Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pesawat MH370 Dikesan Berada Di Pulau Perak?

Pesawat MH370 Dikesan Berada Di Pulau Perak
Imej dari Hotlips Corner


Kuala Lumpur: 11/3/2014 - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, ia berpatah balik ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Turut menerima isyarat pesawat berkenaan berpatah balik sebelum dilaporkan tiba-tiba terbang dengan ketinggian paras 1,000 meter dari kedudukan asalnya 10,000 meter, adalah Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura.

Berikutan maklumat itu, operasi SAR yang pada mulanya dijalankan di kawasan terakhir pesawat dikesan berhampiran sempadan perairan antarabangsa Malaysia-Vietnam, diperluaskan ke Selat Melaka yang turut meliputi perairan Sumatera dan Laut Andaman.

Pada malam kejadian, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Rodzali, mengesahkan pangkalan udara di Butterworth, mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan, sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.

Dikesan di Pulau Perak

“Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka, pada jam 2.40 pagi oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu kemudian dilaporkan memasuki ruang udara Selat Melaka sebelum isyaratnya kali terakhir dikesan ketika berada berhampiran Pulau Perak, yang masih dalam perairan negara.
Kemungkinan itu disokong dengan laporan polis oleh beberapa penduduk yang mendakwa melihat kelibat cahaya lampu besar dan pesawat terbang rendah, dengan anggaran ketinggian 1,000 meter dari paras laut di Kota Bharu, Kelantan.

Sejak kelmarin, ATM dan Tentera Nasional Indonesia dengan dibantu pasukan keselamatan yang terbabit dalam SAR, menjalankan gerakan mengesan pesawat berkenaan di perairan Selat Melaka dengan skop kawasan dibahagikan kepada lima zon pencarian membabitkan pelbagai pasukan. - bharian


Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (tengah) pada sidang media berhubung lokasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama KLIA, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais Markas Operasi Udara, Mejar Jeneral Datuk Affendi Buang (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.


5 comments:

Moga terus berusaha. Semoga Allah memberi petunjuk

12 March 2014 at 05:41 comment-delete

Qila mimpi diorang dekat pergunungan Mongolia. Huhuhuhu.

12 March 2014 at 08:04 comment-delete

betul betul sy pon gitu jugak qila

12 March 2014 at 17:38 comment-delete

Klu dah kesan kul 2.40 tu kt pulau perak..nape tak terus cari kt pulau perak sabtu aritu...? Sekadar nak tau...

12 March 2014 at 20:07 comment-delete

Moga cepat jumpa

12 March 2014 at 23:32 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ