Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Satelit Perancis Pula Menunjukkan Satu Imej 'Objek Berpotensi' Di Kawasan SAR




KUALA LUMPUR-23/3/2014: Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa Perancis berjaya mengesan imej satelit baru menunjukkan objek yang bermungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang di sekitar koridor selatan.

Malaysia menerima maklumat tersebut pada pagi Ahad dan ia dimaklumkan serta-merta kepada pusat koordinasi operasi Australia.

Sebelum ini, Australia dan China juga mengeluarkan imej satelit ‘objek berpotensi’ berkaitan dengan pesawat MH370 di koridor selatan sekitar Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat kini tertumpu di kawasan 2,000 km ke barat daya Perth selepas Australia mengeluarkan kenyataan yang ia sedang menyiasat kemungkinan terdapat serpihan di sana.

China berkata imej satelit yang dikesannya juga terletak sekitar kawasan itu.

Beberapa pesawat dijadual menyertai misi di koridor selatan pada Ahad tetapi telah dibatalkan kerana cuaca buruk yang disebabkan oleh taufan tropika Gillian.



Perkembangan operasi mencari dan menyelamat setakat ini:

* Dua pesawat Ilyushin IL-76 dari China telah tiba di Perth dan akan menyertai operasi esok pada jam 0500 dan 0600.

* Dua pesawat P3 Orions milik Jepun berlepas dari Lapangan Terbang Subang ke Perth pada Ahad.

* Pusat koordinasi Australia akan mengerahkan lapan pesawat (empat pesawat tentera, empat pesawat awam) ke koridor selatan pada Ahad untuk menjalankan pencarian secara visual.

* Kapal tentera Australia 'Ocean Shield', yang mempunyai kenderaan kawalan jauh bawah laut, dalam perjalanan ke koridor selatan.

* Setakat jam 2:30 petang (waktu Malaysia) Australia berkata mereka masih belum berjaya membuat pengesanan baru yang berkaitan dengan MH370.

* Pesawat P8 Poseidon Tentera Laut dan pesawat C130 Tentera Udara milik India berlepas dari Lapangan Terbang Subang pada Ahad untuk menyertai misi mencari dan menyelamat di kawasan utara koridor selatan, yang kini diketuai Indonesia.




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ