Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Carta Salasilah Umum Keluarga

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat semua rakan2...

Setiap keluarga mempunyai carta salasilah tersendiri dan ada juga sebahagian daripada kita yang  memang gemar mencari dan mengumpul salasilah keluarga serta saudara mara supaya menjadi sebuah institusi kekeluargaan yang besar. Sebagai contoh keluarga Abd Malik Bin Ismail (arwah datuk Ida) disusuli dengan anak2 serta cucu cicitnya. Selalunya dimusim perayaan mereka akan berkumpul serta bergambar beramai2 sebagai kenangan.  

Namun begitu, Ida bukanlah ingin bercerita pasal salasilah keluarga Abd Malik Bin Ismail ini tetapi ingin bertanya sejauh mana kita tahu serta faham tentang salasilah umum carta keluarga ini mengikut gelaran dan peringkat? Selalunya kita habis tahu peringkat tertinggi sekali adalah moyang sahaja. Apa lagi untuk mengetahui nama2 sebenar moyang2 kita yang di atas tu kan?. Jom kita saksikan carta umum salasilah keluarga di bawah ini, dan apakah anda pernah tahu selama ini mengikut turutan? 


Carta Salasilah Umum Keluarga


Sebahagian kecil keturunan Abd Malik Bin Ismail yang sempat bergambar pada hari raya aidil fitri 2013 yang lalu.



14 comments:

Post a Comment

Ajari Aku....

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat kawan2 semua...

TOLONG AJARI AKU!!

Kalau anda semua tengok blog Ida ni dah lama wujud sejak tahun 2010 tetapi baru sejak 2-3 bulan ini Ida serius berblog. Sesungguhnya pengetahuan Ida adalah zero tentang blog ni. Tapi nasib baiklah ada beberapa blog yang Ida kunjung memberi serba sedikit tutorial pasal blog ni terutamanya blog Lyssa Fazureen dan blog iskandarX yang sering Ida jadikan panduan. Terima kasih untuk mereka.

Dan...
Sekarang ni, Ida rasa mempunyai satu masalah yang besar sangat. Kalau orang dah follow Ida, Ida mesti nak follow mereka semula. Ini WAJIB bagi Ida. Tetapi dalam situasi lain, jika Ida dah follow blog anda serta memberitahu anda bahawa Ida sudah follow di ruangan komen atau cbox anda dan anda tidak berminat nak follow blog Ida, tidak menjadi masalah pada Ida, anda berhak untuk tidak follow blog Ida. Dan ada juga yang lebih haru, dia tulis di cbox Ida kata dia dah follow Ida, tapi bila tengok dia tak follow pun dan hanya menipu di cbox Ida. Itu juga bukan menjadi masalah pada Ida...walaupun dia kata dah follow tapi sebenarnya tidak, tak apa, Ida akan follow dia juga.

Masalah Ida sekarang adalah, apabila orang dah follow blog Ida tetapi Ida tak dapat nak follow blog mereka kerana link yang mereka tulis di cbox tak betul. Dan ada juga yang dah follow Ida dan gambar mereka terpapar di site follower Ida tetapi bila Ida klik pada gambar mereka hanya keluar seperti gambar di bawah - tiada sebarang link yang membawa ke blog mereka. 




Ok... Ida cuba klik pada nama mereka dan terus membawa Ida ke google plus, juga tiada sebarang link yang boleh membantu untuk membawa Ida ke blog mereka. Tolonglah kawan2... ajari Ida bagaimana cara yang mudah untuk membalas follow mereka?

Dan satu lagi masalah Ida, Ida tidak tahu apa fungsi google plus ini. Ida rasa dia amat menyusahkan kerana ada sebahagian blogger menggunakan link google plus ini dan Ida memerlukan dua step untuk sampai ke blog mereka. Contoh seperti di bawah:





Kena klik pada link yang tertera pada tajuk entri mereka baru akan membawa kita kepada blog yang sebenarnya, bukankah ia menyukarkan? Kesukaran akan menjadi bertingkat2 jika line internet perlahan cam siput.

Ida cuba bertanyakan kepada pakcik google tentang fungsi google plus ni tetapi ia tidak banyak membantu dan tidak seperti yang Ida harapkan.



TOLONG AJARI AKU...

Nota Kaki:  Mungkin ada sebahagian daripada anda akan mengatakan masalah Ida ini hanya kecil dan bodoh tetapi bagi blogger yang baru berjinak2 dengan dunia blog ini, memang kami bodoh dan merasakan  ia amat besar. 

14 comments:

Post a Comment

Larangan Memuat Naik Gambar Kanak-Kanak Bawah Umur

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria dan salam 1 Malaysia.

Semalam 28/9/2013 PDRM telah mengeluarkan satu AMARAN  melarang muat naik gambar kanak2 bawah umur di internet samada mereka adalah mangsa atau pelaku jenayah (saspek). Larangan ini semestinya ditujukan kepada individu, pengamal media dan juga pemilik2 blog. Insaf seketika kerana sebelum ini Ida telah pernah memuat naikkan gambar saspek perogol kanak2 bawah umur ( klik sini ) . Jika sesiapa melanggar amaran ini boleh dikenakan tindakan Sivil dan Jenayah sekiranya ibubapa kepada kanak2 tersebut mahu mendakwa kerana kanak2 bawah umur ini dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. 


Larangan Memuat Naik Gambar Kanak-Kanak Bawah Umur

16 comments:

Post a Comment

Anggota Polis Maut Akibat Kemalangan Di Langkawi

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria dan salam 1 Malaysia.

Seorang anggota polis maut akibat kemalangan jalanraya di Langkawi, Kedah. Menurut info awal 2 orang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM sedang membuat rondaan di Padang Mat Sirat, Langkawi lalu dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara Iraq dalam keadaan mabuk. Salah seorang anggota URB tersebut yang berbangsa India yang dikenali sebagai L/Kpl Kalai mendapat cedera parah serta pendarahan dikepala meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. 

Anggota Polis Maut Akibat Kemalangan Di Langkawi

4 comments:

Post a Comment

Rupanya Masih Ada Rakyat Malaysia Yang Menghargai Polis

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria dan salam 1 Malaysia

Sejak akhir2 ini rasanya ramai yang tahu bahawa kerjaya sebagai anggota PDRM telah "banyak tercalar" akibat ketidakpuashatian serta kurang kepercayaan orang ramai terhadap pasukan itu sehingga segala kebaikan yang dilakukan terus tenggelam dan tidak diketengahkan. Mereka bukan minta dihargai, sedikit pun TIDAK! kerana pasti ada yang berkata, itu sudah memang kerja mereka.  Ini semua berlaku gara2 suasana politik dalam negara yang tidak menentu mahupun tingkahlaku segelintir anggota pasukan itu sendiri yang telah menyimpang jauh dari integriti dan landasan sebenar. Kerana nila setitik! Ida bukan mahu berpolitik di sini tetapi sebagai anak polis sekurang2nya Ida 'sedikit tertekan' dengan situasi ini. Namun begitu Ida rasa amat terharu apabila masih ada rakyat Malaysia yang menghargai Polis.  Jom baca luahan hati Cik Phyllis Kong di bawah:

Rupanya Masih Ada Rakyat Malaysia Yang Menghargai Polis
Klik pada imej untuk besarkan

Dan nilaikan dengan sebahagian kerja2 anggota polis di bawah. Semua gambar2 adalah ikhsan dari google.


4 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ