





@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Jom kita tinjau erti daripada perkataan Khuldi.

"Hai Adam! Tinggal lah engkau dan isteri mu di janah dan makan lah oleh kamu berdua apa-apa yang kamu sukai, tetapi jangan lah kamu menghampiri syajaratu kerana kamu akan termasuk ke dalam golongan orang yang zalim" (Quran Surah 7:19)

Quran memilih perkataan syajaratu atau syajarah yang selalu di tafsirkan oleh para penafsir dengan perkataan pokok.

Sebenarnya syajaratu bermakna pertumbuhan (growing) manakala syajarah bermakna tumbuh (to grow) apabila kita hendak merujuk kepada Surah 48:18.

"Sesungguhnya Allah telah redha kepada orang-orang beriman itu ketika mereka berbaiat kepada mu di bawah pertumbuhan, DIA mengetahui apa yang di hati mereka kemudian DIA menurunkan keselesaan ke atas mereka dan memberi balasan ke atas mereka dengan kemenangan yang hampir" (Quran Surah 48:18)

Pertumbuhan yang di maksud ialah perkembangan iman atau pertumbuhan Islam masa Quran di turunkan kepada Muhammad SAW. Allah memberi keselesaan dalam hati orang Islam walaupun ketika itu aktifiti semasa dari musuh sangat membahayakan.

Dalam erti harafiah pokok adalah syajarah apabila merujuk kepada Quran 16/68, 27/60, 36/80 dan 55/6.

Dalam Baiah Al Aqabah Al Ula dan Baiah Al Aqabah As Sanniyah pun ada disebutkan kenyataan mengenai kesanggupan warga Madinah setia dan mengawal Nabi walau pun umat Islam pada ketika itu masih dalam tahap pertumbuhan (growing up). Jadi sebenarnya bukan lah berbaiah di bawah pokok (under the tree) melainkan berbaiah di bawah pertumbuhan Islam (under growing).

Allah dalam surah 7:19 tidak pernah mengatakan jangan memakan atau jangan memetik buah daripada pokok, Allah cuma mengatakan jangan menghampiri syajaratu.

Mengikut definasi mahupun perbezaan daripada kedua-dua perkataan tersebut maka boleh di ambil kesimpulan bahawa makna dari Allah melarang Adam jangan menghampiri syajaratu ialah "Adam di larang mengerjakan aktifiti yang boleh menghasilkan pertumbuhan." Pertumbuhan apa yang di maksud dalam hal ini? Pertumbuhan kehidupan janin kesan daripada sperm masuk ke dalam ovum. Ya, anda betul, apa yang di maksudkan ialah bersetubuh (sex).

Al Quran adalah kitab yang suci. Cuma kitab suci lain yang sudah contamined saja yang sanggup letak ayat lucah bagai, namun tidak bagi Al Quran.

Iblis sukses memujuk Adam dan Hawa bersetubuh sehingga kedua-dua insan itu ini terbuai dengan kenikmatan. Apabila sudah sedar mereka mendapati bahawa badan mereka sudah bogel tiada sebarang penutup.

Cuba anda berfikir, andaikan khuldi itu buah. Adam makan khuldi selepas itu beliau terbogel tiada punca penyebab. Logic kah itu? Okay anda boleh cakap dalam syurga semua boleh berlaku. Habis itu.. apakah pengajaran yang Allah nak tunjuk dalam hal ini? Bukan kah Al Quran di turunkan untuk mengajari manusia? Anda makan epal pastu terbogel tidak lah logic. Anda bersetubuh pastu terbogel memang sah2 la ia logic.

Manusia tidak di beri ilmu melainkan hanya sedikit dari ilmu Allah dan cuma orang-orang mahu berfikir yang boleh mendapat sedikit dari ilmu itu. Saya pun sudah memberi alasan yang berasas daripada Al Quran. Saya tidak sekadar mengutamakan akal fikiran dalam hal ini.

Quran surah 7:22 menyatakan bahawa selepas mereka merasai buah dari syajaratu tersebut kemudian mereka terkejut kerana sedar bahawa mereka telah menampak aurat memasing. Kemudian kelam kabut mereka mula menutup aurat dengan mengambil dedaun yang ada dalam taman tersebut.

Walau macam mana pun semua sudah berlaku kerana kehendak Allah yang menginginkan Adam turun ke bumi menjadi khalifah. Walau hanya 'sekelip mata' Allah sudah memberi kenikmatan kepada Adam namun pada masa yang sama Allah memberi anugerah syahwat kepada manusia bagi mengembangkan zuriat kat dunia.

Semenjak zaman Adam hingga ke sekarang sudah begitu banyak nikmat Allah yang kita belum lagi sedari. Jadi.. fa bi ayyi aalai rabbikuma tukazziban... mana lagi nikmat Allah yang kamu bakal nafi..Wallahualam - Sumber


Anda mungkin juga meminati ini Pokok Khuldi Adalah Hubungan Seks


5 comments:

tq ida sebab share cerita ni.. :)

3 January 2014 at 15:10 comment-delete

Perkongsian yang bermanfaat.

3 January 2014 at 18:14 comment-delete

Info ilmiah..terima kasih kerana sharing..

3 January 2014 at 22:09 comment-delete

nice sharing.. sampai sekarang masih terntanya bagaimanakah rupa dan rasa buah khuldi tu..

4 January 2014 at 01:16 comment-delete

nice sharing kak ida!! ^^

4 January 2014 at 07:44 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ