Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gila Seks Punca Ramai Gadis Menganut Syiah?

Gila Seks Punca Ramai Gadis Menganut Syiah?


Kebenaran untuk berkahwin secara mutaah yang kononnya menghalalkan zina dikenali pasti sebagai faktor utama menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terutama lelaki, terjebak dengan fahaman Syiah.

Penolong Pengarah, Seksyen Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata kesimpulan itu berdasarkan pengakuan 141 pengikut fahaman terbabit yang direkodkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) setakat ini.


Gila Seks Punca Ramai Gadis Menganut Syiah?

Syiah buat hadis palsu

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah daripada kalangan orang Melayu tidak mahu menceritakan secara terperinci mengenai kahwin mutaah, namun Syiah buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar.

Mereka tahu zina perkara jijik dan berdosa besar, tetapi dalam Syiah benda jijik dimuliakan... Nikah mutaah mulia, bahkan mendapat pahala lagi, siapa yang bermutaah sekali sama martabatnya dengan Saidina Hassan, dua kali sama dengan Saidina Hussin dan tiga kali sama dengan Saidina Ali.

Pengikut Syiah percaya, kahwin mutaah yang sebenarnya menghalalkan zina dalam Islam, akan diberikan pahala yang besar seperti yang diterima Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, katanya ketika berucap pada majlis 'Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana BAKTI: Kesesatan dan Fahaman Syiah', di sini semalam.

Gila Seks Punca Ramai Gadis Menganut Syiah?


Ciri penganut Syiah

Majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Kompleks Seri Perdana itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Aizam juga mendedahkan ciri penganut fahaman Syiah yang turut menggelarkan fahaman itu sebagai Mazhab Ahli Bait bagi mengelirukan umat Islam, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, antara ciri berkenaan termasuk menambah bacaan dua kalimah syahadah dan azan, solat tiga waktu sehari iaitu dengan menjamakkan Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak.

Amalan lain termasuk sujud di atas batu Karbala ketika solat, tidak menunjukkan penghormatan kepada sahabat Rasulullah dan tidak terus berbuka puasa selepas mendengar azan Maghrib pada Ramadan.

Penyebaran ajaran sesat itu yang kerap berselindung di sebalik agensi pelancongan, buku agama dan risalah serta media sosial, katanya sambil menambah pengikut Syiah di Malaysia dianggarkan sekitar 1,500 hingga 2,000 orang.

Ceramah itu dihadiri 70 tetamu termasuk ahli BAKTI, Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). - Sumber

7 comments:

Post a Comment

Kerana Memakai Bikini Terlalu Kecil Wanita Ini Dihalau Dari Taman Tema Air



Wanita berusia 43 Tahun  bernama Madelyn menjadi terkenal seketika kerana memakai bikini terlalu kecil disebuah Taman Tema Air di Amerika. Madelyn tidak menyedari bahawa bikini yang dipakainya terlalu kecil sehingga didakwa menjadi tumpuan di taman tema air tersebut.

Pengurus Taman Tema Air telah menasihati Madelyn supaya memakai bikini yang lebih sesuai kerana ianya terlalu kecil namun Madelyn menjawab memakai bikini adalah haknya. Kemudian beliau beredar dari situ.




6 comments:

Post a Comment

Kena Belasah Dengan Isteri

Kena Belasah Dengan Isteri

Kena Belasah Dengan Isteri


Hahaha kena belasah dengan isteri.... layan jer laaa



4 comments:

Post a Comment

Siti Aishah Mangsa Perhambaan Mengalami Strok Dan Trauma

Siti Aishah Mangsa Perhambaan Mengalami Strok Dan Trauma




KUALA LUMPUR: Polis Britain mendedahkan bahawa mereka baru sahaja memulakan siasatan dan menemubual ketiga-tiga wanita yang ditahan sebagai hamba di London selama 30 tahun itu hari ini.

Menurut laporan AFP, Polis Britain sebelum ini tidak dapat berhubung secara terus dengan ketiga-tiga wanita terbabit kerana masih menunggu kebenaran untuk menemubual daripada pakar trauma.

Komander Steve Rodhouse dari Polis Metropolitan London berkata, kesemua mangsa masih belum ‘ditemubual secara rasmi’ dan kerana itu, mereka masih belum memahami keseluruhan dan kebenaran tuduhan yang kini tersebar di media.

Beliau turut menambah bahawa ketiga-tiga mangsa kini berada di dalam jagaan pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam menjaga individu yang mengalami trauma, dan nasihat daripada pakar amat diperlukan polis dalam menanggani kes ini.

AFP turut melaporkan bahawa sesi temubual telah dimulakan.

Media Britain pula melaporkan oleh kerana tidak mendapat rawatan ekoran strok merupakan punca wanita-wanita terbabit untuk ‘membebaskan’ diri dan memohon bantuan.

Polis Britain percaya bahawa ketiga-tiga wanita terbabit telah diindoktrinasi atau 'brainwash' dan kemungkinan didera secara fizikal namun bukan secara seksual.

Mereka juga dipercayai sesekali dibenarkan keluar dari rumah.

Polis kini sedang cuba untuk memahami “gari ghaib” yang digunakan untuk mengawal ketiga-tiga hamba tersebut. - astroawani.com


2 comments:

Post a Comment

Beli Novel Tapi Belum Dibaca

Sejak dua tahun yang lepas Ida membeli novel-novel ini tetapi sehingga sekarang masih belum berkesempatan untuk membacanya. Sebenarnya ada banyak lagi koleksi novel Ida yang masih belum dibaca tetapi telah dipinjam oleh kawan-kawan dan juga saudara- mara. Maksudnya pinjam terus tak pulang. Dan ini adalah sebahagian yang telah dipulangkan...

Beli Novel Tapi Belum Dibaca

Beli Novel Tapi Belum Dibaca

6 comments:

Post a Comment

Jalan Raya Tengah Laut Di Norway


Jalan Raya Tengah Laut Di Norway

Sebelum ini Ida pernah postkan  gambar-gambar menarik tentang Atlantic Bridge Norway yang menakjubkan di sini dan sekarang jom saksikan videonya pula.




4 comments:

Post a Comment

Nokia Kembali Mencipta Kegemilangan Dengan Jolla

Nokia Kembali Mencipta Kegemilangan Dalam Jolla



Lagi berita tentang Nokia tetapi kali ini bukan mengenai syarikat Finland itu sendiri tetapi kisah beberapa bekas pekerja Nokia mula memperkenalkan telefon pertama mereka di bawah syarikat yang diasaskan mereka iaitu model Jolla yang beroperasi di bawah OS bebas, Sailfish.

Bagaimanapun, pembeli Jolla atau disebut sebagai Yol-la masih boleh mengakses atau memuat turun kebanyakan aplikasi yang dibangunkan melalui platform Google Android. Setakat ini, Jolla akan diperkenalkan di Finland dengan beberapa syarikat telekomunikasi berminat untuk memasarkannya.

Dengan penguasaan sehingga 80 peratus Android terhadap telefon pintar di dunia, kemungkinan agak sukar untuk Jolla menyelit dalam pasaran tersebut tetapi berdasarkan semangat dan kepakaran bekas-bekas eksekutif Nokia yang sebelum ini pernah membawa Nokia ke arah kemuncak kegemilangan dalam telefon bimbit, tidak mustahil Jolla boleh mengejutkan dunia.

Mungkin boleh dikatakan, Jolla mungkin telefon yang dianggap 'hipster' dalam dunia telefon pintar.

Nokia Kembali Mencipta Kegemilangan Dalam Jolla


Antaramuka Sailfish

Kalau ada yang bertanyakan tentang Sailfish, ia dulu dikenali sebagai MeeGo yang pernah dibanggakan dan dibangunkan dalam Nokia sebelum mereka beralih arah kepada platform Windows yang dikeluarkan Microsoft.

Jolly dijual pada harga kira-kira RM1,600 dengan saiz telefon 131 x 68 x 9.9 milimeter bersama tahap nipis sehingga 141 gram. Ia menggunakan pemproses Qualcomm dual core 1.4GHz. Ia juga mempunyai kebanyakan sambungan serta rangkaian seperti telefon biasa iaitu LTE, wifi, bluetooth dan AGPS.

Kameranya pula berkapasiti 8 megapiksel dengan kamera depan 2 megapiksel. Paling penting, saiz skrinnya 4.5 inci IPS qHD. Saiz memori ditawarkan termasuk 16GB dengan RAM sebanyak 1GB. Telefon ini mampu bertahan selama 9 jam jika anda menggunakan sambungan 3G.

Signifikannya, Jolla juga menggunakan sistem peta HERE yang dibangunkan dengan kerjasama Nokia lengkap di 190 negara.

Pengguna Jolla boleh memuat turun aplikasi Android melalui platform Yandex.Store yang mempunyai 85,000 aplikasi Android melalui 17 kategori termasuk Facebook, Twitter, Foursquare, Skype, WeChat, Angry Birds dan Viber serta banyak lagi. - Sumber

2 comments:

Post a Comment

Video Mencuri Dalam Masjid Ketika Jemaah Sedang Sujud

Mencuri Dalam Masjid Ketika Jemaah Sedang Sujud

Sedihnya.... Allah s.w.t dah hilangkan rasa takut dalam diri dia...hatta dalam masjid sekali pun...MasyaAllah..


4 comments:

Post a Comment

Akibat Terlalu Geram Dengan Perogol, Di Belasah Sampai Koma

Akibat Terlalu Geram Dengan Perogol, Belasah Sampai Koma



Kuala Lumpur: Seorang suspek kes rogol menerima perintah tahanan reman ke atasnya dalam keadaan koma dan terlantar di katil hospital selepas dia parah akibat dibelasah keluarga mangsa.

Lelaki berusia 28 tahun itu disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang meminta perlindungan di rumahnya di Bukit Puchong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit (suspek) dikejarkan ke HKL jam 9 malam, selepas dibelasah sekumpulan antara tiga hingga lima lelaki dipercayai keluarga remaja perempuan yang dirogolnya itu ketika suspek berada di Setapak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata akibat kejadian itu suspek cedera parah di kepala, selain empat tulang rusuk kanannya patah dan kini dilaporkan koma di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi, semalam. -hmetro

1 comments:

Post a Comment

Kisah Siti Aishah Menjadi HAMBA Di London Diragui

Apa pun kita tunggulah Makcik Siti Aishah ni pulang ke Malaysia dan bercerita tentang pengalaman dan kisahnya yang sebenar... Wallahualam...

Artikel di bawah Ida kongsi dari sini - Sumber



Dr Syed Husin Ali

Senator PKR membayangkan keraguannya sama ada wanita warga Malaysia yang baru-baru ini diselamatkan oleh polis Britain di sebuah rumah di London benar-benar terbabit dalam perhambaan seperti yang didakwa atau sebenarnya tidak.

Bercakap kepada media British Broadcasting Corporation, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali (gambar), berkata Siti Aishah Abdul Wahab adalah seorang daripada “dua atau tiga gadis Melayu” yang terbabit dengan Maoist pada tahun 1960-an dan dua daripada mereka sudah pulang ke Malaysia untuk bekerja.

“Saya agak skeptikal mengenai perhambaan.

“Pada masa itu, kumpulan berkenaan mempunyai ideologi berpusat menyebabkan mereka mudah mengawal ahlinya, walaupun dikaitkan dengan orang lain, keadaan yang sama mungkin boleh berlaku kepada Siti Aishah,” katanya merujuk kepada zaman ketika beliau melanjutkan pelajaran di London dari 1966 hingga 1968.


Kisah Siti Aishah Yang Dijadikan HAMBA Diragui

Ahli politik veteran itu menggambarkan Siti Aishah, pada ketika itu berusia antara 20 hingga 21 tahun sebagai seorang yang cantik dan sangat pintar serta setia terhadap rakan dan kumpulannya.

Syed Husin berkata, ketika beliau terdengar berkenaan penangkapan Aravindan Balakrishnan dan isterinya, Chanda, yang pernah ditemuinya ketika belajar di sana, beliau berpendapat 'hamba dari Malaysia' itu berkemungkinan Siti Aishah.

Katanya, ini kerana Siti Aishah adalah antara seorang daripada dua atau tiga wanita yang kembali ke tanah air dan bekerja.

"Dua daripada mereka memutuskan hubungan dengan kumpulannya," katanya.

Kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum berlepas ke London pada malam Selasa lalu dalam misi mencarinya.
Siti Aishah adalah antara tiga wanita yang diselamatkan polis London, termasuk Rosie Davis, 30, dan wanita Ireland, 57, pada 25 Oktober.

Media British melaporkan ketiga-tiga mereka diperhambakan oleh pemimpin Maoist. – 28 November, 2013.

4 comments:

Post a Comment

Aksi-Aksi Sumbang Di Taman Rekreasi


Aksi-Aksi Sumbang Di Taman Rekreasi


Kalau pergi ke mana-mana taman rekreasi selalu kita akan bertemu dengan aksi-aksi sebegini, malah ia seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan kita yang melihatnya pula seolah-olah sudah tidak menghiraukan sangat dengan aksi-aksi mereka ini. Tapi sejauh mana pula gejala sosial seperti ini dapat di terima oleh anda?

Jom saksi rakaman pendedahan dari My Metro TV di bawah. 



4 comments:

Post a Comment

Subhanallah!!! Bayi Yang Dilahirkan 3.5 pramatang Ini Telah Berusia Satu Tahun.

Subahanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar....besarnya kekuasaanMu ya Allah...tiada yang mustahil...bila Kau mengkehendaki sesuatu maka jadilah ia....Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa atas setiap kejadian di langit dan di bumi.

Bayi ini dahulu di lahirkan pada 3.5 pramatang (kira-kira 6.5 bulan) dan berat hanya 1.5 lbs. Dengan rahmatNya...bayi yang belum cukup bulan/matang ini  boleh melihat dunia...Allah Maha Besar...Allah Maha Besar...Percaya dengan KebesaranMu ya Allah..



Jom saksikan rakaman video di bahawa - sejak bayi ini dilahirkan sehingga kini berusia satu tahun

7 comments:

Post a Comment

Air kencing Lady Gaga dijadikan minyak wangi!

Kita sudah terbiasa mendengar kisah gila dan aneh yang pasti melibatkan penyanyi antarabangsa, Lady Gaga, jadi apabila mendengar berita terbaru ini, tidak begitu terkejut. Tidak terkejut, namun Ida akui memang merasa jijik.

Baru-baru ini semasa berada di set rancangan TV Andy Cohen, ‘Watch What Happens”, air kencing Lady Gaga telah diambil dengan tujuan akan dijadikan minyak wangi!

Untuk memendekkan cerita panjang, Lady Gaga telah membuang air kecil di dalam tong sampah bilik persalinan rancangan TV Andy Cohen. Dengan gaya diva, beliau beri alasan bahawa beliau tidak jumpa tandas jadi terpaksa buang air di situ.

Andy dan pembantu produksi terus menyimpan sampel air kencing tersebut dalam sebuah botol. Kebetulan pembantu tersebut menemui cara membuat minyak wangi dengan mencampurkan sampel tersebut dan alcohol.

Lady Gaga telah tweet kejadian tersebut dan siap memberi amaran agar peminat beliau berhati-hati sekiranya dihampiri Andy Cohen dan ‘minyak wangi’ tersebut.

Air kencing Lady Gaga dijadikan minyak wangi!



5 comments:

Post a Comment

Dua Lelaki Melayu Maut Dalam Kemalangan Ngeri Selepas Menyamun

Pada 27/11/2013 jam 12.30 tengah hari di tepi jalan Kg Temin, Sungai Siput, Perak satu kejadian samun telah berlaku. Suspek tiga lelaki melayu telah menyamun satu perempuan melayu yang baru selesai kutip duit amanah ikhtiar bernilai RM 19,977.00 yang sedang memandu kereta proton BLM putih dimana suspek pula memandu kereta wira telah menghimpit kereta mangsa dan terpaksa berhenti. 

Suspek yang bersenjatakan sebilah parang telah menyamun mangsa dan melarikan kereta mangsa setelah mangsa berjaya di tolak keluar dari dalam keretanya. Kemudian kereta mangsa yang dilarikan oleh suspek telah bertembung dengan sebuah Lori di sekeloh kubur Kg Temin mengakibatkan salah seorang daripada suspek mati di tempat kejadian dan seorang lagi suspek yang cedera parah telah meninggal dunia di Hospital. Manakala seorang lagi suspek telah berjaya melarikan diri dengan kereta Wira yang dinaiki pada awal.

TUHAN bayar CASH dalam kejadian ini... Untuk renungan bersama.

Dua Lelaki Melayu Maut  Dalam Kemalangan Ngeri Selepas Menyamun

Dua Lelaki Melayu Maut  Dalam Kemalangan Ngeri Selepas Menyamun

Dua Lelaki Melayu Maut  Dalam Kemalangan Ngeri Selepas Menyamun

Dua Lelaki Melayu Maut  Dalam Kemalangan Ngeri Selepas Menyamun


Dua Lelaki Melayu Maut  Dalam Kemalangan Ngeri Selepas Menyamun



10 comments:

Post a Comment

Kenapa Nuffnang Asyik Paparkan Churp-Churp Ads?

Kenapa sejak 2-3 minggu ni Nuffnang asyik siarkan iklan Churp-Churp jer? Pergi blog sana Churp-Churp, pergi blog sini pun Churp-Churp juga...amat jarang sekali dapat klik iklan lain. Seandainya anda pasang tiga iklan nuffnang, kadang-kadang ketiga-tiga iklan tersebut adalah Churp-Churp. Amat jarang kalau terjumpa satu iklan yang berlainan dalam satu-satu blog tu... Kalau jumpa pun kadang-kadang...Setahu Ida, kalau klik Churp-Churp ni tak dapat sen kan? Tapi ya la...dah suruh klik tetap juga lah kita klik kan? hehehe



Kenapa Nuffnang Asyik Paparkan Chrup-Chrup Ads?

Kenapa Nuffnang Asyik Paparkan Chrup-Chrup Ads?

Kenapa Nuffnang Asyik Paparkan Chrup-Chrup Ads?


Apakah Ida ni di anggap telah menderhaka kepada nuffnang? Orang kata nuffnang ni kena puji-puji baru lah dia kasi iklan yang best-best...dan mudah untuk mendapat CPUV dan bukanlah komplin seperti ini? 


9 comments:

Post a Comment

JOM MELAWAT STOCKHOLM SWEDEN

Jom ikut Ida melancong di alam maya ke Stockholm Sweeden. Ok, sewaktu mula memasuki kota Stockholm, anda akan memperhatikan dinding-dinding tebing batu yang ada di tepi-tepi jalan. Ternyata tebing-tebing batu itu tidak dibiarkan begitu saja, tapi dibuat dengan corak tertentu sehingga sedap mata memandang. Dan makin mendekati bandar lama, ternyata Stockholm amat cantik! Apartmentnya disusun unik dengan tembok warna kuning dan atap berbentuk kubah hitam, banyak juga bangunan dengan dominasi warna merah dengan bumbung-bumbung berbentuk unik. Bangunan-bangunan tua nan megah berdiri hampir di setiap sudut kota dan membuat Stockholm tampak semakin indah adalah kerana dikelilingi dengan air! Stockholm memang terdiri dari beberapa kepulauan. Kapal-kapal yang berlabuh di tepi bangunan-bangunan tua, jambatan panjang yang mengelilingi kota, café-café cantik di pinggir perairan, wah! semua membuat Stockholm begitu indah dipandang mata.

JOM MELAWAT STOCKHOLM SWEDEN

JOM MELAWAT STOCKHOLM SWEDEN

4 comments:

Post a Comment

Rombongan “misi mencari Siti Aishah” tiba di London


Rombongan “misi mencari Siti Aishah” tiba di London


Rombongan dari Malaysia ke London dalam misi mencari Siti Aishah Abdul Wahab, wanita yang dikatakan menjadi tahanan selama tiga dekad tiba di London selepas 14 jam penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.20 pagi tadi, lapor Hishamuddin Rais melalui blognya.

Hishamuddin melalui blog; tukartiub.blogspot.com berkata, waktu ketibaan beliau di London adalah jam 5.30 pagi dan ketibaan rombongan berkenaan yang turut disertai kakak kepada Siti Aishah, Kamar Mahtum Abdul Wahab.

"Maaf, nama hotel tidak dapat diberitahu takut wartawan akan berkampung. Jangan marah," kata Hishamuddin dalam blognya.

Beliau turut berkata, rombongan berkenaan turut diserbu wartawan di London sejurus keluar dari lapangan terbang.

"Cikgu Kamar menunggu Dean untuk pergi minum pagi dan berbincang apa yang perlu kami lakukan," katanya lagi.

Rombongan “misi mencari Siti Aishah” tiba di London

Kamar yang berlepas ke Britian malam tadi berkata, walaupun masih belum pasti 100% Siti Aishah adalah adiknya, tetapi naluri hatinya tetap teguh dengan kepercayaan itu.

“Jika saya tidak dapat berjumpa dengannya, saya tidak akan pulang ke Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insider di KLIA malam tadi.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.

Akhbar Daily Mail semalam mendedahkan nama wanita termuda di antara ketiga-tiga tahanan itu bernama Rosie Davis.

“Jika dia adalah adik saya, saya gembira. Tetapi, apakah beliau gembira bila berjumpa saya?” kata Kamar, seorang pesara guru.

“Adik saya mungkin berubah, tetapi saya ada firasat. Allah bagi kita ‘the sixth sense.’ Saya akan tetap tahu dia adik saya jika dia benar-benar adik saya. - 27 November, 2013. - Sumber 

1 comments:

Post a Comment

Subhanallah!! Sebenarnya Kaabah Telah Wujud Sejak Diciptakan Bumi

Subhanallah!! Sebenarnya Kaabah Telah Wujud Sejak Diciptakan Bumi
Gambar dari google: irfanisyad.wordpress.com


Nabi Ibrahim hanya membina bangunan di atas tapak yang telah disediakan. Sewaktu Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi dari syurga, Baginda telah menuju ke Makkah. Setibanya disana, beliau telah terlihat para malaikat sedang bertawaf mengelilingi Kaabah.

Lalu, Allah S.W.T telah turunkan perintah supaya Nabi Adam bertawaf mengelilingi Kaabah. Allah juga telah mengangkat para malaikat supaya bertawaf di satu tempat dinamakan Bait al-Makmur (berada betul-betul di atas bumbung Kaabah). Malaikat telah bertawaf di Bait al-Makmur sepanjang masa. Setiap 1 masa, sebanyak 70 000 malaikat akan masuk untuk bertawaf dan tidak akan keluar sehingga hari kiamat.

Tidak tercapai akal bagaimana besarnya tempat yang dinamakan Bait al-Makmur. Sayap malaikat yang dikisahkan, adalah sebesar timur dan barat. Inikan pula 70 000 malaikat, yang masuk dan tidak pernah keluar. Bagaimana besarnya tempat itu??

Sumber: Ustaz Halim Nasir 


Ada juga yang berpendapat Allah  mencipta Kaabah 2000 tahun sebelum Allah mencipta bumi. Beberapa rujukan menyebut bahawa Kaabah dibangun beberapa kali namun yang terbukti di antaranya adalah lima kali iaitu:
1). Pembangunan Ibrahim 'alaihissalam bersama anaknya Ismail,
2). Pembangunan Quraisy
3). Pembangunan Abdullah bin Zubir,
4). Pembangunan Hajjaj bin Yusuf dan
5). Pembangunan Sulthan Murad Khan Al Utsmani.

7 comments:

Post a Comment

Umur Baru 18 Tahun Tapi Dah Kahwin 11 Kali

Umur Baru 18 Tahun Tapi Dah Kahwin 11 Kali

JAKARTA: Dalam usia baru 18 tahun, Fitriasih dilaporkan sudah mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan lalu, dengan lelaki Arab yang berbeza dalam satu-satu masa.

Namun ketika ditanya apa yang menyebabkan beliau mempunyai rekod sedemikian, remaja terbabit hanya akan menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan.

Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak di mana lelaki Islam akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan wanita tempatan dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang-undang negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan berkenaan.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.


Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia barat dengan mendapat bantuan seorang orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga lima minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu 20 peratus diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu seorang ‘unta’ - terma yang digunakan orang tengahnya bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu akan tinggal.

5 comments:

Post a Comment

Arwah Bukan BUnuh Diri, Jangan Sebarkan Berita Palsu!!!

Arwah Bukan BUnuh Diri, Jangan Sebarkan Berita Palsu!!!


Arwah bukan bunuh diri. Jangan sebarkan berita palsu!!

''MUAR: Menurut siasatan pihak berkuasa, kes ini adalah kemalangan sahaja. Di mana, mangsa cuba menggunakan tali utk memanjat pokok manggis berkenaan. 

Malangnya, dahan yg dipijaknya rapuh lantas leher mangsa terjerut ke tali yg diikatnya awal2 tadi. Hasil bedah siasat didapati, terdapat sisa buah manggis di dalam mulut, tekak dan perut mangsa. 

Di kawasan kejadian juga, dijumpai beberapa biji manggis yang telah dibuang. 

Kata timbalan ketua polis unit siasatan IPD Muar, "..Kes ini adalah kemalangan. Bukan bunuh diri seperti yang diwar-warkan umum. Oleh itu, dinasihatkan kepada orang awam agar lebih berhati-hati ketika memanjat pokok. Ajal maut di tangan Tuhan." Ujarnya dalam temuramah siang tadi. Justeru, orang ramai diminta agar menggunakan buluh atau pemetik buah yang sesuai agar kejadian tragis yang sama tidak berulang. Tolong sebarkan ya


5 comments:

Post a Comment

KDN Gesa Rakyat Malaysia Guna MyKad Dengan Ciri Keselamatan Terkini

KDN Gesa Rakyat Malaysia Guna MyKad Dengan Ciri Keselamatan Terkini




KUALA LUMPUR: Seramai 27 juta rakyat Malaysia digesa menggunakan MyKad baharu, yang memiliki dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini, untuk mengelakkan pemalsuan MyKad oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ciri keselamatan yang ada pada MyKad baharu itu telah dipertingkat untuk menyemak maklumat data seseorang individu itu.

Justeru itu, beliau berkata sindiket kad pengenalan palsu boleh dibanteras dengan lebih berkesan.

“Dalam perkara ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat ciri keselamatan kad pengenalan yang ada (yang baharu, ada dua gambar) sekarang ini boleh dikesan dengan pengimbas dengan segera tanpa perlu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyemak maklumat data berkenaan.

“Ianya boleh disemak melalui pembacaan dari segi ‘bar code’. Dalam tempoh sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10, saya syorkan seluruh penduduk Malaysia memegang MyKad yang baharu ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, Selasa.

Pada Januari tahun lepas, JPN mengeluarkan MyKad baharu yang diperbuat daripada bahan polikarbonat dan menggunakan cip baharu yang lebih berdaya tahan, selain mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan.

Ahmad Zahid juga berkata penguatkuasaan akan ditingkatkan membabitkan JPN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan (Rela) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menangani isu pemalsuan kad pengenalan.

Ketika berucap pada majlis itu, Menteri itu berkata sambutan Hari Inovasi merupakan platform untuk mengiktiraf dan menghargai usaha jabatan, agensi dan bahagian yang berjaya menghasilkan produk inovasi yang dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk rakyat dan negara.

“Kita harus menyedari bahawa inovasi kini bukan hanya sekadar kunci kejayaan sesebuah organisasi malah mampu memberi satu titik permulaan, satu anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan sesebuah negara lantas mengukuhkan kedudukan negara tersebut di dalam ranking daya saing global.

“Tumpuan utama hendaklah diberikan kepada galakan inovasi secara berterusan bagi meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam. Pembudayaan inovasi inilah menjadi teras utama dalam melonjakkan transformasi Kementerian,” katanya.

Antara projek inovasi diperkenalkan di peringkat jabatan dan agensi yang memberi impak dan bermanfaat kepada perkhidmatan KDN ialah penjimatan penggunaan bahan api bagi kenderaan oleh PDRM, ‘Email Prisoner Letter’ oleh Jabatan Penjara dan MyKad Express oleh JPN.

Majlis itu julung kali diadakan di luar KDN iaitu di UPM, bertemakan ‘Inovasi Teras Transformasi 1KDN’ yang bermaksud seluruh warga KDN perlu bergerak seiring dalam menghasilkan ciptaan inovasi berimpak tinggi demi merealisasikan visi dan misi yang digagaskan bersama. – BERNAMA

6 comments:

Post a Comment

Singa Pun Pandai Menari!!

Sepasang singa dengan sportingnya sedang menari

Singa Pun Pandai Menari!!

Singa Pun Pandai Menari!!

1 comments:

Post a Comment

Ingin Kelihatan Cantik Pada Waktu Pagi?




Oleh sebab gaya hidup yang semakin sibuk pada zaman moden ini, kebanyakan wanita tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga rambut, kulit, kuku, mata, bibir, dan lain-lain lagi. Di sini, kami ingin kongsikan beberapa tips kecantikan semalaman yang berkesan untuk anda tampil cantik. Jadi, bagaimana untuk menjadi lebih cantik pada waktu pagi? Bacalah tips di bawah:

Penjagaan rambut anda semasa tidur
Terdapat banyak rawatan kecantikan yang boleh anda gunakan pada waktu malam. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai adalah dengan membuat rawatan rambut yang berkhasiat dan menyegarkan. Ambil perapi rambut atau masker rambut dan gunakannya pada rambut anda yang telah dicuci dengan syampu dan lembap. Ingat, anda hanya perlu menggunakannya pada rambut sahaja dan tidak mengenai pada akar rambut dan biarkannya semalaman. Anda boleh membalut rambut anda dengan kain atau plastik untuk mengelakkan daripada terkena sarung bantal anda. Apabila anda bangun, bilas rambut anda dengan air suam dan menikmatilah rambut yang seakan-akan licin seperti sutera dan kelihatan bermaya!

1). Bagaimana untuk mendapatkan tangan lembut?
Jika tangan anda sangat kering, dehidrasi dan mempunyai rekahan yang menyakitkan, cubalah teknik kecantikan ini. Gunakan krim tangan dengan lapisan yang tebal atau minyak berkhasiat pada tangan anda. Kemudian, pakai sarung tangan kapas ringan dan biarkannya semalaman. Apabila anda bangun pada waktu pagi nanti, tangan anda akan berasa sangat lembut, lembap dan licin.

2). Melicinkan tumit anda
Urut krim yang bagus untuk tumit dan seluruh kaki anda dengan lapisan yang tebal. Selain itu, pakai sarung kaki kapas yang selesa sebelum tidur. Pada waktu pagi kaki anda akan kelihatan lebih berbeza dan baik berbanding sebelumnya.

3).Tiada lagi jerawat!
Anda boleh merawat jerawat anda semasa anda tidur! Hanya sapukan minyak 'tea tree' pada jerawat anda dan amalkannya selama beberapa hari. Anda akan saksikan perbezaannya kerana ia akan berkurangan dan hilang dalam sekelip mata!

4). Sarung bantal sutera
Dapatkan sarung bantal sutera sekarang! Ini kerana tidur dengan menggunakan sarung bantal sutera boleh memberi manfaat untuk rambut anda kerana ia mengurangkan rambut bercabang. Tambahan lagi, sutera juga boleh membantu menjaga wajah anda kelihatan segar dan bebas kedutan pada waktu pagi nanti.

5). Kedudukan tidur terbaik
Apabila anda tidur mengiring atau pada perut anda, anda lebih cenderung untuk mendapatkan garis-garis halus yang tidak diingini, serta lingkaran hitam di bawah mata, yang mana boleh menjadi kekal, jika anda tidak mengubah kedudukan tidur anda setiap malam! Cuba untuk tidur dengan muka mnghala ke siling dan katakan selamat tinggal kepada garis-garis pada wajah.

6). Penjagaan bibir anda
Buat rawatan 'exfoliate' pada bibir anda sebelum masuk tidur dan kemudian, sapukan pelembap bibir kegemaran anda atau minyak berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak badam pada bibir anda. Lakukan tips ini secara kerap dan ianya pasti membantu anda untuk elakkan bibir luka selama-lamanya! - Sumber

2 comments:

Post a Comment

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Fantastic! Marvelous! Beautiful! Romantic! Itulah yang dapat dirasakan apabila menatap gambar-gambar pra perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang telah dibidik oleh Annas Easkey. Menggunakan latar belakang keindahan kota Paris dan pulau Bali, kecantikan Che Ta dan kekacakan Zain memang tidak boleh dinafikan lagi.

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin


Daripada sinar mata Zain dan senyuman mereka berdua menatap Che Ta, boleh bayangkan betapa dalamnya cinta bakal pengantin ini. Memang kedua-duanya sama cantik sama padan. Paling jeles apabila melihat gambar Che Ta dipayungi Eiffel Tower. Awesome sangat-sangat!!! - Sumber

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Tak sabar rasanya untuk melihat lebih banyak gambar mereka berdua dikongsikan oleh Annas Easkey. Kalau anda sudah jatuh cinta dengan hasil karya Annas, bolehlah ikutinya di Instagram Annas Easkey dan Facebook Annas Easkey. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Foto Pra Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin



Ps/ Che Ta pakai gaun putih tu nampak comel sangat!!!

4 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ