Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



ROH TIDAK AKAN KEMBALI KEDUNIA

Roh tidak kembali ke dunia



RAMADAN datang lagi. Kemuliaan dan kelebihannya dirasakan tidak perlu lagi dihuraikan kerana majoriti umat Islam arif tentangnya. Pasang surut ‘kemeriahannya’ secara asasnya terbahagi kepada tiga fasa - 10 hari pertama saf masjid dan surau meriah dengan jemaah, 10 hari kedua semakin berkurangan dan 10 hari terakhir yang tinggal hanya imam serta beberapa penunggu setia masjid sahaja.

Masuknya Ramadan, antara topik popular dalam laman sosial ialah tentang isu pulangnya roh untuk meninjau dan mengutip pahala daripada anak-anak serta saudara-mara mereka yang masih hidup.

Maka ramailah yang akan berkongsi maklumat ini tanpa terlebih dahulu memperinci kesahihannya. Alasan lazim yang diberikan, “aku dengar ada ustaz kata begitu. Guru agama aku pun cakap benda sama...,”.

Perlu diperbetul bahawa kesahihan mengenai isu agama bukannya berdasarkan kepada nama individu tetapi wajib bersandarkan kepada sumber asal agama iaitu al-Quran, sunnah yang sahih, ijmak dan kias.

Fokus kali ini merupakan hasil susunan jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri dan beberapa tokoh agama lain mengenai isu pulangnya roh orang mati.

HAKIKAT ROH

Sebenarnya pengetahuan manusia mengenai roh terlalu sedikit. Firman Allah, “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja,” (al-Isra’: 85)


Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di Rahimahullah di dalam tafsirnya, Taysir al-Karim al-Rahman: ayat itu menunjukkan tentang kelemahan manusia iaitu dalam sesetengah perkara mereka tidak mampu untuk mencapai dan mengetahuinya. Disebabkan itu, Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar menjawab persoalan mengenai roh ini dengan menyerahkan urusannya kepada Allah.

Mereka yang meninggal dunia, roh mereka tidak mungkin kembali semula ke dunia, sama ada untuk menziarahi ahli keluarga atau membalas dendam.

Antara dalil-dalil:

1. “Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (al-Mu’minuun: 100)

l Imam Ibn Jarir al-Tabari menukilkan riwayat Mujahid Rahimahullah (tabiin dan juga anak murid kepada Ibn Abbas r.a.) bahawa barzakh di dalam ayat itu ialah hijab (seperti tembok penghalang) antara orang yang telah mati untuk pulang ke dunia.

2. “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa daripada badannya, jiwa orang yang sampai ajal semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajal yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (al-Zumaar: 42)

l Ayat di atas menunjukkan bahawa roh orang mati tidak akan kembali, bahkan Allah yang berkuasa menahannya daripada kembali ke dunia. Ini seperti riwayat daripada Sa’id bin Jubair Rahimahullah (tabiin dan juga anak murid kepada Ibn Abbas r.a.) yang mengatakan bahawa telah dikumpulkan antara roh-roh orang yang hidup dan mati (di dalam mimpi) kemudian Allah menahan roh orang mati dan melepaskan roh orang yang hidup kepada jasadnya semula.

3. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad di dalam musnadnya daripada Jabir r.a.:

“Telah berkata kepadaku Rasulullah SAW: Wahai Jabir! Adakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah SWT telah menghidupkan ayahmu dan berfirman kepadanya: “Mohonlah kepada-Ku”. Lantas ayahmu berkata: “Kembalikanlah diriku ke dunia hingga aku terbunuh (dalam jihad fi sabilillah) sekali lagi. Maka Allah berfirman: “Aku telah memutuskan bahawa mereka (yang telah mati) tidak akan kembali lagi ke dunia.”

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada nas dan pendapat para ulama, kami (Irsyad al-Fatwa) nyatakan bahawa roh tidak mampu untuk pulang ke dunia kerana ia berada di satu alam yang dinamakan barzakh.

Nas yang sahih lagi jelas seperti yang terdapat pada hadis Jabir r.a menjadi pemutus dan penghukum di samping tafsiran para mufassirin mengenai ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dalam isu ini, yang mana menunjukkan bahawa roh tidak dapat kembali ke dunia.

KEBIASAANNYA pada zaman dahulu menjelang penghujung Ramadan, kebanyakan rumah di kampung mula dihias dengan pelita minyak tanah, terutamanya di sepanjang jalan masuk ke kawasan halaman rumah.

Selain bagi menimbulkan suasana menjelang Aidilfitri, dikatakan bahawa tradisi itu kononnya bertujuan meraikan kepulangan roh-roh keluarga untuk melihat waris-waris yang ditinggalkan. Roh yang baik peluangnya amat tinggi untuk dibenarkan ‘turun’ ke dunia, manakala bagi yang kurang amalannya hanya mampu ‘menggigit jari’.

Kononnya apabila roh pulang, perkara pertama yang bakal dilakukan ialah kembali ke kubur untuk melihat jasad mereka sebelum meneruskan perjalanan ke rumah pusaka, anak-anak dan rumah orang yang selalu mendoakan mereka.

Roh ini akan kembali ke Luh Mahfuz pada malam 1 Syawal bersama ‘poket’ yang sarat dengan amalan-amalan yang disedekahkan oleh waris-warisnya.

Sementara itu, Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Datuk Dr. Haron Din turut mengulas mengenai isu ini.

Antara penjelasan beliau:

l Orang meninggal dunia bermaksud rohnya berpindah ke alam baqa’ yang bermula dari kubur.

- Hadis Nabi SAW menyebut (yang bermaksud), “Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia,”

l Barzakh bermaksud pemisah atau penghalang seumpama sebuah tembok kukuh yang memisahkan di antara dua alam.

- “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

l Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menunjukkan bahawa roh si mati berada dalam suatu kepungan barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

l Logiknya, jika roh boleh kembali ke dunia, melakukan pelbagai perkara, sudah tentu orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Haron Din mengakui terdapat tanggapan segelintir bahawa roh kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad tertentu. Berdasarkan kepada pengalamannya, ada yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya serta mampu mengubat orang melalui ilmu yang diperoleh daripada orang telah mati.

“Semuanya tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arab disebut ‘tanasuthil arwah’ - reincarnation. Elemen ini wujud dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

“Umat Islam mesti beriman bahawa roh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk ke dalam diri orang lain. Satu jasad satu roh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, roh kembali ke alam barzakh.

“Apabila tiba hari Kiamat, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah SWT,” katanya.

Jawapan ini boleh dirujuk melalui:

www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/945-irsyad-al-fatwa-ke-112-bolehkah-roh-orang-yang-telah-mati-kembali-ke-dunia

www.darussyifa.org/SJ001.php.

KEBIASAANNYA pada zaman dahulu menjelang penghujung Ramadan, kebanyakan rumah di kampung mula dihias dengan pelita minyak tanah, terutama di sepanjang jalan masuk ke kawasan halaman rumah.

Selain bagi menimbulkan suasana menjelang Aidilfitri, dikatakan bahawa tradisi itu kononnya bertujuan meraikan kepulangan roh-roh keluarga untuk melihat waris-waris yang ditinggalkan. Roh yang baik peluangnya amat tinggi untuk dibenarkan ‘turun’ ke dunia, manakala bagi yang kurang amalannya hanya mampu ‘menggigit jari’.

Kononnya apabila roh pulang, perkara pertama yang bakal dilakukan ialah kembali ke kubur untuk melihat jasad mereka sebelum meneruskan perjalanan ke rumah pusaka, anak-anak dan rumah orang yang selalu mendoakan mereka.

Roh ini akan kembali ke Luh Mahfuz pada malam 1 Syawal bersama ‘poket’ yang sarat dengan amalan-amalan yang disedekahkan oleh waris-warisnya.

Sementara itu, Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Datuk Dr. Haron Din turut mengulas mengenai isu ini.

Antara penjelasan beliau:

1. Orang meninggal dunia bermaksud rohnya berpindah ke alam baqa’ yang bermula dari kubur.

- Hadis Nabi SAW menyebut (yang bermaksud), “Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia,”

2.Barzakh bermaksud pemisah atau penghalang seumpama sebuah tembok kukuh yang memisahkan antara dua alam.

- “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

3.Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menunjukkan bahawa roh si mati berada dalam suatu kepungan barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

4. Logiknya, jika roh boleh kembali ke dunia, melakukan pelbagai perkara, sudah tentu orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Haron mengakui terdapat tanggapan segelintir bahawa roh kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad tertentu. Berdasarkan kepada pengalamannya, ada yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya serta mampu mengubat orang melalui ilmu yang diperoleh daripada orang telah mati.

“Semuanya tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arab disebut ‘tanasuthil arwah’ - reincarnation. Elemen ini wujud dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

“Umat Islam mesti beriman bahawa roh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk ke dalam diri orang lain. Satu jasad satu roh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, roh kembali ke alam barzakh.

“Apabila tiba hari Kiamat, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah SWT,” katanya.

Jawapan ini boleh dirujuk melalui:

www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/945-irsyad-al-fatwa-ke-112-bolehkah-roh-orang-yang-telah-mati-kembali-ke-dunia

www.darussyifa.org/SJ001.php.


Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

KAABAH AKAN DIANGKAT KE LANGIT

KAABAH AKAN DIANGKAT KE LANGIT



KAABAH AKAN DIANGKAT KE LANGIT BILA BERLAKUNYA PERKARA INI…

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dalam kehangatan proses meruntuhkan dan perluasan Masjidil Haram kini, pada suatu hari nanti antara tanda terbesar semakin menghampiri hari Qiamat adalah dengan runtuhnya Kaabah. Seorang manusia terkutuk yang bergelar ‘Zussuwaiqatain’ dari antara dan berbangsa Habasyah dikatakan akan merobohkan binaan suci tersebut.

‘Zussuwaiqatain’ adalah nama gelaran bermaksud ‘si pemilik dua betis yang kecil’ kerana merujuk kepada orang2 Habasyah yang pada umumnya betis mereka bersaiz kecil dan mempunyai kaki yang kurus-kurus.

Sebagaimana diriwayatkan dari Ka’ab Al-Ahbar dalam tafsir Ibnu Katsir, tentang perbahasan firman Allah سبحانه

وتعالى;
حَتَّىٰٓ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍۢ يَنسِلُونَ
“Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.” (Surah Al-Anbiya : Ayat 96).

Bahawa munculnya Zussuwaqatain bermula pada masa turunnya Nabi Isa Alaihis Salaam, iaitu setelah dibinasakannya Yakjuj dan Makjuj.

Ketika itu Nabi Isa Alaihis Salaam menghantar pasukannya untuk memerangi bala tentera Zussuwaqatain yang berkekuatan di antara 700 hingga 800 orang. Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى mengirimkan angin sejuk dari arah negeri Yaman dan telah meragut nyawa setiap orang yang beriman serta selebihnya manusia-manusia jahat yang melakukan sex bebas seperti binatang.

# Ka’ab Al-Ahbar berpendapat, pada masa itu Qiamat sudah semakin hampir.

Hadis-Hadis Yang Berkaitan Dengan Zussuwaqatain

Hadis-hadis Nabi ﷺ ada menyebutkan tentang Kaabah akan diroboh pada akhir zaman. Rasulullah ﷺ juga menyebut ciri-ciri yang ada pada peroboh Kaabah tersebut:



Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu Anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Kaabah ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia merampas perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya, orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang memukul Kaabah dengan penyodok dan kapaknya.” (Sanad hadis ini Jayyid dan Qawiy – Hadis Riwayat Ahmad).

Abu Daud meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi ﷺ, bahawa Baginda bersabda, “Biarkan orang-orang Habasyah selagi mereka membiarkan kamu (tidak mengganggu kamu). Sesungguhnya tidak ntaraa orang yang (berani) membongkar barang-barang simpanan dalam Kaabah selain daripada Zussuwaqatain dari Habasyah.”

Imam Ahmad meriwayatkan pula pula bahawa Ibnu Abbas menceritakan kepada perawi hadis ini, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Seakan-akan aku melihatnya, orangnya hitam, dengan congkaknya dia merobohkannya (Kaabah) batu demi batu.”

Dan menurut riwayat Imam Ahmad pula dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, Rasulullah ﷺ bersabda, “Malam dan siang tak akan berhenti bersilih-ganti sebelum ada seorang lelaki dari kalangan kaum hamba menjadi raja, dia bernama Jahjah.”

Serangan

Ketika hampirHari Qiamat itu, Zussuwaqatain menghantar pasukannya yang berkekuatan antara 700 hingga 800 orang untuk menghancurkan Kaabah. Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Orang yang mempunyai dua pasukan kecil dari Habasyah hendak menghancurkan Kaabah.”

Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى menghantar angin sejuk dari arah negeri Yaman yang meragut nyawa setiap orang beriman serta selebihnya golongan manusia yang melakukan kejahatan dan sex bebas seperti binatang. Aisyah Radhiyallahu Anha berkata, “Nabi bersabda, ‘Kaabah itu akan diperangi oleh tentera. Tetapi, kemudian mereka itu akan ditenggelamkan dalam bumi (yakni di Baida’, suatu tempat ntara Makkah dan Madinah).’”

Ketika berlaku perang kelak orang tidak akan menunaikan haji dan dikatakan Kaabah akan diruntuhkan ketika itu serta diriwayatkan bahawa ‘sesudah itu Kaabah tidak dibangunkan lagi’.

Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Nabi ﷺ. Bersabda, “Sungguh Baitullah akan digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.”(Dan dalam riwayat yang mu’allaq, Baginda bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ibadah haji tidak dilaksanakan lagi.”)

Yaumul Khalash (Hari Pembersihan)

Adapun kota Madinah, sebagaimana telah dibincangkan dalam banyak catatan mengenai ‘Yaumul Khalash’ (Hari Pembersihan), bahawa Dajjal tidak dapat memasuki kota Madinah dan Makkah. Disetiap penjuru jalan di Madinah ada malaikat-malaikat yang menjaganya supaya tidak dimasuki Dajjal.

Dalam shahih Al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah ﷺbersabda, “Madinah tidak dapat dimasuki Dajjal maupun wabak penyakit.”

Telah dijelaskan juga bahawa Dajjal hanya boleh tinggal di luar bandar, lalu terjadilah goncangan hebat tiga kali yang menyebabkan kaum munafik maupun orang-orang fasik, lelaki dan perempuan, semuanya keluar dari kota dan tinggallah orang-orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan di dalam kota Madinah. Dan hari itu disebut sebagai “Yaumul Khalash” (Hari Pembersihan).

Demikian sebagaimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya kota ini (Madinah) adalah Thaibah (harum). Dia sendiri akan membuang kotorannya lalu semerbaklah keharumannya.”

Kota Madinah akan tetap ramai ketika Dajjal menguasainya dan ramai juga penduduk pada masa datangnya Nabi Isa bin Maryam Alaihis Salaam, sehingga Baginda wafat dan dikebumikan di sana. Sesudah semua itu berlaku, barulah penduduk Madinah akan keluar meninggalkan kota.

Kehancuran ketiga2 kota suci iaitu Baitulmuqddis, Madinah dan Makkah telah disebutkan Baginda dan dikatakan setelah Kaabah runtuh buat kali ketiga, Kaabah akan diangkat ke langit. Bahkan Baginda ﷺ ada memberikan gambaran bahawa tanah-tanah suci tersebut akan dibangunkan semula. Maka sebenarnya kehancuran kota suci bukan bermaksud kehancuran sebenar tapi lebih bermaksud penyucian tanah suci iaitu bukan sahaja penyucian rohaniah tanah suci bahkan meliputi penyucian fizikalnya sekali.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Semoga Allah سبحانه وتعالى menganugerahkan kita akhir hayat yang baik dengan amalan kebaikan melebihi daripada segala keburukan yang pernah dilakukan, dan menghapuskan segala dosa kita hingga kita boleh berhimpun dalam keadaan sejahtera dan bercahaya di yaumul akhir (Hari Qiamat) nanti.

Bertaubatlah kita sebelum kaabah hilang dari mata dunia….



Sumber https://tambahcheeze.com/

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ