Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Disebat 2 Ribu Kali Akibat Rogol Anak Sendiri

Disebat 2 Ribu Kali Akibat Rogol Anak Sendiri



Seorang lelaki di Arab Saudi telah dijatuhkan hukuman sebat sebanyak lebih dua ribu kali akibat merogol anaknya sendiri. Sebuah akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.

Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah tersebut yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam. - Sumber


Nota Kaki - Kisah tauladan semoga menjadi pengajaran kepada kita semua. Fikir-fikirkanlah....

5 comments:

Post a Comment

Mencipta Sesuatu Keluarbiasaan Sudah Menjadi Trend

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Pemerhatian Ida la... sejak akhir-akhir ni semakin ramai anak-anak remaja kita yang seakan-akan suka mempromotekan diri sendiri. Sebagai satu contoh kisah si Shasa yang dengan ayat "Macam comey jer... macam cantik jer"! Umpama masuk bakul angkat sendiri. Kisah si empunya diri yang memuji kecantikkan matanya di KeeK. Sebelum ini kita juga telah dikejutkan dengan pengakuan 'Budak Couple 7 Hari'.

Bagi Ida ia merupakan satu fenomena baru di arena jalur lebar tanpa sempadan ini. Satu fenomena yang menjadi ikutan masa kini. Istilah masuk bakul angkat sendiri sudah tidak penting lagi. Jika dulu kita teramat malu untuk memuji-muji diri sendiri, malu diperkatakan orang, malu dikutuk orang dan ada juga yang malu jika dipuji orang. Tetapi sekarang kisah-kisah sebegini sudah menjadi trend, kalau anda tidak membuat sesuatu yang 'boleh diperkata orang' anda tidak akan terkenal!. Zaman sekarang zaman anda harus memuji-muji diri sendiri atau membuat suatu yang lain dari yang lain, makanya anda akan cepat terkenal seantero negara melalui arena jalur lebar serta akan cepatlah aksi 'keluarbiasaan' anda itu disebarkan orang. Jika 'keluarbiasaan' yang aib dan pelik anda lakukan maka akan cepatlah keaiban anda itu tersebar. Tetapi  jika 'keluarbiasaan' yang baik yang mendatangkan manafaat susah pula mendapat tempat. 

Sungguh pun begitu 'keluarbiasaan-keluarbiasaan' yang pelik-pilik ini mudah pula mendapat tempat dan menjadi ikutan orang ramai. Malah berpuluh-puluh pula parody yang mengajuk kepada perbuatan yang 'keluarbiasaan' itu. Malah si pembuat parody ni pula yang terlebih-lebih mendapat tempat hanya berbekalkan 'keluarbiasaan' yang dicipta oleh orang lain. Perasan tak si Bobo ni wajahnya dah berubah bertambah cute sekarang hehe.

Mencipta Sesuatu Keluarbiasaan Sudah Menjadi Trend

6 comments:

Post a Comment

Ukiran Labu Di Pesta Halloween

Ukiran yang amat baik: Labu bertukar wajah dan menyerlah hasil karya-karya agung dari pengukir-pengukir profesional di dalam perayaan / pesta Halloween. Encik Ray Villafane dan pasukannya dengan teliti mereka bentuk watak-watak yang menakutkan hanya menggunakan sudu dan skalpel. Setiap satu ukiran mengambil masa lebih kurang dua jam untuk disiapkan. Jom layannnnn...

Ukiran Labu Di Pesta Halloween

5 comments:

Post a Comment

Burung Kuang Yang Cantik Lagi Menawan

Burung Kuang atau Pheasant Bird dalam bahasa sainsnya. Terdapat 35 spesies Phasianinae dalam 11 genus, yang paling terkenal ialah Burung Kuang Biasa yang dijumpai di merata dunia kesan penternakan dan pemasukan ke alam liar melalui perdagangan antarabangsa. Pelbagai spesies burung kuang yang lain juga terdapat dalam keluarga Kuang, seperti Burung Kuang Mas, Kuang Raya, Kuang Cermin, Kuang Darah, Kuang Perak, Kuang Berbelakang Hitam dan bermacam-macam lagi. Burung kuang menjadi haiwan buruan rekreasi dan sumber makanan, tetapi juga bernilai kerana paras rupanya yang menarik. - Wikipedia

Bagi anda penggemar burung, Taman Burung Kuang Ajil merupakan satu destinasi menarik untuk anda kunjungi. Taman Burung Kuang Ajil mempunyai koleksi burung kuang yang terbesar di Malaysia dan telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records. Burung kuang merupakan antara burung yang paling cantik di dunia jadi anda akan terpesona apabila melihatnya. Jommm jalan-jalan...

Burung Kuang Yang Cantik Lagi Menawan

Tetapi gambar-gambar burung kuang di bawah bukanlah dari Taman Burung Kuang Ajil yer tetapi adalah dari hasil carian Ida yang dikumpul satu persatu. 

4 comments:

Post a Comment

Rakan Ngetop!

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Musim perayaan deepavali ni Ida takde kelas so dapatlah Ida bercuti seminggu. Dapatlah balik JB berjumpa mak, ayah serta Tony. Kalau tak memang sibuk sangat, tak menang tangan dibuatnya, dengan assignment yang berlambak-lambak. Bukan senang rupanya nak menggengam segulung ijazah berlevel 'Master Degree' ni. Ini baru semester satu... aduh makkk!!! Tetapi kerana cita-cita ku gagahkan juga!

Senja semalam dah sampai rumah JB... lihat pemandangan waktu senja dari kediaman kami tingkat 9 Apart PDRM Bukit Chagar, cantiknya....sempat juga snap!



Bila cuti ni tak kemana-mana, Ida berhajat nak buat blogwalking banyak-banyak (inshaAllah). Pertama Ida nak lawat semua blog yang berada di dalam My Blog List Ida. Kedua Ida nak lawat semua blog para blogger yang sporting meninggalkan komen di ruangan entri Ida, terima kasih tidak terhingga Ida ucapkan pada anda. Ketiga Ida juga akan terjah blog-blog yang lain juga.   

Terima kasih tidak terhingga juga Ida ucapkan kepada 'Rakan Ngetop Bulan Oktober' Ida yang begitu sporting meninggal komen mereka. Sesungguhnya tanpa celoteh anda, siapa la Ida Syuhada ini ;)


Eh tak perasan pula nama Si Affy Afiqah tu ada dua... macam mana dia buat yer? hehehe

4 comments:

Post a Comment

Lady Gaga Nekad Tunjuk Kemaluan (18SX)


Lady Gaga Nekad Tunjuk Kemaluan


Aduhhh semakin gila minah ni. Barangkali mungkin kerana ramai yang menuduh dia seorang lelaki so, dia cuba buktikan bahawa dia seorang perempuan? Apapun Ida memang tak pernah meminati minah ni. Seseorang yang runtuh akhlaknya tidak pantas dijadikan idola ataupun pujaan..APTB

Jom saksikan videonya di bawah...










Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share (percuma)

4 comments:

Post a Comment

Contoh Surat Menghalang Penglibatan Doktor Lelaki Dalam Proses Bersalin

Contoh Surat Menghalang Penglibatab Doktor Lelaki Dalam Proses Bersalin



Seorang suami muda telah menghantar sepucuk surat kepada Pengarah Hospital Taiping, Perak yang menghalang penglibatan doktor lelaki dalam proses bersalin isterinya kini telah tersebar luas di alam maya.

Sudah tiba masa dan sewajarnya pihak Kementerian Kesihatan menjadikan isu ini sebagai suatu Standing Operation Procedure (SOP) kepada mana-mana jua hospital kerajaan maupun swasta agar tidak melibatkan doktor lelaki dalam proses bersalin demi menjaga maruah wanita melainkan mendapat izin dan kebenaran dari si suami.

Kini negara kita mempunyai ramai doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan wanita dan mencukupi untuk mengendalikan proses-proses bersalin yang normal maupun bukan secara normal.

Pada suami dan bakal bapa, elok juga disimpan contoh surat ini untuk dijadikan panduan bila keadaan memerlukan nanti.

Jadilah seorang suami yang baik dengan menjaga maruah diri si isteri yang disayangi.

PLEASE SHARE TO YOUR HUSBAND.

Gambar dari google



Hukum dan Syarat-syarat Wanita Bersalin dengan Lelaki

Dewasa ini, biasa berlaku kes wanita bersalin dengan doktor lelaki - yang bukan suaminya. Apakah hukumnya? Bukankah wanita yang bersalin akan mendedahkan bukan sedikit malah sebahagian besar auratnya, bolehkah begitu?!

Jawapannya, tidak boleh. Ini hukum asal. Apabila darurat maka hukumnya menjadi harus. Seperti biasa, al-ḍarūrāt tubīḥ al-maḥẓūrāt (perkara-perkara darurat mengharuskan perkara-perkara haram).

Tetapi, keharusan ini mestilah dengan dua syarat berikut:
Pertama, persalinan tersebut memerlukan bantuannya.
Kedua, tidak ada perempuan yang dapat menggantikan tempat lelaki tersebut.

Syarat pertama memberi maksud, wanita tidak boleh bersalin dengan lelaki sekiranya persalinan tersebut tidak memerlukan campur tangannya sama ada kerana pertolongan daripada wanita-wanita lain sudah memadai atau wanita bersalin boleh bersalin sendiri. Ini bermakna, sekiranya seorang wanita masuk ke dalam bilik bersalin dan setelah diperiksa oleh jururawat, didapati peratusan untuk berjaya melahirkan kandungan tanpa memerlukan bantuan doktor lelaki itu tinggi, maka ia tidak dibenarkan masuk. Kesimpulannya, selagi tidak diperlukan, lelaki tidak dibenarkan terlibat.

Syarat kedua pula bererti, kewujudan mana-mana perempuan yang dapat membantu proses persalinan tanpa bantuan lelaki sudah menggugurkan hukum harus tadi. Hal ini disebabkan apabila asal sudah wujud maka pengganti seakan-akan tidak wujud. Dalam kes ini, asal iaitu perempuan yang berkenaan sudah ada maka pengganti iaitu lelaki yang berkenaan dikira tidak ada. Sama seperti bertayamum dengan tanah sedangkan air ada dan mampu digunakan, hukumnya tidak harus dan tidak sah. - Sumber


Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share (percuma)

1 comments:

Post a Comment

Roti Tawar Melemahkan Ghairah Seks?

Roti Tawar Melemahkan Ghairah Seks?


Menurut Dr. Helen Bond dari British Dietetic Association, makan roti tawar terlalu banyak ternyata dapat melemahkan ghairah seks. Makanan seperti roti tawar menghasilkan gula lebih cepat dari roti gandum, dan terlalu banyak gula justru menyebabkan seseorang merasa tidak bertenaga dan tidak bersemangat untuk seks, jelas Helen. 

Selain itu terlalu banyak gula juga membuat gemuk, yang berarti memperlambat aliran darah ke genital, serta meningkatkan level estrogen dan menurunkan testosteron lelaki, demikian menurut Peter Bowen-Simpkins.

Meningkatkan kadar gula dalam darah.
Pati dalam roti akan terpecah dengan sangat cepat ketika memasuki saluran pencernaan dan kemudian akan memasuki aliran darah menjadi glukosa. Hal ini dapat menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin melonjak dengan cepat.

Roti Tawar Melemahkan Ghairah Seks?


Bahaya Roti Tawar

1. Tidak ada nutrisi.
2. Kadar sodium tinggi.
3. Membuat gemuk.
4. Tidak membuat kenyang.
5. Mengandung protein jahat.
Gandum memiliki kadar protein 'jahat' (glutten) yang sangat tinggi. Jenis protein ini dapat menimbulkan penyakit seliaka, suatu penyakit yang menyebabkan perut terasa sakit setelah mengonsumsi makanan.
6. Tinggi karbohidrat.
7. Meningkatkan kadar gula dalam darah.
Pati dalam roti akan terpecah sangat cepat ketika memasuki saluran pencernaan dan akan memasuki aliran darah menjadi glukosa. Hal ini dapat menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin melonjak dengan cepat.
8.Mengandung sirup jagung.


Sumber 1
Sumber 2
Sumber 3


Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share (percuma)

1 comments:

Post a Comment

Bagaimanakah Kalau Anda Sekerdil Ini?

Amazing Photography

Bagaimanakah Kalau Anda Sekerdil Ini

Bagaimanakah Kalau Anda Sekerdil Ini

2 comments:

Post a Comment

Kisah Katak Dan Siput

Kisah Katak Dan Siput


Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput :

"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga anda begitu membenci saya?"

Siput menjawab : "Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan bisa melompat kesana kemari, Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih."

Katak menjawab : "Setiap kehidupan memiliki kesulitan dan penderitaannya masing-masing, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami."

Dan seketika itu, ada seekor burung helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak menjadi mangsa kepada si burung helang tersebut. 

Akhirnya siput baru sedar...ternyata cengkerang yang dimilikinya bukan merupakan suatu beban...tetapi adalah kelebihan sebagai pelindung dan keselamatan dirinya


MORAL DARI KISAH INI : Bersyukur dan nikmatilah kehidupan kita, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. Keirian hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan.



Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share (percuma)

7 comments:

Post a Comment

DOA AGAR DIBERIKAN KESABARAN DALAM MENANTIKAN JODOH.

DO'A AGAR DIBERIKAN KESABARAN DALAM MENANTIKAN JODOH


Ya ALLAH...
Aku mengadu kepada-Mu akan keluh kesahku, 
Aku mengadu kepada-Mu akan kelemahanku,

Ya ALLAH Ya Rabb,
Sungguh,..aku sudah tidak kuat lagi untuk menahan perasaan ini,
Aku sudah tidak kuat lagi menahan gejolak yang ada di dalam dada ini,

Ya ALLAH,
Tolong jaga hati ini yang semakin merindu, tolong bimbing hati ini agar tidak keluar di jalur akidah-Mu,
Tolong berikanlah aku jalan kemudahan untuk menuju jalan cinta-Mu,

Ya ALLAH,Ya Rabb.
Berikanlah aku kesabaran dalam penantian ini, berikanlah aku kesabaran dalam menanti jodoh ku,

Ya ALLAH,
Berikanlah jodoh yang terbaik untuk ku, kerana aku yakin Ya Rabb, 
Pilihan-Mu adalah pilihan yang terbaik buat ku...

Kabulkanlah do'a Hamba-Mu ini Ya ALLAH..

Aamiin Ya Robbal'alamin.



Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share (percuma)

4 comments:

Post a Comment

Lukisan Alam Fantasi Yang Menakjubkan

Layan jer....

Lukisan Alam Fantasi Yang Menakjubkan

Lukisan Alam Fantasi Yang Menakjubkan

2 comments:

Post a Comment

Kota Bahru, Kelantan

Kota Bahru, Kelantan. Barang siapa pernah sampai ke sini pasti ingin datang lagi. Jom layannn gambar-gambar di bawah ;)



Kelantan Darul Naim

Kelantan Darul Naim

3 comments:

Post a Comment

Apabila Binatang Pun Minat Dan Geram Pada Wanita

Apabila Binatang Pun Minat Dan Geram Pada Wanita

Apabila Binatang Pun Minat Dan Geram Pada Wanita

5 comments:

Post a Comment

Sushi King Tidak HALAL?

Sushi King Tidak HALAL?


Mungkin Melayu gemar makan Sushi King dengan alasan ada tanda 'no pork'

Sushi King yang digemari ramai TERMASUK ORANG ISLAM yang telah bertapak di Malaysia bertahun tahun tidak pernah ada mendapat halal Jakim Malaysia kerana makanannya yang diragui mengandungi campuran yang HARAM. - Sumber


Ida pernah terbaca cara-cara membuat makanan jepun ni KEBANYAKANNYA tidak halal kerana makanan jepun banyak yang jenis penapaian - Secara mudah peram...dan dicampur dengan arak beras.... Jadi berhati-hatilah.

Hasil carian Ida di portal JAKIM hanya menemukan air mineral di Sushi King saja yang disahkan HALAL. Wallahualam... Sumber

Sushi King Tidak HALAL?



7 comments:

Post a Comment

Flat PKNS Kampung Kerinci Terbakar

Info yang diterima Flat PKNS Kampung Kerinci, Kuala Lumpur yang terbakar petang tadi. Semoga Allah selamatkan penghuni di dalamnya...aamiin


SHAH ALAM - Flat PKNS Kampung Kerinchi dilaporkan terbakar sekitar jam 4.40 petang tadi.

Pihak bomba dikatakan sedang berusaha memadam kebakaran di tingkat paling atas flat 17 tingkat itu.

Berita itu turut disahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di laman Instagram miliknya.

"Flat PKNS 17 tingkat alami kebakaran. Makluman untuk penghuni dan penduduk setempat. Innalillah," tulisnya.

Dalam satu laporan di sebuah laman portal menyebut, kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira enam unit rumah. - Sinar

Flat PKNS Kampung Kerinci Terbakar






5 comments:

Post a Comment

The Best Illusions (3D Art)

The Best Illusions - 3D Art

The Best Illusions - 3D Art

2 comments:

Post a Comment

Lukisan Gambar Shahrukh Khan

Untuk peminat Shahrukh Khan... layannnnn....


Lukisan Gambar Shahrukh Khan

Lukisan Gambar Shahrukh Khan

2 comments:

Post a Comment

GODAAN SYAITAN KETIKA BAYI LAHIR

GODAAN SYAITAN KETIKA BAYI LAHIR



Ada sebuah hadits, dari Abu Hurairah ra yang meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak ada seorang bayi pun dari anak Adam yang terlahir, kecuali ia pasti mendapat tusukan dari syaitan sehingga bayi itu menangis dan menjerit kerananya, kecuali Maryam dan putranya (Nabi Isa as)." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits lain, Rasulullah SAW bersabda, "Jeritan bayi ketika lahir adalah kerana mendapat tusukan syaitan." (HR. Muslim)

Dari hadits di atas dijelaskan bahwa semua manusia, entah itu orang tuanya muslim atau tidak, ketika bayi lahir maka akan didatangi syaitan dan diganggu pada saat dilahirkan. Datangnya syaitan pada saat itu adalah untuk menancapkan tusukan ujung jarinya pada kedua mata anak Adam.

Syaitan Mencari Pengikut

Tujuan syaitan menusukkan jarinya tersebut adalah syaitan berharap kelak di kemudian hari, anak Adam tersebut menjadi pengikut setianya. Matanya tidak bisa "MELIHAT" dengan benar antara yang baik dan yang jahat.

Kebaikan akan tampak menjadi bayang-bayang yang samar sehingga ia akan enggan menuju ke arah kebaikan tersebut. Kejahatan akan tampak seperti kilauan cahaya yang snagat meggiurkan sehingga ia akan berlari untuk menyongsongnya.

Oleh kerana itu, Rasululah SAW memberi tuntunan kepada umatnya agar terhindar dari gangguan syaitan pada saat bayi dilahirkan.

Pertama

Dengan diazani pada telinga kanannya dan diiqamatkan pada telinga kirinya.

Ibnu Abbas ra menuturkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Ajarkanlah kalimat 'Laa ilaaha Illallahu' kepada anak-anakmu sebagai kalimat pertama yang mereka dengar." (HR. Al-Hakim)

Rasulullah SAW juga bersabda, "Barang siapa yang mendapati seorang bayi yang dilahirkan, kemudian diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya, maka ia tidak akan diganggu oleh Ummu Shibyan (syaitan yang selalu mengganggu anak kecil)." (HR. Ibn Sunny dari Hasan ibn Aki ra)

Menurut Rasululah SAW, syaitan akan ketakutan dan berlari sejauh-jauhnya apabila mendengar suara azan.

Kedua

Hal kedua yang boleh dilakukan pada bayi yang baru lahir adalah dengan dibacakan surat Al-Ikhlas pada kedua telinganya. Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya dalam kitabnya Al-Adzkar Al-Nawawiyyah menjelaskan bahwa Rasullah SAW membacakan surat Al-Ikhlas pada telinga anak yang baru dilahirkan.

Ketiga

Dengan mendoakan bayi yang baru dilahirkan. Untuk meghindari bisikan syaitan pada bayi adalah dengan membacakan surat Ali-Imran ayat 36 dengan maksud untuk memohonkan perlindungan Allah SWT untuk anak yang baru dilahirkan agar terhindar dari godaan syaitan yang terkutuk.

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَامِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Artinya:

Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai Dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."

Doa keselamatan dan perlindungan untuk anak.
"Ya Allah, kumohon perlindungan kepada-Mu untuk anak ini dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan dan kesusahan, dan dari pandangan mata yang menyakitkan." (HR. Bukhari) - Sumber fb

Semoga manafaat ;)


Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share (percuma)

3 comments:

Post a Comment

Queen Elizabeth Ketika Muda

Queen Elizabeth

Queen Elizabeth

0 comments:

Post a Comment

The Magic Mountain Hotel

(Auto Publish) Jika anda melancong ke Chile jangan lupa untuk melawat dan menginap hotel gunung mereka. Hotel ini terletak di Patagonia, Southern Chile. Hotel yang terkenal dengan satu seni bina menakjubkan serta unik yang berbeza dari hotel-hotel lain anda tahu. Ia mempunyai sebuah air terjun di atas puncak atap yang dipanggil Huilo-Huilo yang membentuk dan mengalir secara unik dicelah-celah dinding batu. The Magic Mountain Hotel berada dalam jantung Huilo dengan seni bina yang unik serta menggabungkannya dengan persekitaran hutan serta mempunyai perkhidmatan antarabangsa empat bintang.

The Magic Mountain Hotel

2 comments:

Post a Comment

Bahaya Berada Dimana-mana

Bahaya berada dimana-mana, untuk mengelaknya semua pihak kena amik peranan dan jujur. ALLAH SWT sangat suka kita berusaha dan berikhtiar supaya menjaga kepentingan dan keselamatan umum. Kerana ingkar dan tak mahu mengikut aturan dan undang2 padah mesti datang... ia melibatkan kepada semua...Kadang-kadang kita sudah menjaga keselamatan kita tetapi orang lain yang tidak bertanggungjawab dan yang mementingkan diri sendiri pula yang mengundang bahaya kepada kita...

Bahaya Berada Dimana-mana

5 comments:

Post a Comment

Tasik Air Panas Di Dominica

Meluap-luap air biru kekelabuan, Boiling Lake terletak di National Park di pulau Caribbean, Dominica. Ia merupakakan tasik mata air panas kedua terbesar di dunia selepas Frying Pan Lake di New Zealand. Tasik yang mendidih ini terletak di rusuk gunung berapi Morne yang aktif didalam hutan tropika yang subur, kira-kira 780 - 800 m di atas paras laut. Dilarang berenang ya...

Boiling Lake

1 comments:

Post a Comment

Rihanna Tampil Bogel Sebagai Dewi Medusa Untuk Majalah GQ

Rihanna Tampil Bogel Sebagai Dewi Medusa Untuk Majalah GQ


Setelah mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar di depan masjid memakai hijab, Rihanna sekali lagi menjadi tumpuan apabila tampil separuh bogel seperti Dewi Medusa untuk kulit depan majalah lelaki GQ British.

Pelantun "Pour It Up" yang menghiasi kulit depan majalah GQ tersebut bersempena ulang tahun ke-25 majalah tersebut memperlihatkan Rihanna tampil separuh bogel dengan kepalanya dipenuhi ular berwarna-warni, manakala seekor ular sawa dikalungkan pada lehernya.

"Kepala Medusa, saya rasa seperti Iluminati!!," tulisnya di Twitter seperti yang dipetik dari Dailymail.
"Saya suka bermain dengan tema binatang, walaupun yang satu ini (ular) sedikit masalah untuk saya, tapi saya sangat menyukainya."

Dalam pada itu, Rihanna yang kini dalam jelajah konsertnya "Diamonds World Tour" baru sahaja selesai dengan konsertnya di Tel Aviv, Israel dan bakal ke Puerto Rico dan Barbados sebelum kembali ke Amerika Syarikat untuk lokasi terakhir konsert jelajahnya.

Jom layan gambar-gambar lainnya di bawah ;)

3 comments:

Post a Comment

Aksi kejar mengejar EVO-X PDRM dan Toyota Altis




Team Eagle MPV ELIT (Malaysian police Evo 10) Penang telah mengejar Toyota Altis 1.8 yang disyaki penjenayah apabila suspek cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya Lebuhraya Utara Selatan (arah utara - hampir Plaza tol Sg.Dua). Suspek telah dikejar oleh 2 buah Evo-X dan dibantu oleh kereta peronda MPV jenis Proton waja dan berjaya ditahan di Padang Serai, Kulim. Saspek juga telah melanggar beberapa lampu merah serta cuba mengelirukan pihak polis disamping turut membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Video dirakam secara live didalam kereta Evo-X. Saspek juga dipercayai merupakan penagih dan pengedar dadah. Kandungan video telah disunting oleh pihak PDRM bagi memendekkan masa rakaman.


Nota Kaki: Sebenarnya suspek nak test kecekapan memandu...kalau tak cekap bukan penjenayah namanya hehe... apapun syabas dan tahniah pada pasukan PDRM yang terlibat.

Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share (percuma)

2 comments:

Post a Comment

DOA UNTUK CALON IMAMKU

DOA UNTUK CALON IMAMKU




DOA UNTUK CALON IMAMKU

❥ Ya ALLAH..bukan aku tak percaya dengan takdir-Mu, tapi aku takut kehilangan Cinta-Mu..

❥ Maka aku memohon, izinkan aku berdoa untuk seseorang yang kelak akan menjadi Imam ku meskipun aku belum tahu siapa dia..?

❥ Ya ALLAH..Tambahkan ilmu agamanya supaya kelak dapat membimbing ku kearah tujuan yang satu..

❥ Teguhkan imannya ketika Kau mengujinya, jaga dan lindungilah dia..

❥ Mudahkan jalan rezekinya supaya kelak dapat segera menjemput dan meminta aku dari orang tua ku..

❥ Lembutkankah tutur katanya agar kelak dapat membimbing aku dengan kesabaran..

❥ Dan aku memohon segerakanlah pertemukan kami disaat Engkau telah yakin bahwa kami telah siap dan mampu untuk mengikat janji dibawah Ridha-Mu..

❥ Jadikanlah ia pemimpin yang bijaksana yang mencintai aku hanya kerana-Mu, serta yang menjadikan Rasullullah sebagai telandannya..

Aamiin Allahumma Aamiin

5 comments:

Post a Comment

Iklan 8Share yang Sold Out Dalam Tempoh Satu Malam

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt..

Iklan 8Share yang sold out dalam tempoh satu malam - woowww

Ida sendiri pun rasa tak percaya. Malam semalam Ida share iklan rokok 8Share di facebook, dan tengah hari tadi Ida bagai tidak percaya apabila iklan tersebut mendapat sambutan dan klik-klik yang paling laris sejak Ida berdaftar dengan 8Share awal bulan lalu. Ida mendapat total earnings yang penuh RM10 dan 50UV. Wowww sungguh menakjubkan.

Iklan 8Share yang Sold Out Dalam Tempoh Satu Malam

Iklan 8Share yang Sold Out Dalam Tempoh Satu Malam

Pada pendapat Ida, iklan untuk 8Share ini kita kena pandai memilih tajuk yang paling menawan dan kreatif untuk diklik oleh para pembaca. Kepada kawan-kawan yang masih belum berdaftar dengan 8Share tu silalah ambil peluang ini untuk menambah pendapatan secara percuma. Klik sini untuk memulakan 8Share anda. Dan ikutlah langkah-langkah mudah di sana. Yang penting pengesahan akan diterima melalui emel dan jangan lupa klik link yang diberi di dalam emel untuk memulakan langkah seterusnya. Ianya semudah ABC. Cubalah!

7 comments:

Post a Comment

Kuatkan Semangat Kerana ALLAH

Kuatkan Semangat Kerana Allah



♥Saya ingin MARAH tapi ALLAH kata JANGAN !

♥Saya ingin BENCI tapi ALLAH kata JANGAN !

♥Saya ingin LAWAN tapi ALLAH kata JANGAN !

♥Saya ingin PUTUS ASA tapi ALLAH kata JANGAN !

♥Saya ningin MEMBERONTAK tapi ALLAH kata JANGAN !

KERANA ALLAH kata, jadi saya cuba LUPAKAN apa orang KATA dan BUAT pada saya!

KERANA ALLAH kata, jadi saya cuba SABARKAN HATI..IKHLASKAN JIWA ..TAWAKALKAN DIRI !

KERANA ALLAH kata, jadi saya cuba dan teruskan cuba AGAR terus BERJAYA bukan di dunia saja TAPI di akhirat SANA !

Kuat kan SEMANGAT!!!Kerana ALLAH........yang satu..

3 comments:

Post a Comment

Atas RahmatNya Kita Bertemu dan Berpisah!

Usahlah meratapi perpisahan
kerana jodoh pertemuan
bukan  urusan kita.

Atas rahmatNya kita bertemu
dan dengan kasihNya juga kita dipisahkan
bersama hikmah yang tersembunyi.

Tidakkah kita terfikir kebesaran Allah?

Atas RahmatNya Kita Bertemu dan Berpisah


Nak tambah pendapatan sila klik 8Share (percuma hanya perlu share iklan di fb anda)

3 comments:

Post a Comment

Plitvice Lakes, Croatia

Terdapat 16 buah tasik semula jadi di Taman Negara Tasik Plitvice yang terletak di Croatia. Kecantikannya sungguh menakjubkan sehingga menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Dibuka pada tahun 1949 dan telah menerima puluhan jutaan pelawat untuk menyaksikan  keindahan semula jadi tasik-tasik Plitvice ini. Pada tahun 2012 sahaja sudah melebihi 1.2 Juta orang yang melawat Plitvice dan pada tahun 1979 ianya telah disahkan sebagai salah satu Tapak Warisan Semulajadi Dunia. Walaupun mempunyai keluasan 296.85 kilometer persegi ini akan membuatkan anda leka dan seronok sehinggakan tidak terasa kepenatan berjalan kerana  asyik melihat tasik-tasik yang membiru serta jernih airnya dan dikelilingi oleh air terjun indah. Sungguh unik... JOmmmmmm...

Plitvice Lakes, Croatia

5 comments:

Post a Comment

Kenapa Wanita Tercipta?

Kenapa Wanita Tercipta



Kenapa wanita tercipta...

Di riwayatkan dalam Qashasul Anbiya :
Saat Nabi Adam as sedang tertidur, Allah swt menciptakan Hawa dari tulang rusukya. Kemudian Adam terbangun dan melihat Hawa. "Inilah petama kali percakapan mereka"

Adam : Siapa kamu?
Hawa : Aku seorang perempuan.
Adam : Siapa namamu?
Hawa : Namaku "Hawa"
Adam : Mengapa kamu di ciptakan?
Hawa : Agar kau merasa tenteram bersamaku.

Wanita adalah mahluk mulia, penenang jiwa-jiwa yang gundah, sebagaimana sentuhan seorang Ibu mampu menenangkan bayi yang sedang menangis. Itulah perempuan. Ia di ciptakan punya tugas yang mulia.

Wahai para perempuan tutupilah aurat mu, pelankan suara merdu mu. Jaga sikap mu. Agar mampu menenangkan cucu Adam di muka bumi ini.

Lihat kembali tujuan Allah tentang penciptaan mu.

Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan isteri isteri dari sejenis mu, supaya kamu merasa tenteram terhadapnya ( Ar-Ruum 21 )

Kembalilah ke fitrah mu, jangan engkau tebarkan aurat mu, bebas di pandang jutaan mata manusia.

* ...Dan berikan kaum adam ketenangan...

1 comments:

Post a Comment

Bunga Daripada Tubuh Badan Manusia

(Auto Publish)

Bukan hanya sekadar kelopak bunga ;)


Bukan Hanya Sekadar Bunga

Bukan Hanya Sekadar Bunga

4 comments:

Post a Comment

Apa Ada Pada Nama?



Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Apa ada pada nama?

Apa Ada Pada Nama?


Arwah Opah Ida pernah bercerita bahawa orang dulu-dulu, apabila lahir sahaja si anak, si bapa akan round keliling kampung untuk merisik nama anak orang-orang kampung yang baru lahir supaya tidak mempunyai nama yang sama dengan nama anak mereka yang bakal diberi. Kalau boleh memang lah hendak memberi nama anak supaya tidak serupa dengan nama anak orang lain. Tetapi kalau dah ada yang sama, macam mana nak buatkan?

Al-kisah, suatu hari semasa Ida di sekolah rendah, cikgu telah bertanyakan nama penuh ayah murid-murid, maka seorang demi seorang pun bangun untuk memberitahu cikgu nama ayah berserta binnya sekali. Tibalah giliran Ida pun bangun dan memberi tahu nama ayah iaitu Abdul Hamid Bin Abdul Malik.

Nak dijadikan cerita setelah tamat sessi pemberitahuan tersebut bermulalah sessi ejek mengejek. Al-maklumlah apabila bersekolah campur, murid-murid lelaki ni memang agresif dan kreatif sedikit. Nama ayah Ida juga tidak terkecuali menjadi ejekan mereka. " Hamid Terbalik... Hamid Terbalik"... akhir sekali terus menjadi "Hamid Apam Balik"!  

Sampai rumah Ida menangis mengadu sama emak dan arwah opah, bahawa kawan-kawan sekolah telah mengejek nama ayah Ida. Emak dan arwah opah hanya tersenyum dan menasihati Ida mengapa harus malu? Lepas tu nama Abdul Hamid terus menjadi isu dalam keluarga Ida. Pantang kalau ada orang sebut nama tu, contoh kalau ada orang-orang besar atau orang-orang kenamaan yang muncul di kaca TV terutamanya pak-pak menteri ketika itu yang mempunyai nama Abdul Hamid, emak dan arwah opah terus membanggakan dan memuliakan nama tersebut untuk menawan hati Ida yang telah tercalar dek ejekan kawan-kawan sekolah. Sejak itu Ida mula bangga punya ayah bernama Abdul Hamid.

Hari Rabu minggu lepas, Ida ke Kuala Kubu Bahru kerana ada tugasan, alangkah bangganya Ida jumpa nama jalan di bawah... kau ada?

Apa Ada Pada Nama?

6 comments:

Post a Comment

Tempat-tempat Yang Terbiar Cantik Tapi Menyeramkan Di Dunia

Tempat-tempat Yang Terbiar Cantik Tapi Menyeramkan Di Dunia

Tempat-tempat Yang Terbiar Cantik Tapi Menyeramkan Di Dunia

6 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ