Malam Yang Indah Di Lion Sands Game Reserve Afrika Selatan
Lion Sands Game Reserve. Terletak di salah satu area privat di Afrika Selatan iaitu Sabi Sand Reserve. Tempat ini merupakan lokasi pelancongan yang sangat tidak biasa dan jarang dikunjungi oleh masyarakat luas. Di dalam kawasan ini terdapat tiga rumah pohon yang sangat mewah, iaitu Kingston Treehouse, Chalkleys Treehouse, dan Tinyeleti Treehouse. Tidak hanya mewah, ketiga rumah ini juga menjanjikan pengunjungnya untuk menikmati suasana khas alam bebas dengan beratapkan bintang-bintang dilangit. Berada di atas ketinggian pohon, tidur di dalam rumah ini akan membuat anda merasa dekat dengan alam dan juga merasa damai. Tidak perlu bimbang dan terganggu dengan kesibukan anda seharian, sebab di tempat ini tidak ada bekalan elektrik dan signal talipon bimbit. Anda boleh enjoy dan rehat secukupnya di sini.
0 comments:
Post a Comment