Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Keluarga Penumpang MH370 Reda






Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul. Telah tertulis dalam kitab-kitab bahawa lautan ingin musnahkan manusia kerana dosa-dosanya kepada Allah, dan tiada mustahil juga lautan akan selamatkan manusia jika yakin dan bertaqwa kepada Allah dengan izinNya. Quddusun quddus Rabb-al-arbab,Ya Rahman. - Alfatihah untuk yang beragama Islam.


'Reda', hanya itulah ungkapan yang mampu diluah beberapa ahli keluarga penumpang pesawat dengan perkhabaran terbaharu berhubung nasib pesawat MH370, yang diumum berakhir di selatan Lautan Hindi, selepas hilang sejak 8 Mac lalu.

Zamani Zakaria, 56, bapa kepada Razahan, 23, berkata beliau menerima berita itu sebagai ketentuan Ilahi setelah lebih dua minggu operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

"Pencarian ini berakhir dan kita tidak lagi perlu menunggu dan ternanti-nanti kerana penantian suatu penyeksaan," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Zamani kehilangan anak serta menantunya, Norli Akmar Hamid, 33, yang dalam perjalanan untuk berbulan madu di Beijing, China.

Selamat Omar, 60, bapa kepada Mohd Khairul Amri, 29, juga berkata beliau menerima berita itu dengan hati yang redha dan terbuka.

"Seperti yang saya beritahu di peringkat awal, saya terima apa sahaja ketentuan, ringkasnya saya reda dengan apa yang ditentukan," katanya.

Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.

Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi keluarga anak kapal MH370 di Hotel Marriot di Putrajaya gagal kerana pihak keselamatan meminta wartawan meninggalkan kawasan lobi.

Difahamkan anggota keluarga anak kapal terbabit dipanggil ke satu bilik khas untuk mendengar taklimat pihak MAS. - Bernama, 25 Mac, 2014.







Nota: Gambar akan dikemas-kini dari masa kesemasa


CEO MAS Ahmad Jauhari menangis sambil dipeluk oleh P.Kamalanathan sambil diperhatikan Shahidan Kassim.



Ibu kepada salah seorang penumpang pesawat MH 370 ditenangkan ahli keluarga selepas mendengar pengumuman terkini berhubung kehilangan pesawat MH370



Terpancar kesedihan di wajah Najib Tun Razak dan Hishammuddin Hussein selepas mengadakan sidang media khas berhubung pesawat #MH370 di PWTC malam tadi.



Seorang petugas media dari China menangis teresak-esak ketika menghubungi rakannya untuk memaklumkan perkembangan terbaru mengenai #tragediMH370 di PWTC malam tadi


2 comments:

redha dan doa je yg mampuuu :(( </3

25 March 2014 at 12:22 comment-delete

redha itu penting..takziah...al-fatihah buat keluarga penumpang MH370

25 March 2014 at 13:58 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ