Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



5 Nahas Pesawat Yang Masih Jadi Misteri Selain Pesawat #MH370

Kehilangan pesawat MH370 diakui setakat hari ini, masih jadi satu misteri yang belum mampu diungkap termasuk oleh pakar penerbangan. Bagaimanapun berdasarkan sejarah, terdapat beberapa kes membabitkan nahas pesawat yang hingga kini masih mencetuskan tanda tanya.

Di bawah adalah lima kes membabitkan kemalangan dan kehilangan pesawat yang belum terungkap sepenuhnya hingga ke saat ini. Apa pun, didoakan pesawat MH370 tidak akan termasuk di dalam senarai ini dan bakal ditemui pada kadar segera.


5 Nahas Pesawat Yang Masih Jadi Misteri

1) Amelia Earhart
Kes pesawat hilang yang paling popular melibatkan juruterbang wanita, Amelia Earhart pada 1937. Kali terakhir diketahui, Earhart menerbangkan pesawat bersama penunjuk arah, Kapten Fred Noonan dari Papua New Guinea ke Pulau Howland melalui Lautan Pasifik dalam usaha mencipta rekod mengelilingi glob. Selepas pencarian tidak menemukan sebarang hasil termasuk serpihan pesawat dua enjin yang diterbangkannya, Earhart diisytiharkan meninggal dunia dua tahun kemudian.


5 Nahas Pesawat Yang Masih Jadi Misteri

2) Air France 447
Hanya enam hari selepas pesawat Air France penerbangan 447 dari Rio de Jeneiro ke Paris terhempas, barulah mayat dan serpihan pesawat ditemui terapung di lautan Atlantik. Manakala kotak hitam pesawat hanya dijumpai dua tahun kemudian pada kedalaman 4,000 meter. Kesemua 228 penumpang maut dalam nahas disebabkan pesawat dipercayai kehilangan altitut apabila sistem autopilot tiba-tiba termati. Indikator kelajuan pesawat dilaporkan mengalami kerosakan ketika kejadian disebabkan cuaca terlalu sejuk namun sesetengah fakta masih dinafikan Air France.

5 Nahas Pesawat Yang Masih Jadi Misteri

3) EgyptAir 990
Penerbangan dari Lapangan Terbang JFK New York ke Kaherah pada 31 Oktober 1999 terhempas di Atlantik, membunuh kesemua 217 penumpang pesawat berkenaan. Pada mulanya Mesir meminta pihak Amerika menyiasat kes ini bagi pihak mereka namun mengubah fikiran apabila mendapati hasil siasatan menjurus kepada meletakkan kesalahan pada pembantu juruterbang yang dikatakan sengaja mensabotaj penerbangan tersebut kerana bengang selepas ditegur atas kesalahan seksual oleh pihak penerbangan sebelumnya. Pihak penyiasat Mesir kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat tersebut terhempas kerana masalah teknikal.

5 Nahas Pesawat Yang Masih Jadi Misteri

4) Pesawat Air Dust
Pada Ogos 1947, pesawat British Avro Lancastrian yang dinamakan Star Dust dipercayai terhempas di pergunungan Andes Argentina ketika dalam penerbangan dari Buenos Aires ke Santiago, Chile namun pencarian bangkai pesawat menemui jalan buntu. Berdasarkan kod terakhir yang dipancarkan pesawat kepada lapangan terbang Santiago, ia diramal satu perbuatan sabotaj dan pelbagai spekulasi mula muncul termasuk pembabitan makhluk asing. Misteri sebenar hanya terlerai 50 tahun kemudian selepas sisa pesawat ditemui pendaki. Pakar menyatakan nahas ini mungkin disebabkan cuaca buruk, itu sahaja.


5 Nahas Pesawat Yang Masih Jadi Misteri

5) Segitiga Bermuda
Banyak pesawat dan kapal dilaporkan hilang secara misteri sejak berdekad lalu apabila melalui kawasan ini yang terletak di antara Bermuda, Florida dan Puerto Rico. Dua pesawat British South American Airways dikatakan antara yang termasuk dalam senarai ini pada tahun 40an tetapi siasatan mendapati ia tiada kena mengena dengan ‘angker’ Segitiga Bermuda tetapi masalah teknikal dan kehabisan minyak. - Mynewshub





2 comments:

Semoga diketemu mh370

14 March 2014 at 22:10 comment-delete

semoga pesawat MH370 tidak bernasib seperti kapal terbang di atas..

15 March 2014 at 09:40 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ