Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



BOLEHKAH LAKUKAN SOLAT WITIR SATU RAKAAT SAHAJA?

Solat witir satu rakaat



Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Selepas solat sunat selepas Isyak, saya lihat ramai jemaah solat sunat witir satu rakaat. Bolehkah witir dilakukan satu rakaat sahaja?



Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Menjawab persoalan di atas, kami nukilkan kenyataan daripada pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/527-529) yang menyebut: Sekurang-kurang solat Witir ialah satu rakaat, tetapi makruh melakukannya satu rakaat sahaja. Sekurang-kurang sempurna solat Witir ialah tiga rakaat, iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Sementara yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْوِتْرُ رَكْعَةٌ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ

Maksudnya: “Solat Witir ialah satu rakaat dilakukan pada akhir malam.”

Riwayat Muslim (752)

Hadith seterusnya, daripada Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّى فِيمَا بَيْنَ أَنْ يَفْرُغَ مِنْ صَلاَةِ الْعِشَاءِ إِلَى الْفَجْرِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُسَلِّمُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ وَيُوتِرُ بِوَاحِدَةٍ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنْ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَتَبَيَّنَ لَهُ الْفَجْرُ وَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ ثُمَّ اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمُؤَذِّنُ لِلإِقَامَةِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersolat sebanyak sebelas rakaat di antara selepas Baginda solat Isya’ waktu terbit fajar. Baginda mengucap salam setiap dua rakaat dan mengakhirinya dengan satu rakaat. Apabila muazzin selesai azan solat Subuh dan fajar telah nyata, muazzin pun menemui Baginda, lalu Baginda bangun bersolat sunat dua rakaat yang ringkas, kemudian Baginda mengiring atas lambung kanannya sehingga muazzin menemuinya lagi untuk iqamah.”

Riwayat al-Bukhari (1071) dan Muslim (736)

Hadith berikutnya, daripada Abu Ayyub RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلاَثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ

Maksudnya: “Solat Witir ialah syariat yang dituntut atas setiap orang Islam. Sesiapa hendak melakukannya 5 rakaat lakukanlah, sesiapa yang hendak melakukannya 3 rakaat lakukanlah, dan sesiapa hendak melakukannya 1 rakaat sahaja lakukanlah.”

Riwayat Abu Daud (1422)

Imam al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah berkata: Para ulama berbeza pandangan pada bilangan rakaat. Imam al-Thauri berpandangan bahawa witir sama ada lima, atau tiga atau satu, tetapi digalakkan berwitir dengan tiga rakaat. Pandangan ini juga merupakan pandangan Ibn al-Mubarak dan ahl al-Kufah dan sebahagian daripada sahabat antaranya Abdullah bin Mas'ud.

Dan sebahagian daripada para Sahabat berpandangan bahawa boleh berwitir dengan satu rakaat. Antaranya Uthman bin Affan, Sa'ad bin Abi Waqqas, Zaid bin Thabit, Abu Musa al-Asy’ari, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Zubair, Mu'awiyah, 'Aisyah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan lain-lain. (Lihat Syarh al-Sunnah, 4/82)

Justeru, menjawab persoalan di atas, boleh dilakukan witir satu rakaat, tetapi yang afdhalnya adalah tiga rakaat dengan dua salam atau melakukan solat sunat ba’diyah Isyak dua rakaat dan disudahi dengan satu rakaat Witir. Kami lebih cenderung jika mahu mengawalkan Witir dengan melakukan solat sunat Ba’diyah Isyak dua rakaat dan witir tiga rakaat.

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita untuk melaksanakan ketaatan dan solat Witir pada setiap malam selagi hayat di kandung badan. Amin.


Sumber: https://muftiwp.gov.my/

0 comments:

Post a Comment

Minum Air Kosong Juga Boleh Memudaratkan Kesihatan

Minum Air Kosong Juga Boleh Memudaratkan Kesihatan




Mabuk air



Minum air kosong banyak-banyak takkan menguruskan badan. Ia memudarat badan akibat dari water intoxication atau dalam bahasa Malaysia mabuk air.

1. Mabuk air (Water intoxication) adalah disebabkan oleh pengambilan air (air kosong/plain water) secara BERLEBIHAN dalam masa yang singkat. Kondisi ini menyebabkan paras garam sodium dalam darah menjadi rendah atau dipanggil hypervolemic hyponatremia.

2. Ia terjadi apabila pengambilan air berlebihan dari kemampuan ginjal untuk membuang air.

Sebab utama water intoxication adalah:

1) Minum air BERLEBIHAN semasa senaman/bersukan

2) Diabetis yang tidak terkawal

3) Ubat-ubatan yang menyebabkan kering bibir dan dahaga

4) Primari polydipsia atau psychogenic polydipsia

3. Tanda-tandanya:
1) loya
2) muntah
3) keletihan
4) tahap kesedaran menurun
5) sawan
6) koma

4. Kesan utama bahaya water intoxication adalah brain edema (bengkak otak) yang boleh menyebabkan tahap kesedaran menurun dan sawan. Akhir sekali boleh koma.

5. Minum air kosong terlebih byk ➡️garam sodium dalam darah dicairkan oleh air dgn cepat➡️ hyponatremia➡️kepekatan osmolariti extracellular (luar sel) rendah berbanding intracellular (dalam sel)➡️air bergerak dari luar sel ke dalam sel otak➡️brain edema/bengkak otak➡️sawan➡️koma

6. Oleh itu pengambilan air dalam sehari seperti yang dicadangkan iaitu 8 gelas sehari atau jika terasa dahaga.

8 gelas sehari



Sederhana dalam segala hal, okay

Minum air mencukupi bukan berlebihan.

Dr Ahmad Zakimi

#PilihSihat

0 comments:

Post a Comment

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz Masjid Cantik Dipuncak Gunung

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz


Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz adalah salah satu bangunan masjid yang berlainan dan mempunyai daya tarik bagi jemaah haji dan pelancong lain. Ini kerana lokasi masjid adalah sangat unik dan merupakan salah satu tempat ibadah bagi kebanggaan umat Islam di Turki.

Jika biasanya bangunan masjid terletak di pusat bandar, masjid Hafiz Yusuf Yilmaz terletak di puncak Gunung Kible di Daerah Rize, Wilayah Guneysu, Turki. Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz mempunyai keluasan 275 meter persegi yang dilengkapi dengan kubah besar setinggi 13 meter dan bangunan menara setinggi 27 meter.

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz dirasmikan oleh presiden Turki, Erdogan pada 14 Ogos 2015. Reka bentuk masjid direka oleh Yusuf Yilmaz dengan meniru Masjid Semsi Ahmet Pasa bersejarah di kejiranan Uskundar, Istanbul, Turki. Masjid ini memiliki kapasitas untuk 200 orang. Imam masjid, Müstekim Karali, mengatakan masjid itu sangat populer di kalangan pengunjung dari negara-negara Muslim, sepeti Arab Saudi dan Malaysia.

Rize’s Güneysu adalah kota kelahiran Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan. Awalnya masjid ini dibangun pada abad ke-19 sebagai masjid kayu sederhana dan kemudian digantikan oleh struktur konkrit.

Kerajaan tempatan mengambil alih tugas menanam semula kawasan itu dengan menanam lebih banyak pokok, sebelum pembinaan semula masjid dalam model masjid terkenal di daerah Üsküdar Istanbul.

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ