Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Sejarah Pekan Sari Temerloh

Temerloh


Pekan sari Temerloh (kini dieja sebagai pekan sehari) merupakan sebuah pasar mingguan yang banyak menjual barangan-barangan dapur khusus untuk penduduk daerah Temerloh dan daerah sekitar. Pekan sehari Temerloh ini telah pun wujud sejak 1800an dan bermula pada setiap pagi hingga tengah hari pada tiap hari Ahad. Yang menariknya, pekan sehari Temerloh ini pernah diiktiraf sebagai pekan sehari yang terpanjang di Malaysia.

Sehingga kini, pekan sehari Temerloh ini masih pekan sehari yang terpanjang dan terbesar di negeri Pahang Darul Makmur. Terletak di kawasan yang dikenali kini sebagai Lurah Semantan, berhampiran tepi Sungai Pahang dan tebing kuala Sungai Semantan,Temerloh, Pahang, tambahan pula berstatus sebagai antara pekan sehari yang tertua di Malaysia yang masih bertahan sehingga hari ini, tentulah pekan sehari Temerloh ini mempunyai 1001 kisah yang amat menarik untuk para pengunjungnya.



Kredit gambar dari google 


Pada sekitar tahun 1960an, pekan sehari Temerloh ini telah diberi jolokan oleh para pemuda dan pemudi di daerah Temerloh sebagai "Gesel Street". Kisah mengenai ragam para peniaga dan pengunjung di pekan sehari Temerloh pada waktu itu, selain permasalahan yang wujud dalam kalangan para peniaga, sosio-budaya masyarakat daerah Temerloh sekitar 1960an dan mengapa diberi jolokan "Gesel Street" kepada pekan sehari Temerloh pada waktu itu ada dicatatkan berdasarkan pengalaman oleh saudara Ahmad Sanusi dalam artikel di halaman 6, kawat Berita Harian, 21 Januari 1962.

Pekan sari Temerloh


Pekan sari (Gesel Street) Temerloh

Oleh
Ahmad Sanusi

Pada hari Ahad, sa-kali dalam sa-minggu, ramai orang Melayu kampong sekitar Temerloh meninggalkan changkol, parang, dan pisau getah mereka, datang ka- pekan sari untok berlateh2 berniaga.
Pekan sari atau di-kenal juga dengan sebutan pekan mingguan maseh penting dalam kehidupan orang Melayu di-daerah ini dan juga suatu keramaian yang menarek hati pemuda pemudi.
Pekan sari itu-lah pasaran istimewa untok "penge-luar2" dari kampong menjualkan hasil mahsul mereka langsong kapada "pengguna2" tanpa melalui orang tengah.
Sa-kali sa-minggu terubat juga-lah hati pembeli2 yang ingin mengechap sayoran2 tanaman orang Melayu, buahan2, juadah chara tua yang tidak menjelakkan, pekasam2, dan barang2 lain yang di-jual oleh orang Melayu belaka.
Pekan sari Temerloh ter-letak dalam kawasan ban-daran, dudok-nya di-tebing Sungai Pahang dan di-tepi Kuala Semantan. Dua buah sungai bertemu di-sini.
Keindahan pemandangan sekitar sungai itu selalu menyegarkan. Pohon kelapa dan pohon buloh menghi-jau di-sapanjang tebing sa-jauh mata memandang. Perahu2 penambang dan motor2 hilir mudek melan-char di-atas ayer sungai yang beriak2 kechil itu.
Tidak jauh di-sa-belah hilir merentang jambatan sa-tu juta ringgit, beraneka keenderaan berlari di-atas-nya sa-buah demi sa-buah.
Motor, perahu, basikal dan bas sibok sa-kali sejak pagi2 hari Ahad dengan pedagang2 kechil dan kampong mengangkot ber-bagai ragam dagangan dari buah kelapa yang ter-gayut tinggi sampai kapa-da ubi kayu yang berlunjor ka-dalam bumi.

Tebal

Hampir2 semua barang2 dagangan itu di-letakkan di-atas tanah beralas ker-tas atau kain tebal. Sa-tengah2-nya mengambil tempat sa-panjang enam tujoh kaki, tetapi ramai ju-ga yang hanya memerlukan kira2 sa-besar sa-tengah muka akhbar sahaja.
Di-atas kertas itu mereka longgokkan sayuran2, ubi kayu, buah2an dan lain barang dagangan.
Sa-tengah2 penjual menghadapi tiga longgok sahaja barang2 jualan-nya: terong sa-longgok, ubi kayu sa-longgok dan timon sa-longgok. Di-belakang me-reka terletak sa-buah bakol jadi sa-bagai 'store' meny-impan beberapa longgok lagi.
Penjual2 kain, pinggan mangkok dan perkakas2 besi tentu-lah memerlukan modal beratus ringgit,teta-pi ada pula mereka yang hanya menjual puchok pa-ku, terong rembang dan ulam peraga, yang tumboh dengan kemurahan alam sahaja.
Tukang2 jual ubat tidak mau ketinggalan di-pekan2 sari. Kadang2 sampai em-pat lima orang masing2 de-ngan pembesar suara.
"Tuan2, ini hari ubat kita tinggal 30 botol sahaja lagi, ini pun akan-diberi per-chuma kapada tuan2." kata sa-orang.
"Wak berani bertengkar dengan Munkar Nakir as-alkan bangsa wak dapat ka-shorga," kata sa-orang lain.

Ugama

"Kita jual ubat,jual ubat sahaja-lah, tak baik mem-persenda2 ugama. Biar-lah ubat saya tak laku, nama mempersenda ugama tidak sa-kali2," yang lain pula membidas sa-sama-nya.
Ada pula penjual ubat yang berchakap perlahan2, jari-nya di-gosok2-nya de-ngan minyak; sa-kali2 dia menguatkan suara-nya me-nyebut "Pa' si-awang, mak si-awang". Sa-orang tua kelihatan tersipu2 sambil menepok2 pinggang.
Penjual2 kain juga rioh berteriak: "Mari che abang, kain batek baru sampai, jangan segan che abang, harga-nya murah sahaja."
Che abang atau Chak Abang, menurut istilah pendudok di-sini ia-lah panggilan untok kakak ipar (isteri abang).
Keriohan pekan sari itu berlangsong beberapa jam dan mulai reda kira2 dekat tengah hari.. Ramai-lah penjual2 yang kehabisan barang2 dagangan-nya, te-tapi maseh ramai pula yang terpaksa membawa pulang saki baki-nya atau menjual-kan-nya dengan harga yang rendah sahaja kapada peraih2.
Sa-orang tua membawa sa-bontel buah pinang dan sampai tengahhari hanya laku 30 sen sahaja.
Sejak mula membentang-kan daganganan-nya beliau lebeh banyak menguap2.
Kawan-nya yang menjual buah rambutan di-depan-nya bersuara agak kuat: "Mujur lebat janggot dan jambang pak ngah, kalau tidak, sampai-lah koyak mulut ka -pangkal telinga."
Barangkali orang tua itu tidak mendengar perkataan penjual rambutan itu, dia tidak memperdulikan-nya, agak-nya dia sedang me-ngantok betul.
Ketika akan pulang, be-liau mendapatkan sa-orang peraih yang hanya sanggup membeli pinang itu dengan harga 50 sen sahaja sa-ratus biji.
"Upah penat memikul pun tak lepas," kata-nya meradang.

Harga

Tetapi kerana beliau mau pulang juga dan tidak mau berpenat2 lagi memikul buah pinang itu, di-jual-kan-nya juga dengan harga sa-banyak itu.
"Paku Belanda betul awak," kata-nya ketika me-nerima wang harga pinang-nya itu.
Kawan-nya yang menjual rambutan menyampok pula: "Gone melawan-nye, pak ngah."
Kalau di-kota timbul per-kataan "Sana boleh Cha-kap", "Tiada bacha punya orang", "Mana ada jalan", maka di-sini mashor pula perkataan "Gone melawan-nye" perkataan pelat da-erah ini mengandungi tafsi-ran: "Tak terlawan".
Jika buah petai atau je-ring yang tidak laku, pen-jual2nya tidak-lah run-sing. Minggu depan mere-ka boleh pula menjual je-rok petai dan jering chem-bah.
Rasa petai jerok dan je-ring chambah bertambah enak, chuma bau yang di-chiptakan-nya di bilik ayer, bagi akan mengalahkan empat buah jamban yang bersatu padu.
Dua minggu yang lalu, buah rambutan dan buah langsat menchapai penge-luaran-nya yang mewah sa-kali, hingga harga ram-butan jatoh kapada 30 sen sa-ratus, manakala buah langsat di-jual dengan har-ga 50sen sahaja satu gan-tang atau kira2 8 sen saha-ja sakkati.
Oleh kerana penghasilan buah2an itu melebihi ke-perluaan, biar pun harga-nya di-murah-kan namun maseh banyak juga yang tidak terjual.
Maka terjadi-lah pula chara penghidupan di-zaman purba, ketika wang ringgit belum di-buat orang. Penjual buah2 itu bertukar2 barang sama sen-diri.
Yang membawa langsat menukar-nya dengan buah rambutan. Mereka bertu-kar2 juga dengan penjual sayoran2 dan kueh mueh termasok lemang dan apam.
Sayang sa-kali, penyiasa-tan2 tak pernah di-buat untok meninjau kemajuan2 yang di-chapai oleh orang Melayu semenjak pekan sari itu diwujudkan.
Nampak-nya hanya pen-jaja2 yang kelihatan men-dapat peluang agak baik dari pekan sari itu. Bukan kerana mereka mendapat untong besar, tetapi ia-lah kerana mereka daya meng-unjongi pekan2 sari yang lain, yang di-adakan pada hari esok dan berikut-nya di-kampong2 yang lebeh jauh.
"Pelateh2" yang lain itu hanya berpeluang berjua-lan sa-kali sahaja sa-minggu.
Sa-orang penjaja kain memberitahu saya bahawa perniagaan mereka di-pe-kan2 sari pun sekarang se-dang merosok kerana ku-rang-nya penghasilan ge-tah orang2 kampong.
Satu sebab yang lain, ka-ta mereka, ia-lah orang2 asing juga nampak-nya sudah di-bebaskan untok berjualan di-pekan2 sari.
Sungutan2 saperti itu di-suarakan juga oleh pejual pinggan mangkok, barang tembaga dan penjual sa-yor2-an juga.
Mereka berasa hairan kenapa pehak yang ber-sangkutan tidak bertindak menchegah orang2 asing itu, pada hal pekan sari itu dilaong2kan sa-mata2 untok mengajar orang Me-layu sahaja berniaga.
Yang lebeh aneh, mere-ka tidak tahu ka-mana hendak mengadu. Jawatan-kuasa pentadbir pekan sari entah maseh ujud en-tahkan sudah ghaib.
Rumah2 dan bangku2 yang di-dirikan dulu ting-gal beberapa buah sahaja lagi yang tegak yang lain2 sudah rontoh dan hilang.
Penjual2 mengosongkan sa-bahagian besar dari ka-wasan pekan sari yang asal dan memenohi kawasan baru di-sebelah ulu-nya.
Ini-lah perubahan-isti-mewa bagi pekan sari itu, ia bergerak menjalar mening-galkan tepi rumah pasong dan kini hampir sampai ka-kaki masjid.
Berchakap tentang "me-ninggikan" latehan ber-niaga dari pekan sari, sa-orang teman menunjokkan pada saya satu tempat aru di-pasar Temerloh, yang di-katakan khas di-dirikan oleh Majlis Bandaran Te-merloh-Mentakab untok orang Melayu.
Kawasan khas itu bagitu tersorok kedudokan-nya hingga ramai orang yang pergi ka-pasar itu tidak ta-hu bahawa di-hujong pasar itu ada tempat khas untok orang Melayu berniaga.
Alang-kah baik jika ka-wasan khas itu di-letakkan di-bahagian rosok pasar yang berdepan2 dengan perhentian bas supaya le-beh mudah mendapat per-hatian ramai dan ini akan menggalakkan orang2 Me-layu itu.

Terjalar

Kembali kepada cherita pekan sari. Biar pun pekan sari itu terbiar dan sedang merangkak menjalar men-chari tempat yang lebeh sa-suai, namun ia tetap mendapat kunjongan ra-mai, tetap mendapat do-kongan dari pengeluar dan pengguna.
Hampir lupa saya men-cheritakan bahwa pekan sari di-anggap juga sa-bagai keramaian yang menghairahkan pemuda pemudi daerah ini. Banyak kenang2an masra terjadi di-sini.
Sa-tengah2 pemuda me-namakan pekan sari itu "Gesel street" kerana lo-rong-nya yang sempit dan sesak menyebabkan selalu saja bergesel dan singgong menyinggong dengan mambang.



Sumber foto dan artikel: Berita Harian, 21 Januari 1962.
Kredit: National Library Board, Singapore.

Copy & paste dari facebook DUN SEMANTAN

0 comments:

Post a Comment

Tareem Yamen Kota Sejuta Para Wali

Kota sejuta para wali


Apa itu Tareem?

Tareem itu nama sebuah tempat di Hadramaut, Yamen.
Kota sejuta para wali. Medan ILMU
Tempat lahirnya pelbagai Ulama'-ulama' hebat berketurunan Rasulullah SAW.
Di sana semua wanita yg sudah baligh pasti memakai 'cadar di muka' . Niqab/Burqa

Sangat sukar sekali jumpa wanita di sana.
Sungguh lain di Malaysia kalau nampak wanita pun kerjanya sikit-sikit 'selfie' sahaja .

Di pasar-pasar tareem pun khusus buat laki-laki sahaja membeli keperluan dapur .
Pasar tareem sangat menarik.
Lain dari semua tempat.
Di sana mereka sambil tunggu pelanggan sambil mengkhatamkan beberapa kali alquran.

Jika tiada pelanggan mereka sesama mereka belajar kitab, menyampaikan ilmu di pasar itu.
Pasar mereka selalu di pasangkan selawat, qasidah .

Kata seorang Ulama' tarim ;

Di pasar tareem aku dapati ada 200+ orang Waliyullah (kekasih Allah swt),
Jika di pasar tempat yg sebegitu sudah 200+ orang wali apatah lagi jika yang berada di masjid-masjid?

Ketahuilah hanya Wali Allah sahaja dapat mengetahui siapa wali-wali.

Di pasar , apabila mendengar waktu azan terus mereka tutup kedai dan berlari pergi ke masjid.
Jika habis sahaja azan,
mereka masih belum ttup kedai,
mereka akan biarkan dah terus ke masjid tanpa merisaukan kedainya .

Bila tanya kenapa?

Katanya adakah dunia lagi penting dari Allah swt?

MASHAALLAH.

Di pasar itu Tiada perempuan di situ.
Mereka terjaga/terpelihara suci dirumah mereka atau di tempat belajarnya .
Dan laki-laki kebanyakkanya duduk di Masjid-masjid.
Masjid di tarem sungguh banyak.
Baru berape KM sudah ada masjid lagi.
Dan Masjid mereka penuh dengan orang.
Bahkan waktu solat tahajjud tengah malam pun ramai seperti solat jumaat.

Siapa yang datang ke Tarim pasti dan pasti tidak mahu pulang ke tanah air
Tareem kota Akhirat .
Yang mengingatkan kita pada AKHIRAT.
Di tareem kalian harus menjaga Hati.

Kenapa??

Pernah ada suatu ketika seorang kawan melihat pakcik tua yang sedang membersihkan haiwannya di pagi hari .
Lalu kawanku ini terdetik dalam hatinya 'haih tak g masjid ke pakcik ni, kan dah nak subuh'

pastu apabila lalu depan pakcik tu tiba2 pakcik ity tegurnya.
katanya "jaga hati kamu"

terus kawan nangis dlm hati dan istigfar.
sebab dia hanya cakap DALAM HATI sahaja tapi pakcik tu boleh tahu.

MasyaAllah kebanyakkan Penduduk di tareem itu mereka boleh tahu isi hati kita,
perbuatan kita dan lain2nya
Kerna mereka kebanyakkan nya Wali Allah swt
Nama pun KOTA SEJUTA WALI.

Banyak lagi kisah yang menarik di sana.

Semoga suatu hari nanti kita dapat jejakkan kaki ke sana. Amin Allahumma Amin.

Kredit: Si Wali Tunggal

0 comments:

Post a Comment

Hikmah Pengharaman Babi.


Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.(Kitab Suci Alqur'an. An-Nisaa : 59)

Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur'an) dan sunnah Rasulullah Saw. (HR. Muslim)

Hikmah Pengharaman Babi
oleh Syeikh Fauzi Muhammad Abu Zaid

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropa dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.

Dalam kesempatan ini, saya sitir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahasia diharamkannya babi dalam Islam.

Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,

karena ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteri-bakteri lainnya.

Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Karena babi diternak dalam peternakan modern,

dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi.

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu,

dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.

Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang.

Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh,

untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri,

hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina.

Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnya,

tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya.

Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain,

dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing,

dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

Kemudian beliau memberikan contoh yang baik sekali dalam syariat Islam. Yaitu Islam mengharamkan beberapa jenis ternak dan unggas yang berkeliaran di sekitar kita,

yang memakan kotorannya sendiri. Syariah memerintahkan bagi orang yang ingin menyembelih ayam, bebek atau angsa yang memakan kotorannya sendiri agar mengurungnya selama tiga hari, memberinya makan dan memperhatikan apa yang dikonsumsi oleh hewan itu. Hingga perutnya bersih dari kotoran-kotoran yang mengandung bakteri dan mikroba.

Karena penyakit ini akan berpindah kepada manusia, tanpa diketahui dan dirasakan oleh orang yang memakannya. Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.

Ilmu pengetahuan modern telah mengungkapkan banyak penyakit yang disebabkan mengkonsumsi daging babi.

Sebagian darinya disebutkan oleh Dr.Murad Hoffman, seorang Muslim Jerman, dalam bukunya "Pergolakan Pemikiran: Catatan Harian Muslim Jerman", halaman 130-131: "Memakan daging babi yang terjangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya,

tetapi juga dapat menyebabkan meningkatnya kandungan kolestrol dan memperlambat proses penguraian protein dalam tubuh, yang mengakibatkan kemungkinan terserang kanker usus, iritasi kulit, eksim, dan rematik. Bukankah sudah kita ketahui, virus-virus influenza yang berbahaya hidup dan berkembang pada musim panas karena medium babi?"

Dr. Muhammad Abdul Khair, dalam bukunya Ijtihâdât fi at Tafsîr al penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastis.

Terutama di negara-negara Eropa, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India).

Sementara di negara-negara Islam, persentasenya amat rendah, sekitar 1/1000.

Hasil penelitian ini dipublikasikan pada 1986, dalam Konferensi Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.

Kini kita tahu betapa besar hikmah Allah mengharamkan daging dan lemak babi.

Untuk diketahui bersama, pengharaman tersebut tidak hanya daging babi saja,

namun juga semua makanan yang diproses dengan lemak babi, seperti beberapa jenis permen dan coklat, juga beberapa jenis roti yang bagian atasnya disiram dengan lemak babi.

Kesimpulannya, semua hal yang menggunakan lemak hewan hendaknya diperhatikan sebelum disantap.

Kita tidak memakannya kecuali setelah yakin bahwa makanan itu tidak mengandung lemak atau minyak babi,

sehingga kita tidak terjatuh ke dalam kemaksiatan terhadap Allah SWT, dan tidak terkena bahaya-bahaya yang melatarbelakangi Allah SWT mengharamkan daging dan lemak babi.

Sumber ::::: http://min-plus.blogspot.com/

Sumber utama: FB Putra Maulana Malik Ibrahim

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ