KPN: Polis Siasat Empat Kemungkinan Berlaku Ke Atas MH370
11/3/2014 - Terdapat empat kemungkinan yang berlaku pada pesawat MH370 menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa sidang media di Hotel Sama-Sama KLIA, yang di adakan pada jam 3 petang tadi.
Antaranya tindakan rampasan (hijack), perbuatan sabotaj, masalah psikologi di antara krew penerbangan mahupun penumpang serta kemungkinan berlaku perbalahan di antara penumpang dalam pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu.
Pihak polis kini sedang mengkaji dari segenap aspek kemungkinan yang dinyatakan di atas dalam penyiasatan mereka terhadap kehilangan pesawat MH 370 yang dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Sehingga kini, bermacam-macam teori mengenai kehilangan MH370 diperkatakan malah sehingga dilihat boleh menganggu proses siasatan serta operasi mencari dan menyelamat yang sudah masuk hari keempat itu.
Namun, seperti mana yang dinyatakan Khalid sebelum ini, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya spekulasi dan khabar angin yang disebarkan melampaui batas.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment