Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Terkini: Pesawat MH370 Dikesan Oleh Pasukan Penyelamat Filipina

Pesawat MH370 Dikesan Oleh Pasukan Penyelamat Filipina
Subhanallah.. sehebat ini suasana operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Suasana ini dirakamkan awal pagi tadi. Mengambarkan bertapa giatnya usaha semua pihak bersatu bagi memecahkan kebuntuan kehilangan pesawat yang hilang lebih dari 24 jam. Sama-sama kita doakan yang terbaik.


Berita VIETNAM: (Berita tidak sahih) Kapal MH370 setelah lose communication selama 17 jam, dikesan di 065515, 1033443 (ni longitude latitude kod) oleh pasukan penyelamat Filipina.

Keadaan kapal agak teruk semasa dikesan namun belum berkecai, kebanyakkan badan kapal telah tenggelam dalam air dan cuma bahagian belakang kapal sahaja yang timbul. Terkesan mangsa yang berkumpul di bahagian belakang kapal disamping lebih kurang puluhan orang mangsa terkesan di kawasan perairan berdekatan kapal yang masih hidup. Pegawai navy Vietnam menyatakan ini adalah satu keajaiban kerana jumlah mangsa yang terkorban adalah jauh lebih rendah dari jangkaan. Setakat ini Malaysia, China, Indonesia, Vietnam, Singapore dan Filipina sedang menuju ke tempat tersebut.


Nota: Ini sahaja harapan agar semuanya terselamat...diharap berita ini benar...


Pesawat MH370 Dikesan Oleh Pasukan Penyelamat Filipina


Berita Terdahulu - Pesawat MH370 Berpatah balik

Sepang: Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang.

Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan.

Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan di kawasan darat," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan berpatah balik.

"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan hanya dua identiti penumpang disiasat berhubung pemilikan pasport individu lain berbanding empat dilaporkan sebelum ini.

Katanya, pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman sistem litar tertutup bagi mengesan dan mengenal pasti dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu.

Beliau berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu.

Sebelum ini dilaporkan warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christan Kozel didaftar menaiki pesawat MH370 tetapi hasil pemeriksaan kedutaan negara terbabit mendapati pasport mereka telah dipalsukan.

Sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam China mendakwa serpihan ditemui di koordinat 103.29 Timur 6.42 Utara di Laut China Selatan tetapi masih belum disahkan milik MH370 manakala pesawat APMM berjaya mengesan tompokan minyak di permukaan laut kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Kesan tompokan kedua itu dikesan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish ketika melakukan tinjauan udara dengan pesawat Agusta di kawasan seluas 200 batu nautika, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sampel tompokan minyak sudah diambil dan dijangka tiba di pangkalan maritim Tok Bali jam 7.30 malam nanti.



4 comments:

Semoga kita terus berdoa.

9 March 2014 at 21:11 comment-delete

harap2 betol la berita ni. kat tv belom keluar lagi

9 March 2014 at 21:19 comment-delete

Boleh caya ke, x de bukti kukuh 2

10 March 2014 at 11:22 comment-delete

Terus bdoa

10 March 2014 at 23:15 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ