Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GAMBAR MENARIK SEKITAR PERSANDINGAN DIRAJA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ)



Johor Bahru, 8/11/2014: Warga Johor berkumpul di Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi menyaksikan majlis persandingan Diraja antara Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam. Mereka berkumpul seawal 6 petang.

Istiadat persandingan itu pula berlangsung pada 7.30 petang di Istana Besar Johor yang dipancarkan di secara langsung di dua skrin gergasi yang dipasang di dataran berkenaan.

Pasangan mempelai pula diarak menggunakan kereta tanpa bumbung sejauh tiga kilometer daripada Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor yang disaksikan kira-kira 1,200 jemputan.

Antara tetamu kehormat adalah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN).

Turut berangkat ke istiadat persandingan itu adalah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dan Tunku Aminah.

Che Puan Khaleeda, 21, dirisik putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofia Sultan Idrus berusia 30 itu pada 27 September lalu.

Pasangan diraja itu kemudian bertunang secara tertutup yang hanya dihadiri oleh pengawai tinggi kerajaan negeri serta orang kenamaan di Istana Bukit Serene pada hari pernikahan mereka, bulan lalu.

Dalam majlis akad nikah dikendalikan Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin itu pada 24 Oktober lalu, Tunku Ismail menghadiahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan, manakala keluarga perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenalan dengan Che Puan Khaleeda Bustamam di laman Twitter sejak dua tahun lalu sebelum Tunku Ismail menyatakan hasratnya untuk memperisterikan pilihan hatinya itu beberapa bulan lalu.

Che Puan Khaleeda yang juga anak bongsu daripada lima beradik adalah anak kepada pasangan Bustaman Daud dan Aziyah Abdul Aziz yang menetap di Bangsar, Kuala Lumpur. - hmetro













Jom saksikan video di bawah



0 comments:

Post a Comment

Kostum Halloween Ala Krew MH370 Yang Menghina Malaysia





Gambar yang tidak prihatin dan serta sangat kurang ajar telah ditemui dimuat naik oleh beberapa individu yang mengganggap tragedi MH370 yang hilang sejak Mac lalu boleh dianggap sebagai gurauan.


Sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram telah menaikkan kemarahan pengguna Internet kerana berpakaian seperti kru penerbangan MH370 yang telah mati. Pengguna Facebook, May Lim yang menjumpai gambar tersebut di Instagram telah memuat naik di status di Facebook beliau.




Mengikut status May Lim, salah satu gambar dalam Instagram oleh NYSTONE01 telah dipadam. Pada ketika entri ini ditulis, profil Instagram tersebut telah tiada kerana carian dibuat tidak menjumpai dan ianya mungkin telah dibuang setelah pengguna Internet melaporkan kepada pihak Instagram.

Memetik sumber asal yang dimuatnaik di sebuah blog mendapati, bukan hanya gadis tersebut yang memuat gambar Halloween bertemakan krew penerbangan MH370.







Namun individu yang memuat gambar Instagram bukanlah warga Malaysia walaupun niat mereka hanyalah sekadar sebagai kostum untuk Hari Halloween.

Walaubagaimanapun, ianya boleh difahami setiap tragedi pasti akan ada segelintir orang ramai yang akan mempersendakan apa jua tragedi yang berlaku, namun sejauh manakah sesuatu tragedi boleh dijadikan bahan gurauan atau jenaka atau pernahkan anda mempersenda sesuatu tragedi yang berlaku?

Setiap tragedi haruslah kita fahami dan hormati kerana kita tidak tahu tragedi yang bakal menimpa kita pula.








1 comments:

Post a Comment

INILAH WAJAH ANGGOTA SEAL YANG MEMBUNUH OSAMA BIN LADEN




Osama bin Laden mati ditembak pada tahun 2011 dan sikit demi sedikit maklumat tentang operasi memburu beliau semakin kelihatan.Ia bermula dengan buku No Easy Day yang ditulis oleh salah seorang anggota SEAL Team Six yang terlibat dengan operasi tersebut. Ini diikuti pula oleh filem Zero Dark Thirty yang menunjukkan penglibatan CIA dalam mencari ketua rangkaian Al Qaeda. Hari ini wajah dab nama anggota SEAL Team Six yang menembak kepala arwah akhirnya diketahui. Rob O'Neill (38) ialah individu tersebut dan merupakan veteran skuad SEAL selama 16 tahun. Beliau mendedahkan identiti beliau kerana kesal kebajikan beliau dan anggota pasukan khas terbiar selepas mereka bersara. Rob mengaku tindakan beliau ini akan mendatangkan bahaya kepada beliau dan ahli keluarga tetapi merasakan ianya perlu dilakukan kerana bosan dilayan dengan buruk selepas bersara.






1 comments:

Post a Comment

JOM LIHAT REKAAN DALAMAN ONE WORLD TRADE CENTER




Menara berkembar World Trade Center musnah dalam serangan kamikaze 11 September 20001. Selepas 13 tahun menara One World Trade Center kini beroperasi semula sebagai bangunana pejabat dan mercu tanda New York. Mari lihat rekaan dalaman menara tertinggi di benua Amerika dengan ketinggian 1776 kaki dan 104 tingkat. Bangunan ini kini direka dengan teras konkrit yang paling kukuh di dunia just in case kejadian serangan berani mati seperti 911 akan berlaku sekali lagi di masa hadapan.





0 comments:

Post a Comment

Pernahkah Anda Terfikir Mengapa Polis Memakai Uniform Berwarna Biru Gelap?

Gambar hiasan



Pernah terfikir mengapa kebanyakkan polis di kebanyakkan negara memakai warna biru gelap? Contohnya Polis Malaysia, Polis New York, dan lain-lain.

Dipetik dari sebuah blog disini, ada sebab mengapa biru dipilih sebagai pakaian seragam.

Berdasarkan penulisan Richard R dalam tajuk artikelnya ” Psychological Influence of Police Uniform”. beliau menerangkan antara sebab warna biru dipilih adalah, pertama ianya mudah dibersihkan berbanding warna baju lain yang cerah.

Beberapa alasan lain yang dikemukakan adalah, dengan memakai warna biru gelap, mereka susah untuk dilihat pada waktu malam dan memudahkan mereka untuk menangkap penjenayah.

Dari segi psikologi pula, berdasarkan kajian di Universiti Georgia, mendapati warna biru dapat memberikan satu perasaan selamat dan selesa kepada si pemakai.

Walaubagaimanapun, tidak semua polis di negara lain memakai baju berwarna biru. Tetapi fakta yang dikemukakan melalui kajian-kajian lepas adalah tepat.

0 comments:

Post a Comment

Misteri Manusia Boleh Lihat Bunian




Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.

Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.

Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.

Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.

“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.

Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.

“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.

Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.

“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.

“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.

Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.

“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.

Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.

“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.

“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.

Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.

Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.

“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.

“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.

“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.

Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.

Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.

Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.

Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.

“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.

“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.

Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.

Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.

Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.


FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.

- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan.

- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- Kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.


[Dari tulisan asal oleh Nasron Sira Rahim]


0 comments:

Post a Comment

Aaisyah Dhia Rana Nama Anak Che Ta & Zain




Terjawab akhirnya teka teki apakah nama yang diberikan oleh pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin buat anak sulung mereka hari ini. Menerusi program HLIVE! sebentar tadi, Zain Saidin sendiri tampil mengumumkan secara eksklusif.

Pasangan itu telah sepakat untuk memilih nama Aaisyah Dhia Rana untuk puteri sulung mereka yang merupakan gabungan pilihan nama Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Aaisyah merupakan nama ibu Zain Saidin selepas berhijrah masuk ke agama Islam dan Dhia Rana merupakan pilihan Rozita Che Wan yang membawa maksud sinar kecantikan.

Rozita Che Wan selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 1 November lalu. - Rotikaya



0 comments:

Post a Comment

LUKISAN INDAH







Kehidupan dunia ini seakan tidak berarti jika tak ada keindahan di dalamnya. Ya, terkadang adanya masalah dapat membuat kita terbeban dan berada di posisi terpuruk, namun memang disitulah letak dimana kita diuji dengan  kesabaran. Insya Allah kita akan bisa segera termotivasi dan berpositif untuk mencapai impian. Kerana, kehidupan adalah seperti sebuah trek larian yang kemenangan boleh diraih oleh orang yang telah berlatih terlebih dahulu  lalu merasakan manfaatnya sehingga menjadi sang juara sejati di saat perlumbaan sebenar.








0 comments:

Post a Comment

WAJAH TERBARU ADIK FIRDAUS YANG DITINGGALKAN DALAM BILIK DIPENUH SAMPAH DAN NAJIS




Masih ingat  tak lagi dengan adik Firdaus yang ditinggalkan oleh ibunya di sebuah bilik yang penuh sampah sarap serta najis? Mesti ramai yang masih ingatkan. Berbeza sungguh rupa adik Firdaus sekarang. Kalau dulu kurus kering, kini comel sangat-sangat. Beliau yang datang ke Mahkamah Sesyen Seremban sempena perbicaraan ibunya Lola, kelihatan sangat ceria ditemani pengasuh beliau.



SEREMBAN, 5/11/2014 - Perbicaraan kes Lolanopita Mohd Sadi, 40, sepatutnya berlangsung di Mahkamah Sesyen Seremban, pada pagi ini tidak dijalankan berikutan tertuduh mengubah fikiran untuk mengaku bersalah.

Lolanopita membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas mendengar dan memahami kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 November depan untuk hujahan mitigasi pihak pembelaan dan penetapan hukuman.

Kes dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Untuk rekod, 27 Jun lalu, Lolanopita dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa dengan sengaja mengabaikan anaknya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, melalui cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga 21 Jun lalu, di sebuah bilik di Blok 15-1-9 Flat Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kira-kira jam 2.30 pagi.


1 comments:

Post a Comment

Calitan Biru Di WhatsApp Petanda Mesej Sudah Dibaca





Lihat sahaja hari ini, betapa kita amat memerlukan teknologi bagi membantu memudahkan urusan seharian khususnya dalam soal komunikasi Kemodenan teknologi semakin hari semakin rancak dengan pelbagai penemuan baru yang memberi seribu kebaikan.

Tiada siapa mampu menolak teknologi yang memberi pelbagai faedah termasuk penjimatan. Rata-rata masyarakat Malaysia sendiri mampu memiliki telefon pintar dan pastinya WhatsApp, antara aplikasi wajib untuk berhubung.

Terbaharu, jika anda adalah pengguna tegar aplikasi ini pastinya sedar akan kewujudan warna biru yang secara tiba-tiba muncul baru-baru ini.Pasti ia membuatkan anda tertanya-tanya bukan?

Sebelum ini hanya dua tanda kelabu sahaja yang muncul bagi menunjukkan mesej anda telah sampai pada telefon bimbit penerima.Bagaimanapun, tak dapat dipastikan sama ada mesej tersebut telah dibaca atau tidak.Namun kini, pihak pengurusan WhatsApp telah melakukan penambahbaikan di mana, tanda biru diwujudkan sebagai bukti bahawa penerima sudah membaca mesej yang dihantar.




Yang kelakarnya, pengguna sosial meluahkan bahawa perubahan sebegini sebenarnya boleh membawa kepada punca-punca pergaduhan.Aik, macam itu pulak! Kenapa agaknya yer?

Iyelah, siapa yang tak bengang dan marah kalau penat-penat menaip berjela-jela mesej, kekasih hati dah baca tapi buat dek pulak kan!Lebih menarik, ada yang meminta semoga WhatApps menambah pembaharuan iaitu menunjukkan simbol “typing with others” supaya senang mengetahui jika pasangan kita sibuk melayan orang lain.

Sebelum ini, pemberitahuan ‘last online’ pada WhatsApp turut dikaitkan dengan punca pergaduhan antara pasangan kekasih namun ia kemudiannya boleh disembunyikan melalui setting pada bahagian ‘privacy’.

Apa pun, semoga pembaharuan ini disukai oleh rakyat Malaysia yang menggunakan WhatsApp!


Sumber

0 comments:

Post a Comment

MAHKAMAH RAYUAN IKTIRAF HAK PONDAN




Putrajaya, 7/11/2014 – Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.


Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan.

1 comments:

Post a Comment

Warna Air Kencing Anda Menggambarkan Keadaan Anda




Warna air kecing seringkali digunakan sebagai satu alat untuk diagnos pesakit. Warna, bau dan ketumpatan air kencing kita boleh memberi pelbagai tanda. Di Sini disertakan warna air kencing dan apa tandanya kepada sesorang.


1). Tidak Berwarna (Lutsinar) - Anda meminum terlalu banyak air.




2). Warna Pucat jerami - Anda sihat, kandungan air dalam badan cukup.



3). Kuning lutsinar - Anda Normal



4). Kuning gelap - Normal, tetapi anda perlu minum selepas ini.



5). Warna kuning madu - Anda kekurangan air, minum air sekarang.



6). Berwarna perang - Anda kemungkinan ada masalah hati (liver)



7). Berwarna merah jambu kemerahan - Adakah anda ada makan bit, blueberri, atau klembak? Jika ya, ianya normal. Jika tidak, anda mungkin mempunyai jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau hati. Segera jumpa doktor.



8). Biru Atau Hijau - Ini sangat jarang, mungkin juga anda termakan makanan yang ada pewarna. Ini tidak berbahaya , walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya ianya berterusan.



9). Warna Ungu - Gurau je, mana ada air kencing warna ungu.



10). Berbuih ataupun kabut - Ini mungkin disebabkan protein berlebihan pada diet anda. Mungkin juga disebabkan masalah pada kidney anda. Segera jumpa doktor.






2 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ