MH370: Aspek Sabotaj Turut Disiasat
KUALA LUMPUR – Semua kemungkinan berhubung kehilangan pesawat MH370, termasuk sabotaj disiasat polis Malaysia dan agensi antarabangsa, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bagaimanapun, katanya, persoalan itu hanya akan terjawab selepas pasukan penyiasat memperoleh data ‘kotak hitam’.
“Kita kena tunggu sama ada serpihan yang akan dikenal pasti itu menjurus kepada penemuan kotak hitam. Maklumat daripada kotak hitam itu akan membantu kita mengetahui apa yang berlaku,” katanya pada sidang media harian Operasi Mencari MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. - BH Online
Baca juga di sini
Polis Temu Bual Lebih 100 Orang Untuk Rungkai Misteri Pesawat MH370
MH370: FBI Akan Soal Isteri Zaharie
1 comments:
Ida..tlg update mimpi Darul Manzil berkenaan mh370.dia mimpi ada pesawat lain yg mgawal mh sehinggakan pilot n capten xdpt nk control mh370
Post a Comment