Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ustaz Kazim Buat Laporan Polis Terhadap Wardina Ekoran Kes Liwat



Pendakwah ter­kenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi dan selebriti tanah air, Wardina Saffiyah yang didakwa menyebarkan dakwaan seorang pelajar di-liwat serta dicabul di Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya baru-baru ini.

Mohd. Kazim yang hadir bersama ahli jawatankuasa pusat pendidikan tersebut membuat laporan berkenaan kira-kira pukul 3.50 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.
Selain beliau katanya, tiga lagi laporan polis akan turut dibuat hari ini oleh pihak mudir sekolah dan ibu bapa pelajar.

“Saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini kerana mempertahankan diri saya dise­babkan ada komen-komen negatif yang secara langsung dapat disifatkan itu adalah saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis tersebut.

Pada masa sama, Mohd. Kazim turut berharap netizen yang me­nulis komen di Facebook mereka supaya berhati-hati dan tidak bertindak sesuka hati dalam isu tersebut.

Terdahulu, Mohd. Kazim dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mencemarkan imejnya dan pusat pendidikan tersebut dengan menyebarkan fitnah di laman sosial.

Menurutnya, sebagai seorang pen­ceramah bebas, beliau semema­ng­nya sentiasa dikecam, difitnah dan dibangkitkan kemarahan namun isu kali ini tidak lagi melibatkannya seorang malah agama Islam dan hufaz-hufaz muda di sekolah itu.

“Saya melihat isu ini bukan setakat dakwaan cabul dan gangguan seksual sahaja tetapi usaha untuk mencemarkan imej Islam, sekolah tahfiz dan imej pence­ramah agama.

“Jika melihat ada kecenderu­ngan untuk mencemarkan imej, mengapa tidak diambil tindakan. Saya perlu ambil tindakan untuk membersihkan nama kerana ini menjejaskan reputasi dan air muka saya yang berceramah di seluruh negara.

“Saya akan berbincang dengan pihak sekolah dan peguam untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku komplot bagi menjatuhkan sekolah dan saya sendiri,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Ya Allah, Tanda-Tanda Kemunculan Imam Al Mahdi Satu Per Satu Menjadi Nyata.


Tanda-tanda akan segera munculnya Al Mahdi

1. Salji turun di Arab
Ini sudah terjadi sejak 2009 dan hari ini salju juga sedang turun di Arab Saudi.

2. Bumi akan dipenuhi huru hara dan peperangan dan kedzaliman yg semakim lama semakin meningkat sehingga hari hari kedepan akan terasa semakin berat.
Ini sudah terjadi. Lihat! Banyak terjadi pembunuhan-pembunuhan seperti yang saat ini terjadi di Yaman, Suriah, Palestina, Mesir dll

3. Banyak fitnah-fitnah/kedzaliman-kezaliman yang terjadi di negeri Syam.
Ini sudah terjadi, seperti yang terjadi saat ini di Suriah oleh rezim Basar As’ad atau kekejaman di Palestina oleh Israel

4. Wafatnya seorang Raja Arab lalu 3 putera mahkotanya saling ribut/gaduh.
Saat ini Raja Abdullah di Arab Saudi telah wafat dan 3 putra mahkota berikutnya saling gaduh karena memiliki perbedaan perbedaan prinsip dan karakter. 3 putra mahkota tersebut yaitu Raja Salman, Thalal dan Mukrim. Salman termasuk orang sholeh dan anti maksiat. Beliau hafidz Quran.Sedangkan Thalal memiliki ekonomi terkuat bahkan salah satu orang terkaya dunia. Namun ia ahli maksiat. Sementara itu Mukrim loyalitasnya lebih ke Yahudi dan Amerika.

Sepeninggal Raja Abdullah, Arab Saudi saat ini dipimpin oleh Raja Salman. Raja Salman telah mengusir Thalal dari kerajaan sedangkan Raja Salman membiarkan Mukrim tetap di kerajaan namun telah mencabut hak beliau sebagai raja berikutnya.

5. Mengeringnya sungai eufrat
NASA pernah meramalkan bahawa 2014 sungai eufrat akan habis semuanya. Dan terbukti bahwa pada April 2014 sungai eufrat sudah kering semuanya.

6. Muncul gunung emas di Irak lalu org akan berbondong² memperebutkan disana dan dari 100 orang laki-laki yqng berperang disana maka 99 orang akan mati.
Amerika nampaknya sudah meyakini keberadaan gunung emas tersebut. Oleh kerananya mereka telah mempersiapkan strategi untuk “mengamankan” (merampas) gunung emas tersebut.

7. Muncul Ad Dukhon yaitu asap kabut yg sangat tebal 40 hari 40 malam sampai sampai asapnya membuat kita tidak dapat melihat lagi. Dunia akan terasa gelap gulita.
Para ahli meyakini bahwa hal ini terjadi akibat adanya benturan besar asteroid atau meteor ke bumi.

Para peneliti NASA menyebutkan bahwa rentang 2013-2016 dunia akan masuk dalam jalur sungai meteor dimana akan terdapat 1300 meteor yg akan membentur bumi dengan kecepatan 120.000 km/jam. Tahun 2013 baru terjadi tiga kali yaitu di Siberia, Argentina dan Amerika. Sisanya mungkin akan terjadi di tahun ini atau tahun tahun mendatang. Wallahu A’lam.

Munculnya Dukhon merupakan akhir dari era teknologi kerana semuanya tidak akan berfungsi akibat dari efek elektromagnetik dari benturan meteor² tersebut. Sehingga zaman akan kembali seperti zaman dahulu kala.

Setelah itu Al mahdi akan muncul di dekat Kabah. Ia akan dibaiat oleh 7 ulama besar yg membawa pengikut sekitar 300 orang (jumlahnya mirip pasukan perang badar). Awalnya ia selalu menolak tapi Allah SWT akhirnya mengokohkannya sehingga mahu menjadi pemimpin umat islam saat itu.

Ada penjelasan lain bahwa Ad Dukhon dan hujan meteor akan segera datang apabila ketiga tanda ini sudah terjadi:

– banyak muncul penyanyi-penyanyi wanita
– banyaknya musik dan alat-alat musik
– banyaknya orang meminum khamr (minuman arak yg memabukkan).

Saat dukhon terjadi maka keadaan manusia sama seperti ketika Nabi Yunus berada dlm perut ikan. Gelap, tiada oksigen, tiada makanan. Maka Nabi SAW mengajarkan kita agar saat itu kita berzikir seperti zikirnya Nabi Yunus yaitu La ilaha illa anta subhanaka inkuntu minadzolimin.

Dengan iman dihati kita dan doa zikir tersebut maka pengaruh Dukhon tersebut seolah olah hanya membuat kita lemas sedikit seperti terserang flu. (selsema)

Negara-negara kafir nampaknya sangat percaya dengan akan munculnya hujan meteor ini. Jesteru itu Amerika, Rusia, Singapura dll saat ini telah membuat bunker-bunker raksasa yg boleh menampung ratusan ribu orang dengan fasilitas dan persediaan makanan cukup untuk beberapa bulan.

Setelah Al mahdi turun maka kita akan kembal ke wang emas dan perak (dinar dan dirham) kerana wang kertas pasti sudah tidak akan ada gunanya

Al Mahdi akan memimpin umat islam untuk membebaskan seluruh bumi sehingga seluruh dunia (tanpa kecuali) akan dipimpin oleh umat islam melalui sistem kekhalifahan yg berbasis kenabian.

Negara-negara yang ditaklukan akan disatukan kembali dan diberi nama yg sama sepertinya zaman Nabi misalnya negara Yaman, Suriah, Lebanon dan Palestina akan disatukan dan diganti nama menjadi Negeri Syams.

Bila sudah terjadi huru hara di negeri Syams, maka Nabi menyarankan agar kita segera berlumba-lumba untuk beramal baik karena akhir zaman semakin dekat. Misalnya sholat jemaah di masjid, sedekah, puasa, tahajud, baca Quran, hafal quran dsb.

Sesuai hadits Nabi, umat islam juga diperintahkan utk mahir berkuda, memanah dan berenang. Ini mungkin hikmahnya karena saat itu era teknologi sudah berakhir.

Hanya iman dan amal sholeh yg akan menyelamatkan kita

Al Mahdi akan muncul saat tahun-tahun dimana banyak gempa terjadi susul menyusul di Arab pada bulan Ramadhan dan kerajaan Arab gaduh sesama mereka maka tahun itu meteor jatuh, dukhon terjadi dan jemaah haji akan dibantai di mina pada bulan Dzulhijjah. Lalu Al Mahdi akan muncul di bulan Muharamnya.

Saat Al Mahdi sudah muncul di Mekah, semua orang mukmin wajib datang ke Mekah dan membaiat Al Mahdi sebagai pemimpin Umat Islam.

Lalu bagaimana cara kita ke Mekah utk bertemu dan membaiat Al Mahdi sementara zaman teknologi sudah berakhir? Wallahu A’lam.

Semoga ini menambah keyakinan kita terhadap akan datangnya hari akhir dan semakin membuat kita bersemangat untuk melakukan amal-amal kebaikan didunia.

Oleh: Ust Zulkifli Muhammad Ali, Lc
Credit to dakwatkhalifah.blogspot.my

3 comments:

Post a Comment

ULAT KEJUMAH ATAU TEMILOK MAKANAN ESOTIK POPULAR DI SARAWAK




Ini adalah ulat kayu bakau atau Kejumah gelaran yang dipanggil di Daerah Lundu, Kuching, bahagian bulat seperti mata adalah merupakan kepala Kejumah dan bahagian bertulang dua merupakan ekornya.

KEJUMAH (temilok) mungkin tidak ramai yang tahu, jika disebut ulat kayu bakau mungkin ramai yang tahu keenakkan rasanya. Jika anda pertama kali melihat hidup-hidup ulat ini akan terasa geli dan takut untuk merasakannya dan apabila anda telah pertama kali merasa sudah tentu ingin untuk kali kedua.



Paling enak dimakan secara mentah yang diambil terus daripada kayu bakau yang baru dibelah. Ia juga boleh dimakan secara rebus campur daun bawang dan buat gulai pedas. Rasa Kejumah ini seakan-akan rasa kita menghirup telor separuh masak tanpa telor kuning.





Kalau ada terdapat di Tamu Pekan Lundu ia adalah dijual dengan harga RM12 setin susu junjung yang seberat 388g. Difahamkan bawah bukanmasyarakat Dayak sahaja gemar malah kaum Cina di Lundu juga gemar makan Kejumah ini kerana keenakkannya sukar dicari.

Proses mencari kejumah di kawasan bakau dengan membelah kayu bakau.
Kejumah ini hanya banyak terdapat di kawasan hutan kayu bakau berpaya yang menerima fenomena alam semulajadi air pasang surut air sungai,pencarian Kejumah juga tidak begitu sukar kerana ia sentiasa ada dikayu bakau yang telah lama ditenggelami air.

Tetapi tidak semua kayu bakau yang telah lama tumbang selama 2 tahun juga mempunyai Kejumah, ia kerana bakau lama tumbang ini tidak kena pasangsurut air yang menenggelamkan bakau berkenaan.

Cara menentukan kayu bakau yang mempunyai Kejumah ini ialah dengan memotong beberapa bahagian sahaja, jika terdapat lubang-lubang pada kayu bakau ini maka petanda adanya Kejumah di dalamnya, cuma kita tidak dapat pastikan berapa banyak di dalam sesebatang bakau itu.

Kerja-kerja mencari Kejumah ini tidak susah asalkan kita tahan berjalan kaki bejam-jam lama dan tahan memikul tong seberat 18 litter yang berisi Kejumah, memikul chainsaw dan kapak .

Kita juga kena tahan serangan nyamuk hutan kayu bakau berpaya, kena tahan merempuhi kawasan payah dalam dan jika kita mempunyai ketahan semua ini maka tiada sebab kita tidak memperolehi Kejumah sebanyak mana yang boleh.

Kerja mencari Kejumah ini amat seronok kerana ia secara tidak lansung cuba menguji ketahan fizikal kita dan hasrat yang tinggi untuk menikmati keenakkan rasa Kejumah yang dimakan secara mentah di dalam hutan. Bagi orang islam jangan ragu ragu untuk makan Kejumah kerana Jabatan Mufti Negeri Sarawak mengeluarkan fatwa bahawa Kejumah boleh dimakan kerana ia bukan hidupan dua alam. Bagi yang belum mencuba boleh mencuba dengan berkunjung ke Sarawak.

Dari sudut sains, kejumah/temilok bukannya cacing ataupun ulat; ia merupakan sejenis kerang/siput yg tidak mempunyai kulit kerang biasa. Kulit kerangnya sangat kecil, terletak di bahagian kepala dimana ia telah diubahsuai menjadi gerigi untuk mengali kayu bakau.

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ