Tidak Benar MH370 Terbang 4 Jam Dari Lokasi Terakhir - Boeing, Rolls-Royce
KUALA LUMPUR - 13/3/2014 : Malaysia hari ini menafikan sebuah laporan media yang mengatakan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berkemungkinan terbang selama empat jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan The Wall Street Journal (WSJ) itu tidak benar.
“Laporan itu tidak tepat. Pesawat itu akhir sekali dikesan pada 1.07 pagi yang menunjukkan semuanya normal,” kata Hishammuddin semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.
Hishammuddin berkata pihak pengeluar enjin pesawat Rolls Royse dan pihak Boeing turut menafikan laporan tersebut.
“Rolls Royce dan Boeing berada di sini di Kuala Lumpur untuk bekerja dengan pihak MAS dan pihak penyiasatan sejak Ahad. Isu ini tidak pernah dibangkitkan.
“MAS telah meminta Rolls Royce dan Boeing tentang laporan itu dan mereka berkata ia tidak tepat,” katanya.
Menurut laporan WSJ, penyiasat penerbangan dan para pegawai keselamatan percaya pesawat itu berada di udara untuk jumlah masa lima jam termasuk sejam daripada lokasi terakhir ia berlepas.
Ia berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar oleh enjin pesawat Boeing 777 yang merupakan sebahagian daripada program peyelenggaraan dan pemantauan rutin syarikat itu.
Masa penerbangan sebanyak lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur bererti pesawat itu mampu terbang dengan jarak tambahan kira-kira 2,200 batu nautika. Ia boleh terbang sehingga Lautan Hindi, sempadan Pakistan atau Lautan Arab, bergantung kepada kelajuan pesawat tersebut.
WSJ turut mengesahkan bahawa juruterbang boleh mematikan transponder, iaitu alat yang memancarkan isyarat pergerakan pesawat.
Laporan itu berkata pihak penyiasat keganasan Amerika Syarikat sedang menyiasat kemungkinan juruterbang pesawat itu atau individu lain yang berada di atas pesawat itu mematikan transponder untuk mengelakkan radar pesawat itu dikesan.
Walaubagaimanapun, persoalan ke manakah pesawat itu menghala dan mengapa ia terbang untuk waktu yang lama tanpa menghidupkan transponder, telah menyebabkan pelbagai teori dikemukakan oleh para penyiasat.
Seorang pegawai yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata salah satu teori yang disiasat ialah kemungkinan pesawat itu dialihkan "dengan niat untuk menggunakan pesawat itu kemudian, untuk satu tujuan yang lain."
Sistem pemantauan enjin pada pesawat itu dibekalkan oleh pembuat enjin, Rolls Royce yang secara berkala akan menghantar maklumat berhubung keadaan enjin, operasi dan pergerakan pesawat serta kemudahan di darat.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelenggaraannya, Penerbangan Malaysia menghantar data enjin secara langsung untuk dianalisa oleh Rolls -Royce.
Sistem ini mengumpul data dari dalam pesawat 777 dengan prestasi enjin berkembar Trent 800 itu.
Menurut laman web Rolls -Royce, data tersebut diproses secara automatik "supaya perubahan kecil pun boleh dikesan."
Data enjin tersebut sedang dianalisa untuk membantu menentukan laluan penerbangan pesawat selepas transponder berhenti berfungsi.
Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.
Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.

Berita terdahulu
MH370: Malaysia tidak sembunyi sebarang maklumat
SEPANG 13 Mac - Malaysia tidak menyembunyikan sebarang maklumat berhubung kehilangan MH370 sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang Sabtu lalu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, malah kerajaan juga berkongsi data dengan negara-negara lain yang terlibat dalam operasi mencari itu.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, beliau juga menyifatkan kejadian itu sebagai satu situasi krisis kerana melibatkan operasi yang kompleks dan bukan mudah.
Katanya, segala usaha dilakukan bagi mencari pesawat berkenaan yang turut dibantu pelbagai negara lain dan melibatkan kira-kira 80 kapal dan pesawat.
MH370: MAS ubah kod laluan kepada MH318
SEPANG 13 Mac - Bermula esok, Malaysia Airlines (MAS) akan menukar kod laluan penerbangan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur daripada MH370 dan MH371 kepada MH318 dan MH319.
MAS dalam kenyataan di sini berkata, perubahan itu sebagai tanda menghormati penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang masih hilang sejak Sabtu lalu. - UTUSAN ONLINE
MH370: APMM akan sahkan penemuan objek 5 petang ini
SEPANG 13 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memberi pengesahan rasmi sama ada objek yang dikesan terapung oleh satelit Cina di Laut China Selatan mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.
Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu akan dibuat pada sidang akhbar di pusat media di Hotel Sama-Sama pukul 5 petang ini. - UTUSAN ONLINE
MH370: Bukit Aman nafi geledah rumah juruterbang, anak kapal
SEPANG 13 Mac - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah hari ini menafikan dakwaan kononnya Polis Diraja Malaysia mengeledah rumah juruterbang dan anak kapal Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media di Hotel Sama-Sama di sini hari ini, Hadi berkata, dakwaan tersebut adalah satu pembohongan.
"Saya tidak pernah bercakap dengan mana-mana pihak media berkenaan perkara tersebut mahupun sebarang kenyataan berkenaan MH370.
"Hanya Ketua Polis Negara boleh mengeluarkan kenyataan berkaitan pesawat berkenaan," kata Hadi.
Sebahagian media asing pagi tadi mendakwa terdapat laporan kononnya rumah juruterbang dan anak kapal MH370 telah digeledah oleh PDRM malam tadi. - UTUSAN ONLINE
2 comments:
semoga dpermudahkan urusan pncaria..
Syabas Scripters... sentiasa kemaskini berita terkini MH370
Post a Comment