Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tiga rahsia besar yang patut diketahui setiap umat islam.

Tiga rahsia besar yang patut diketahui setiap umat islam.

Setiap orang masing-masing ada kelemahan. Dan kelemahan itu pula terpaksa disembunyikan sehingga ia menjadi rahsia yang sangat rahsia. Saya ada rahsia pribadi saya sehingga tak ada orang yang mengetahuinya.

Begitu juga anda dan orang-orang lain sekitar anda. Bangsa Yähüdï juga ada rahsia kelemahan diri mereka. Adakah anda tahu apakah rahsia mereka? Mereka (Yähüdï) sangat takut kepada jîhad umat Islam.

Mereka tahu umat Islam itu sangat berani, kuat dan sangat cintakan syahïd.

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak (ada) seorang hamba (pun) dari penduduk syurga yang ingin kembali ke dunia kecuali orang mati syahid. Sesungguhnya ia ingin kembali ke dunia. Ia berkata ‘Supaya aku dapat dibunuh sepuluh kali (lagi) di jalan Allah’. Ini kerana ia telah melihat kemuliaan yang diberikan kepadanya (atas sebab syahidnya dia ketika di dunia).” [1661]

TETAPI mereka juga tahu kelemahan umat Islam. Umat Islam ini mudah terbuai oleh dunia bila agama dijauhkan daripada mereka. Sebab itulah, mereka menyediakan dan membanyakkan hiburan untuk umat Islam.

Saya tak payah cerita banyak perkara tentang itu. Sebagai contoh, semasa waktu maghrib, akan banyak siaran TV yang mengasyikkan para ibubapa & anak-anak sehingga mereka terpaku di depan TV sehingga jam 8 pm.

Solat berjemaah tidak, dan mungkin solat Maghrib pun tidak. Sebenarnya ramai orientalis Barat (termasuk Yahudi) yang mengkaji kelemahan tentang PERANGAI umat Islam.

Salah seorangnya ialah Møshë Däyän, seorang penulis Yähüdï. Dia pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya. Anda tahu apa dia? Mari kita tengok satu-persatu.

PERTAMA : UMAT ISLAM TAK PERNAH BELAJAR DARI SEJARAH LAMPAU.

Dengan kata lain, umat Islam mudah lupa (pelupa). Dalam bahasa yang lebih lembut, orang Islam mudah terjerumus secara berulang-ulang ke dalam lubang biawak.

Rasulullah SAW jelas melarang sifat “mudah terkena” (terjerumus) ke dalam lubang biawak itu sampai 2X. Sebab itu, umat Islam mesti berhati-hati selalu.

Jangan mudah percaya kepada seseorang. Dan jangan terlalu bodoh mempercayai seseorang.

KEDUA : UMAT ISLAM TIDAK MERANCANG DENGAN TELITI.

Itulah sikap umat Islam yang telah menyebabkan kelemahan hidup mereka. Mereka lebih suka berkerja sambil lewa atau acuh tak acuh.

Kelemahan ini sebenarnya berpunca dari sikap mereka yang mengabaikan solat berjemaah. Kalau mereka benar-benar menjaga solat berjemaah, maka mereka mempunyai 3 keistimewaan berikut.

[1] Mereka akan berkerja awal waktu & tidak bertangguh-tangguh sama sekali.

[2] Menjaga kualiti kerja untuk menghasilkan produktiviti yang positif. Ini dapat dirujuk kepada disiplin mereka dalam solat.

[3] Berpasukan, yang membawa maksud berkerja dalam satu pasukan untuk mencapai satu tujuan. Berkerja berpasukan akan meningkatkan pestasi kumpulan dan peningkatan mutu.

Ini dapat dirujuk kepada nisbah pahala (27 : 1) dalam solat berjemaah berbanding solat bersendirian.

Demikian juga, kerja berpasukan lebih baik daripada kerja berseorangan.

KETIGA : UMAT ISLAM TERDIRI DARIPADA ORANG-ORANG YANG MALAS MEMBACA.

Umat Islam tidak menitikberatkan ayat pertama dalam Al-Quran. IQRA (bermaksud membaca, mengkaji, menyelidik dan seumpamanya) adalah sumber kekuatan sesuatu bangsa. Orang Jepun maju kerana mereka suka membaca.

Begitu juga orang Eropah. Membaca akan meluaskan cakrawala pemikiran & membawa kepada pengetahuan yang luas.

Orang Jepun maju kerana mereka suka membaca. Begitu juga orang Eropah.

Membaca akan meluaskan cakrawala pemikiran & membawa kepada pengetahuan yang luas.

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yähüdï MARAH kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu.

Namun apa yang dijawab oleh Møshë Däyän?

"Tak payah risau, orang-orang Isläm takkan tau.."
"Dia orang bukannya baca pun.. "

JAWAPAN & SINDIRAN

“Dia orang bukannya baca pun.. ". Itu merupakan satu sindiran yang sangat TAJAM kepada kita, UMAT ISLAM.

Saya merasa terpukul. Anda juga terpukul. Tetapi kita patut menerima hakikatnya. Memang kita umat Islam (terutama Bängsä Mëläyü) malas membaca. Saya beri contoh mudah yang terdapat di hadapan mata. Kaum lelaki suka bersembang di kedai-kedai kopi.

Kalau pun membaca, hanya surat khabar sahaja pada ruangan sukan (terutama bola sepak). Lain-lain bahagian, tak tengok pun. Kaum ibu pula suka berborak di atas tangga. Dalam pada itu, suka pula mengumpat. Membaca? Sikit je.

Pemuda-pemudi Melayu lebih suka melayari internet dan chatting dalam facebook. Jumlah yang membaca memang ada, tetapi peratusnya sangat kecil.

Sumber: http://czain.blogspot.my/…/tiga-rahsia-besar-yang-patut-dik…



Siapa Møshë Däyän

Møshë Dayän adalah seorang panglima Pasukan Pertähänän Isräël (Isräël Dëfën¢ë Før¢ës) yang tersohor kerana kebijaksanaannya memimpin pasukan bersënjätä Isräël semasa Përäng Enam Hari menentang päsükan-päsükan tentera Arab dalam tahun 1967. Dengan tutup matanya, Møshë Däyän menjadi lambang perjuangan Isräël untuk mengekalkan kewujudannya di Pälëstin.

Di samping itu, Møshë Däyän juga seorang ahli polïtïk tërkemuka Isräël. Møshë Däyän juga memperjüängkan keamanan di Timur Tengah dan menggunakan kebijaksanaan diplømasinya untuk akhirnya membantu merundingkan Perjanjian Damai Mësïr-Isräël

Sumber: Wiki

Abu Bakar RA bertanya: Ya Rasulullah, adakah zaman dimana muslim kemudian memiliki iman yang lebih dibanding kami? Rasulullah Muhammad SAW bersabda: Wahai Abu Bakar, apa yang menghalangimu untuk percaya padaku sedangkan wahyu masih turun & aku masih berada ditengah-tengah kamu sementara kamu semua menyaksikan sendiri mukjizat-mukjizat yang diberikan kepadaku? Tetapi di akhir zaman, ada segolongan ummatku yang mereka sama sekali tidak pernah melihatku, mereka tak pernah hidup disampingku dan mereka hanya mendengar cerita tentangku tapi mereka percaya kepadaku, merindukanku, mencintai Allah, mencintaiku, beriman pada Allah dan beriman pada kerasulanku! Iman merekalah yang lebih utama dibanding kamu semua!

Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya SERATUS pahala SYAHID. (Imam Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa yang meringankan dari seorang mukmin satu kesulitan dan kesulitan-kesulitan dunia, maka Allah akan ringankan untuknya satu kesulitan dari kesulitan-kesulitan Hari Kiamat. Barangsiapa yang memudahkan seorang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan beri kemudahan untuknya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim maka akan Allah tutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Allah akan senantiasa menolong hamba selama sang hamba tersebut menolong saudaranya."(HR. Muslim 2699)

MUHASABAH DIRI.

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Mahukah daku khabarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat r.hum berkata: Bahkan ya Rasulullah! Baginda Rasulullah SAW bersabda: Bersatu (hati) adalah lebih baik kerana perselisihan dan perbalahan akan menghapuskan agama. (HR Tirmizi)

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”
(HR. Bukhari)

Jazakallah khairan..

Wallahu'alam..

0 comments:

Post a Comment

Hak istimewa Melayu TAK boleh dipadam



Hak istimewa Melayu TAK boleh dipadam
Gambar ehsan google




Khoo Kay Kim: Hak istimewa Melayu TAK boleh dipadam - Sep 6 2010

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Hak istimewa Melayu TAK boleh dipadam
Tan Sri Khoo Kay Kim 


Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

"Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

Ruangan iklan


"Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

"Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

"Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

"Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea 'hak orang Melayu' yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

"Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu," katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

"Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa," katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

"Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat," katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

"Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka," katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

"Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

"Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak," katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

"Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire," katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara," katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah "terlajak sejarah" iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

"Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan)," katanya.

Beliau berkata fenomena "terlajak sejarah" itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman. -- Bernama

0 comments:

Post a Comment

TIADA BUKTI HINDU-BUDDHA PADA TAMADUN KEDAH TUA DAN LEMBAH BUJANG



TIADA BUKTI HINDU-BUDDHA PADA TAMADUN KEDAH TUA DAN LEMBAH BUJANG


SAYA pernah menghadiri Bicara Arkeologi Siri 4/2017 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Muzium Arkeologi Lembah Bujang dari Kedah pada 27 Februari 2017.

Hati saya agak terpaut dengan sesi ceramah Dr. Nazaruddin Zainun bertajuk Warisan Hindu-Buddha Di Kedah Tua – Suatu Kritikan. Ceramah beliau lebih kepada penemuan bukti-bukti di sekitar Lembah Bujang setakat ini.

Ruangan iklan


Dan apakah implikasi penemuan ini terhadap pendapat umum tentang warisan Hindu-Buddha di Lembah Bujang dan di empayar Kerajaan Kedah Tua secara amnya.

Dengan mengutarakan tujuh keperluan asas berdasarkan pendapat George Coedes dalam proses Indianisasi sesebuah kerajaan dan masyarakat setempat, Dr. Nazaruddin mengetengahkan bukti-bukti ini.

Beliau turut membincangkannya dan kemudian memberi peluang kepada hadirin untuk membuat kesimpulan peribadi di atas perbincangan tersebut.

Oleh itu, saya terpanggil untuk menulis artikel ini berdasarkan fakta dan juga kritikan peribadi saya dalam membahaskan kebenaran akan kewujudan warisan Hindu-Buddha yang diamalkan oleh penduduk setempat.

Sebelum saya buat kesimpulan itu, apakah fakta terkini tentang Lembah Bujang dan apakah tujuh elemen penting untuk menentukan bahawa sesebuah kerajaan lokal itu mengalami proses Indianisasi menurut Coedes?

Candi Borobudur di Magelang, Jawa Tengah (gambar ehsan Google)



Elemen pertama yang perlu ada ialah; adakah Kerajaan Kedah Tua itu mengamalkan sistem beraja seperti di India yang menekankan kepada konsep devarāja atau bahasa mudahnya ‘raja itu mewakili tuhan’ atau god-king?

Pertamanya, bagaimana kita hendak melihat interpretasi devarāja di dalam sesebuah kerajaan? Devarāja adalah satu konsep di mana raja itu adalah yang paling agung, tiada yang lebih agung daripadanya di muka bumi.

Iaitu tuhan di bumi. Konsep ini hampir kepada konsep Chakravartin di India seperti terdapatnya binaan monumen pengasas Empayar Maurya (323 – 185 SM) iaitu Chandragupta Maurya yang besar.

Candi Bayon di Siem Reap, Cambodia (gambar ehsan Google)


Elemen devarāja dapat dilihat dengan jelas di Kompleks Percandian Angkor Wat di Kemboja. Diukir di dinding wat itu ialah susuk Suryavarman II yang lebih besar daripada subjeknya.

Wajah Jayawarman VII juga diukir dengan gah dan besar sekali di Candi Bayon. Ini adalah antara contoh devarāja yang boleh dilihat jelas pada Kerajaan Khmer Angkor.

Adakah bukti devarāja ini dapat dilihat di Lembah Bujang?

TIDAK! Tiada satu pun bukti devarāja yang ada di Lembah Bujang apatah lagi di seluruh Kedah Tua. Maka, kerajaan lokal Kedah Tua TIDAK mengalami Indianisasi.

Elemen kedua yang perlu ada menurut Coedes ialah bukti penerimaan ajaran Hindu-Buddha oleh penduduk lokal. Apakah contoh bukti penerimaan ini? Contoh yang paling mudah ialah Kitab Sang Hyang Kamahayanikan.

Ia ditulis oleh Mpu Shri Sambhara Surya Warama dari Kerajaan Mataram Kuno di Jawa. Kitab suci ini menceritakan tentang ajaran Mahayana dan membicarakan dewa-dewa dalam Mazhab Mahayana.

Sebutan yang terdapat di Candi Borobudur seperti Ruphadatu dan Kamadhatu juga terdapat di dalam kitab ini.

Kitab Sang Hyang Kamahayanikan (gambar ehsan Google)


Ini adalah contoh di mana kerajaan lokal itu sudah menyerap kepercayaan dan juga mengamalkan cara hidup Hindu-Buddha. Sinkretisme adalah sesuatu yang perlu untuk dikatakan adanya proses Indianisasi.

Adakah bukti ini terdapat di Lembah Bujang?

TIDAK! Tiada satu pun bukti konkrit yang boleh dianggap sebagai mutlak. Yang ditemui di Lembah Bujang hanyalah patung kecil yang dibawa masuk oleh orang luar dari India.

Penemuan arkeologi di Bukit Batu Pahat di Perlis pula lebih bersifat ajaran tantrik atau ritual sahaja.

Elemen ketiga pula ialah adanya adaptasi mitologi purana dalam sastera tempatan.

Devas dan Asuras beraksi dalam Churning of the Ocean of the Milk di dinding Angkor Wat (gambar ehsan Google)


Epik Mahabhrata dan Ramayana serta kitab-kitab agama rujukan lainnya merupakan asas penting Hindu manakala Buddha pula mempunyai 3 buah kitab utama iaitu Sutta Pițaka, Vinaya Pițaka dan Abhidhamma Pițaka.

Di Indonesia, pujangga-pujangga mereka telah menyadurkan kisah-kisah di dalam kitab di atas ke dalam sastera tempatan. Antara contoh utama ialah watak Petruk, Gareng, Bagong dan Semar dalam sastera lokal.

Bukan di dalam buku sastera sahaja, saya pernah melihat tugu besar Irung Petruk di jalan raya menuju ke Selo dari Boyolali dan patung 4 watak ini tersedia menyambut anda di pintu masuk Taman Wisata Baturaden di Jawa Tengah.

Petruk, Gareng, Bagong dan Semar (gambar ehsan Google)


Adakah Lembah Bujang mempunyai bukti penemuan adaptasi purana dalam sastera tempatan?

TIDAK! Hingga kini tiada satu pun penemuan kitab sastera yang menjurus kepada proses Indianisasi ini.

Elemen keempat pula adakah ditemui apa-apa tinggalan prasasti berbahasa Sanskrit di Lembah Bujang?

Di Indonesia, prasasti yang menggunakan Bahasa Sanskrit berhuruf Pallava ditemui Kabupaten Kutai, Kalimantan Timur. Prasasti sekitar 400 Masihi ini dinamakan Prasasti Kutai atau Prasasti Mulawarman. Ianya menceritakan tentang Raja Mulawarman yang menghadiahkan lembu yang banyak kepada Kaum Brahmana.


Gambar ehsan google



Satu lagi prasasti menggunakan Bahasa Sanskrit ialah Prasasti Cidanghiyang yang dibuat Kerajaan Tarumanegara di Jawa Barat.

Adakah sebarang prasasti berbahasa Sanskrit ditemui di Lembah Bujang?

TIADA! Walaupun dua prasasti ditemui iaitu Prasasti Cherok Tok Kun dan Prasasti Budhhagupta, namun, kedua-duanya ditolak sebagai bukti kukuh kerana tiada tarikh pada prasasti tersebut.

Elemen kelima, menurut Coedes, proses Indianisasi itu perlu ada bukti penggunaan ‘Kalendar Saka’.

Apakah Kalendar Saka? Kalendar ini menggunakan sistem ‘Candrasengkala’ yang bermaksud ‘Pernyataan Angka Tahun’. Hanya terdapat lima hari di dalam kalendar ini iaitu Legi, Pahing, Pon, Wage dan Klewon.

Gambar ehsan google


Antara prasasti yang bertanda tahun saka ialah Prasasti Canggal yang bertarikh 654 saka dan Candi Diyono bertarikh 682 saka. Antara isi baris terdapat di Candi Diyono ialah:

‘svasti śaka varṣātīta 682’ yang bermaksud: ‘Kemuliaan di tahun Saka 682 yang telah berlalu.’

Adakah ditemukan sesuatu yang bertarikh Kalendar Saka di Lembah Bujang?

TIADA! Hingga kini tiada ditemukan apa-apa catatan tarikh yang bertanda Kalendar Saka.

Elemen keenam pula ialah adaptasi sistem penulisan India. Terdapat 52 buah prasasti berbahasa Melayu Kuno/Sanskrit yang ditemui di rantau Asia Tenggara dengan 29 buah daripadanya menggunakan aksara Pallava.

Manakala 16 buah prasasti menggunakan aksara Jawa Kuno atau Kawi, 4 buah prasasti pula menggunakan aksara rencong dan 3 buah prasasti yang terakhir menggunakan gabungan aksara Pallava, Jawa Kuno dan Arab/Jawi.

Adakah salah satu daripada 52 prasasti ini ditemui di Lembah Bujang?

TIDAK! Daripada 52 prasasti… dan satu pun tidak terletak di Lembah Bujang malah tiada prasasti yang berbahasa Sanskrit atau beraksara identifikasi Melayu ditemui di kawasan itu.

Elemen ketujuh atau yang terakhir ialah penerapan atau pengaruh Dharmaśāstra (Undang-Undang Hindu-Buddha) dalam urusan kerajaan tempatan kuno. Dharmaśāstra ditulis dalam bentuk puisi.

Ia menerangkan tanggungjawab, tugas dan etika terhadap diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Undang-undang ini amat penting di Negara India, malah, ia diadaptasi di awal pembentukan negara moden India.

Kerajaan Khmer Angkor adalah salah sebuah kerajaan kuno yang menggunakan Dharmaśāstra ini.

Adakah teks Dharmaśāstra ini ditemui atau ia diguna pakai di Lembah Bujang?

TIDAK! Tiada langsung bukti penggunaan undang-undang ini ada di Kedah Tua.

Tujuh persoalan berdasarkan saranan Coedes sudah ditanya dan kesemuanya langsung TIADA pun di Lembah Bujang.

Apakah kesimpulannya?

Berdasarkan kepada bukti-bukti yang ada sehingga hari ini, penduduk asal dan warga tempatan di Lembah Bujang dan Kedah Tua TIDAK pernah menganut ajaran Hindu-Buddha.

Penemuan candi-candi purba di Lembah Bujang yang lebih bersifat tantrik dan seni binanya yang mudah adalah jelas tidak menampakkan suatu tamadun yang sudah diindianisasikan pernah terjadi.

Berdasarkan bukti hingga kini, relik dijumpai di situ berkemungkinan besar dibawa masuk oleh pendatang asing yang buat penempatan sementara dan tidak berasimilasi dengan demografi Lembah Bujang, mahupun Kedah Tua.

Oleh itu, ubahlah minda anda! Rantau Asia Tenggara ini bukan semuanya pernah melalui proses Indianisasi. Kedah Tua antara yang tidak melalui proses ini. Sekian.

(Tulisan asal oleh Afzan Yusuf)


Sumber : afzanyusuf.com

0 comments:

Post a Comment

Asal Usul Dan Sejarah Parameswara

Asal Usul Dan Sejarah Parameswara
Kesultanan Melayu Melaka


Asal Usul Dan Sejarah Parameswara

Parameswara (1399-1401) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Empayar Sampugita. Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414.

Paduka Sri Maharaja Parameswara (1344 - c. 1414) adalah raja terakhir Singapura yang berasal dari keturunan Srivijaya. Baginda adalah anakanda kedua Sang Nila Utama dari keturunan Demang Lebar Daun iaitu pemerintah Palembang. Baginda memerintah Singapura dari tahun 1389 hingga 1398. Baginda melarikan diri dari Singapura yang pada masa itu dikenali sebagai Temasik selepas pencerobohan oleh Majapahit pada 1398 dan mengasaskan kubu barunya di muara Sungai Bertam yang juga dulunya dikenali sebagai Sungai Melaka.



Etimologi

Nama "Parameshwara" dalam bahasa Sanskrit "Parameśvara" ertinya Tuhan Yang Maha Esa. Dalam bahasa Hindi ialah ईश्वर (sebutan: īśvára). Ia merujuk kepada dewa tunggal dalam tauhid. Perkataan "Param" yang bermaksud tertinggi ditambah kepada Ishvara memperhebatkan gelaran Tuhan. Parameśvara juga merupakan salah satu daripada nama-nama Tuhan Shiva.


Ruangan iklan


Terdapat hanya satu rekod yang memberikan gambaran terperinci menceritakan tentang kerajaan di Singapura dan Melaka iaitu Sejarah Melayu yang pada masa itu dikenali sebagai Sulalatus Salatin ditulis lebih kurang pada tahun 1306. Sejarah Melayu kemudiannya disusun semula oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612.

Satu lagi rekod penting ialah buku Suma Oriental yang ditulis lebih kurang pada tahun 1512 hingga 1515 oleh Tomé Pires (1465?–1524 or 1540) sejurus selepas pihak Portugis menakluki Melaka pada 1511.

Asal Usul



Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta kerajaan Temasek dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Temasek selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.

Menetap di Hilir Melaka Sunting
Parameswara melarikan diri ke Semenanjung Melaka untuk mendirikan penempatan baharu. Di Muar, Parameswara berhasrat mendirikan penempatan di suatu kawasan bernama Biawak Busuk tetapi diganggu oleh biawak yang terlalu banyak jumlahnya. Selepas itu, baginda memilih Kota Burok untuk dijadikan kawasan pentadbirannya, namun gagal kerana kubu pertahanan yang cuba baginda dirikan runtuh serta-merta. Setelah mendapati Muar tidak sesuai, baginda membatalkan hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Baginda kemudian singgah di Sening Ujong (Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya di sana. Kemudian baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (Sungai Melaka), dan disitu telah terdapat perkampungan Orang Laut atau nelayan dari puak kaum Seletar.  Di sinilah baginda menetap.

Pengislaman

Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Daerah Perlak dan memeluk Islam pada 1414.


Dalam bukunya berjudul The Malay Sultanate of Malacca, Profesor Dato Muhammad Yusoff Hashim daripada Universiti Malaya berkata bahawa terdapat beberapa masalah jika salasilah sultan-sultan Melaka dirumuskan dengan menggunakan Sejarah Melayu sahaja sebagai sumber. Ini kerana kandungan salinan-salinan Sejarah berlainan satu sama lain. Muhammad Yusoff juga memetik kerja Profesor Wang Gungwu dari China yang menyemak salasilah dengan menggunakan sebanyak sumber yang mungkin, terutamanya sumber-sumber China sezaman, untuk membuat semakan. Kerja Wang juga disokong oleh perjumpaan sebuah naskhah Sejarah oleh Profesor Roolvink daripada Universiti Leiden dalam tahun 1970. Muhammad Yusoff mengkhususkan enam daripada 13 bab dalam bukunya untuk membincangkan masalah salasilah dan sumber-sumber sejarah awal Melaka, terutama sekali Sejarah Melayu. Beliau berpendapat Parameswara bukan raja Melaka pertama yang memeluk Islam akan tetapi raja Melaka yang pertama memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah (anak Parameswara).

Sumber wikipedia

Sejarah


Menurut Sejarah Melayu, garis keturunan ayah Parameswara adalah dari Kerajaan Sriwijaya. Sang Nila Utama, penerus raja Sriwijaya, memiliki putra bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386). Sri Pakerma kemudian memiliki putra bernama Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Parameswara adalah putra dari Seri Rana Wira Kerma.

Pada tahun 1025, Rajendra Chola, raja Chola dari Coromandel, sebuah kerajaan Tamil Dravida yang memerintah di wilayah selatan India hingga abad ke-13, dapat menaklukkan Kedah dari Kerajaan Sriwijaya dan menguasainya. Raja Chola meneruskan penyerangan dan penaklukannya selama 20 tahun berikutnya ke seluruh imperium Sriwijaya. Tanda-tanda kebesaran Sriwijaya di Palembang musnah. Serangan ini mengakibatkan berpindahnya keluarga kerajaan beserta para pengikutnya ke Kerajaan Melayu Kuno (Melayu Tua), yang lokasinya terletak di Provinsi Jambi sekarang.

Sejak tahun 1286, bekas wilayah Kerajaan Sriwijaya termasuk Palembang dan Jambi resmi menjadi taklukan Kerajaan Singasari. Pada tahun 1293, wilayah tersebut menjadi bagian dari Kerajaan Majapahit, kerajaan penerus Singasari. Parameswara merupakan seorang putera raja dari Palembang. Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan seorang puteri kepada Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya. Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit, yang terus menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari Sumatera. Parameswara melarikan diri ke Tumasek, iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Parameswara telah memerintah Singapura selama lima tahun dengan cara pemerintahan seumpama seorang ketua lanun.

Pada pertengahan kurun ke-14, Kerajaan Siam yang pada ketika itu sedang mengembangkan kuasa jajahannya di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu hingga ke negeri Pahang, telah gagal untuk meluaskan kekuasaannya di Singapura walaupun beberapa percubaan telah dibuat untuk menyerang Singapura. Ini adalah kerana pada ketika itu kerajaan Majapahit berada di kemuncak kekuasaannya dan kekuatannya pula ditakuti oleh kerajaaan lain di kepulauan Melayu. Beberapa negeri di sepanjang Selat Melaka termasuk Tumasek atau sekarang ini Singapura, berada di bawah kekuasaan Majapahit. Sebuah angkatan laut Jawa dari Majapahit pernah menyerang Singapura semasa pemerintahan Parameswara. Setelah mengalahkan Singapura, mereka telah kembali ke tanah Jawa. Adalah dipercayai bahawa serangan yang dilakukan oleh Majapahit ke atas Singapura bukanlah faktor kejatuhan kerajaan Singapura dan larinya Parameswara dari Singapura tetapi sebaliknya Parameswara terus memerintah kerajaannya yang semakin merosot.

Apabila Parameswara gagal menubuhkan sebuah kerajaan di dua buah tempat di Muar, iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk, baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang ini dikenali sebagai Sungei Ujong. Parameswara meneruskan perjalanannya hingga sampai ke muara Sungai Bertam, di mana baginda telah menubuhkan kerajaan Melaka dan menjadi pemerintah pertama sekitar tahun 1394. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Parameswara masih lagi menganut agama Hindu. Justeru, penubuhan kerajaan Melayu di Melaka merupakan kesinambungan daripada kerajaan Melayu di Singapura yang telah jatuh.

Selepas Melaka ditubuhkan, Parameswara mula membangunkan kawasan itu dan mengarahkan penduduknya untuk bercucuk-tanam dengan tanaman pisang, tebu, ubi keladi dan lain-lain tanaman sebagai sumber makanan. Baginda sendiri turut menjalankan perniagaan di Melaka. Dalam masa yang singkat, berita tentang kota Melaka telah tersebar ke seluruh Malaya, Sumatera, Jawa dan India, yang menyebabkan ramai pedagang datang ke Melaka untuk berdagang. Dua tahun selepas Parameswara membuka Melaka, penduduknya telah berkembang seramai dua ribu orang.

Tidak lama kemudian, berita tentang kota Melaka yang menjadi sebuah pusat perdagangan telah sampai ke China. Yung-Lo, Maharaja China yang memerintah dari tahun 1402 sehingga tahun 1424, telah menghantar utusannya yang bernama Ying Ching ke Melaka pada tahun 1405. Kedatangan Ying Ching telah membuka jalan dalam membentuk hubungan persahabatan di antara Melaka dan China. Pedagang-pedagang Cina mula singgah di pelabuhan Melaka dan mereka boleh dikatakan antara pedagang yang paling awal menubuh pengkalan di Melaka. Ketika perwakilan dari Melaka mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja China, baginda telah memuji Parameswara dan mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah yang sah di Melaka. Maharaja Yung Lo kemudiannya menghadiahkan Parameswara dengan sebuah lambang kebesaran, sutera dan sekaki payung kuning sebagai tanda kerabat diraja, serta sepucuk watikah pelantikan Parameswara sebagai pemerintah Melaka. Melaka seterusnya diiktiraf sebagai sebuah kerajaan oleh Maharaja China. Perwakilan tersebut telah pulang ke Melaka bersama sebuah angkatan kapal yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho, orang Cina yang pertama berlayar dan mengembara ke kawasan selatan ini.

Pada zaman pemerintahan Parameswara inilah, ramai orang Jawa, India, Cina, Burma dan lain-lain telah datang untuk menetap di Melaka. Pada tahun 1409, Parameswara telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Parameswara Iskandar Syah. Dua tahun kemudian, pada tahun 1411, Parameswara Iskandar Syah bersama permaisurinya, puteranya serta rombongan diraja seramai 540 orang telah berangkat ke China mengikuti Laksamana Cheng Ho untuk mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja Yung Lo.

Pada tahun 1414, Parameswara telah mangkat dan makamnya dipercayai terletak di puncak sebuah bukit di Tanjung Tuan, yang juga dikenali sebagai Cape Rachado. Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju sepanjang pemerintahanannya selama dua puluh tahun. Baginda juga telah menjalinkan hubungan yang kukuh dengan Maharaja China dengan menghantar seramai enam orang utusan/perwakilan ke China.

Sumber: https://asalusulorangmelayu.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ