Muar Bandar Maharani Bergemerlapan Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat temat-teman yang dirahmati Allah swt.
Selama tiga hari dua malam Ida bersama family berada di Bandar Maharani Muar, Johor. Selama dua hari juga Ida tidak dapat berblog kerana homestay yang kami sewa tiada coverage untuk P1 Wifi - cuma dapat satu bar jer. Kalau ada pun entry-entry Ida pada hari tersebut hanyalah berupa auto publish yang Ida buat pada hari sebelum.
Tiga hari dua malam berada di Muar memanglah rasa seronok kerana kita hanyalah pendatang yang datang sesekali, tetapi bagi penduduk tetap di sana pula mungkin merasa seperti biasa sahaja malah tiada yang menarik pun di sana. Pada 23hb November 2013 sekali lagi bandar Muar menjadi saksi untuk kali kedua (Kali pertama pada tahun 2012) kepada Majlis gilang gemilang sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Ida dan family pula berada di sana kerana memberi semangat serta berbangga kerana ayah Ida yang bakal menerima Pingat Ibrahim Sultan II (PIS II) pada hari tersebut.
Jom saksikan bandar Muar yang terletak di muara sungai bergemerlapan dengan cahaya pada waktu malam.
Sempat juga lah kami menjamu selera dengan asam pedas, mee bandung dan kerang bakar Muar yang terkenal di sana.
6 comments:
cantiknya bandar muar...
Thanks coz Ida menyukai entri2 sy... Nampk kicin mesti berselera menu irg2 Muar...teringat mee bandung popular tu. ..
cantik sangat uy...
inilah laluan PC dan en hubby setiap kali kami balik kampung..hari-hari biasa pun meriah dengan lampu inikan pula ada sambutan sedemikian rupa..hehehehe..alhamdulillah :)
dah macam kat dataran merdeka plak lampu2nya...sebenarnya lan pun baru tahu yang muar nie sebenarnya bandar maharani...hehehe
p/s: bila perut kenyang, hatipun senang
Regards,
-Strider-
sangat menarik
Post a Comment