Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PDRM NAFI TELEFON PINTAR DIPANTAU PIHAK BERKUASA



Sebelum ini heboh disebarkan dalam whatsapp bahawa telefon pintar kita telah dipantau oleh PDRM dan SPRM sehingga menimbulkan kerisauan dipelbagai pihak.

PERHATIAN!! SILA TEKAN PADA SKRIN HP ANDA *#06# .. DAN JIKA DIA HANYA KELUAR IMEI,HP ANDA SELAMAT..DAN JIKA DIA KELUAR /01 No HP BRMKNA HP ANDA SEDANG DIPANTAU OLEH PDRM.JIKA /02 No HP ANDA SEDANG DIPANTAU SPRM..


Seorang teman sekuliah Ida cuba menekan kod yang diberi di telefon anaknya yang berusia 13 tahun tertera no 02 iaitu dipantau oleh SPRM... iskkk... iskkk apa ke halnya SPRM mahu memantau budak berusia 13 tahun? Dah tiada kerja lain ke?

Tapi alhamdulillah setelah melayari facebook milik PDRM sebentar tadi, lega rasanya bila PDRM menafikannya.

0 comments:

Post a Comment

ANGELINA JOLIE MENYIMPAN AL-QURAN DI RUMAH UNTUK ANAK-ANAKNYA



Al-Quran Di Rumah Angelina Jolie Demi Didikan Untuk Anak-anak
8:45 AM by pena merahNo comments
Angelina Jolie

Pasangan selebriti dari Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengakui mereka telah memberikan pendidikan agama yang cukup buat anak-anak mereka.


Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja tetapi kesemua anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang wujud di dunia ini buat enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

“Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan,” katanya.
Walau apa pun agama yang dipilih oleh anak-anaknya satu hari nanti, dia tidak akan sesekali membantah.

1 comments:

Post a Comment

Warkah Dari Seorang Bapa Pelajar UM Untuk Saudara Anwar Ibrahim.



Warkah dari seorang bapa pelajar UM untuk saudara Anwar Ibrahim.

Cukup menyentuh hati naluri bagi sesetengah orang. Cukup untuk membuatkan kita sedar betapa seorang bapa amat mengharapkan kejayaan anaknya untuk membela nasib keluarga mereka.



Gambar hiasan

1 comments:

Post a Comment

Sayu Hati Melihat Tok Guru Haji Hadi Di Kandang Mahkamah




Sayu dan sedih hati melihat gambar ini.. Tuan Guru Haji Hadi di kandang mahkamah... Rakyat Hakim Negara tetapi Tuan Guru Haji Hadi dibiarkan bersendirian?

Seorang pejuang yang berhadapan dengan pertuduhan tanpa membawa para pelajar atau pengikut untuk berdemonstrasi di depan mahkamah. Ulama semakin dipinggirkan. Dimanakah Rakyat Hakim Negara untuk membela Tuan Guru ini? Apakah Rakyat Hakim Negara hanya untuk Dato' Sri Anwar Ibrahim sahaja? Dimanakah keadilan dari Rakyat Hakim Negara ini?



Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

TERKINI: Perbicaraan di tangguh ke 23 November 2014.

2 comments:

Post a Comment

TANDA Dekat KEDATANGAN IMAM MAHDI Kemunculan Bintang Yang Ekornya Menakjubkan




Jom saksikan video di bawah... sejauh mana kebenarannya wallahualam...






Tanda-tanda kemunculan Al-Mahdi dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah al-Yamani.

1. Sungai terbesar di Iraq, Sungai Furat pecah dan airnya memasuki Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malam daripada bulan Ramadan dan gerhana matahari daripada awal bulan Ramadan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadan.

4. Muncul tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Muncul bintang berekor yang cerah di sebelah timur.

6. Terbit api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam.

7. Tenggelam Kampung Khrastan di negeri Syam (Syria).

8. Diserukan daripada langit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang sangat kuat hingga didengar oleh ahli bumi daripada timur ke barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang duduk spontan berdiri kerana terlalu terkejut.

9. Peperangan besar dalam bulan Zulhijjah sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

10. Banyak terjadi gempa bumi.

0 comments:

Post a Comment

Benarkah Aliaa Magda Elmahdy Yang Berbogel Menghina Islam Dengan Darah Haid Sudah Mati??




Sebelum ini Scripters ada menyiarkan artikel bertajuk BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati . Hari ini seorang rakan facebook telah membuat status Benarkah Aliaa Magda Elmahdy sudah mati beserta dengan link facebook Aliaa. Ida cuba klik di sini dan mendapati facebooknya masih aktif. Gambar terakhir yang dimuatnaik di facebook beliau adalah kira-kira 14 jam lepas.







Setelah membuat carian di goole Ida terjumpa blog ini yang memberitahu bahawa gambar yang digunakan sebagai membuktikan kematian Aliaa adalah gambar dari sebuah kemalangan pada tahun 2008 di San Paolo, Brazil. Manakala tiada pula berita mengenai kematian si Aliaa Magda Elmahdy.


Foto seorang gadis kemalangan BMW pada tahun 2008, mungkinkah foto ini digunakan untuk menghentam Aliaa Magda Elmahdy. Jika Aliaa masih hidup dan dia tahu kiriman sebegini, pastinya dia ketawa berdekah-dekah dan memperlekehkan seluruh umat Islam. Jika itu berlaku, siapakah sebenarnya yang memfitnah Islam?

Dengan penipuan gambar ini serta melihatkan facebook Aliaa yang masih aktif sehingga kini ternyatalah bahawa Aliaa Magda Elmahdy masih hidup.

Dibawah adalah gambar terbaru Aliaa di dimuatnaik kan di facebook milik beliau.



0 comments:

Post a Comment

TAHNIAH!! HUSAM MUSA DIPERINTAH BAYAR RM45,000 ATAS SAMAN FITNAH




Kuala Lumpur, 28 Okt – Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini bukan sahaja gagal dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan dua lagi malah beliau diperintah membayar RM45,000 sebagai kos.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan tersebut berhubung saman fitnah membabitkan penerbitan satu laporan bertajuk ‘Husam Letak Jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran’ yang disiarkan pada 22 November 2009 di Mingguan Malaysia.

Pada 22 Februari 2010 Husam memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat terbabit, wartawan Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Menerusi pernyataan tuntutan, Husam mendakwa kesemua defendan berniat jahat menulis, menyunting dan menerbitkan laporan tersebut dengan tujuan mempersenda serta memalukannya.

Beliau menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.

Bagaimanapun menerusi pernyataan pembelaan defendan, kesemua mereka mendakwa perkataan dan kandungan laporan tersebut adalah bersifat semula jadi serta tidak berkeupayaan untuk membawa ‘maksud fitnah’ terhadap plaintif.

Tambah defendan, maklumat yang terkandung di dalam laporan itu juga adalah bermutu tinggi dan diperoleh menerusi sumber rasmi.

Sepanjang perbicaraan plaintif memanggil tiga saksi manakala defendan lima orang.

Husam diwakili peguam Dr Zulqarnain Lukman manakala kesemua defendan diwakili Mohana Kumar. - Suara.Tv

0 comments:

Post a Comment

KANAK-KANAK EMPAT TAHUN TERSEPIT DI BESI KATIL



MELAKA – Seorang budak lelaki berusia empat tahun berdepan detik mencemaskan selepas kepalanya tersepit selama 25 minit pada besi katil dua tingkat di rumahnya di Lorong Solok Tambak, Balai Panjang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.50 petang itu, mangsa, Muhammad Amirul Syahir Amir Hamzah dikatakan sedang bermain bersama abangnya, Muhammad Amirul Syafiq, 6, di atas katil berkenaan.

Menurut ibunya, Rafidah Anuar, 33, dia hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar suara Amirul Syahir meminta tolong.

“Saya yang berada di dapur terkejut apabila dia menjerit ‘mama, mama’. Saya kemudiannya berlari ke arah bilik dan terperanjat apabila melihat kepalanya tersepit pada besi katil tersebut manakala dia pula dalam keadaan berdiri.

“Pada mulanya saya cuba meregangkan besi katil berkenaan namun tidak berjaya sebelum menghubungi pihak bomba untuk bantuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Jelas Rafidah, katil besi dua tingkat itu tidak bertilam selepas dia membuang tilam tersebut kira-kira lima bulan lalu.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.03 petang dan tiba di rumah mangsa kira-kira 14 minit kemudian.

“Semasa kami tiba, kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan cemas dan menangis. Bagaimanapun kami hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk mengeluarkan kepalanya menggunakan mesin pemotong khas,” katanya.

Ibrahim memberitahu, kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. - kosmo




0 comments:

Post a Comment

GAMBAR ULAR YANG DIPENUHI KUTU SENGKENIT



Pernah tengok tak ular yang dipenuhi lebih 100 kutu/sengkenit?

Menurut info ular tersebut sudahpun dirawat dan dilepaskan ke hutan.






Alhamdulillah, haiwan seperti ular pun sebenarnya perlukan pertolongan juga walaupun kadang-kadang manusia menjadi makanan mereka. Kepada yang sangat-sangat prihatin membantu ular ini, semoga hidup anda diberkati Allah SWT.


0 comments:

Post a Comment

KOLEKSI GAMBAR PERHIMPUNAN RAKYAT HAKIM NEGARA



Terkini...Prosiding kes liwat dilanjut hingga Khamis.

Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang dijadual berlangsung hari ini dan esok (28 & 29 Oktober) akan berlanjutan ke hari ketiga.

Setelah bertanya kepada peguambela kes atau pihak perayu mengenai tempoh masa yang diperlukan dalam penbentangan hujah, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memberi indikasi bahawa sesi prosiding rayuan berkemungkinan dilanjutkan sehingga Khamis (30 Oktober).

Ini berikutan hujah oleh ketua pasukan pembelaan iaitu Datuk Gopal Sri Ram masih belum selesai sejak prosiding bermula jam 9.20 pagi tadi.

Walaupun sudah berhenti rehat dua kali termasuk makan tengah hari, Gopal Sri Ram yang berhujah tentang kredibiliti saksi utama iaitu Saiful, masih berbaki dua jam. Sesi hujah beliau didengar lagi selepas sidang bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Selepas Gopal Sri Ram, ada tiga lagi perayu dalam pasukan pembelaan akan membentangkan hujah masing-masing. Mereka ialah N. Surendran yang bakal berhujah tentang kes pembelaan, Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai prosiding Mahkamah Rayuan dan Ramkarpal Singh yang berhujah tentang keterangan pakar dan bukti perubatan.

Jom saksikan gambar-gambar di luar Mahkamah






































0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ