Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Apakah Kematian Raja Abdullah Petanda Kehadiran Imam Mahdi?

Apakah Kematian Raja Abdullah Petanda Kehadiran Imam Mahdi



Antara peristiwa penting yang perlu diperhatikan oleh umat Islam akhir zaman ini ialah perkembangan yang berlaku di Tanah Hijaz (Saudi Arabia). Kerana antara tanda-tanda dekatnya akan kemunculan Imam Mahdi ialah berlakunya peristiwa seperti dikhabarkan dalam riwayat berikut;

عن رسول الله (ص):

(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان, إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد, وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئا, يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه, أعادها ثلاثا; بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة)

مئتان وخمسون علامة: 122

fahdAkan diperintah tanah Hijaz (Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh saudaranya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! - Diulanginya 3 kali - Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).

Kita tahu bahawa Raja Abdullah adalah raja yang menggantikan Fahd, makna nama Fahd adalah nama seekor haiwan iaitu harimau kumbang.

Raja Abdullah hari ini telah meninggal dunia, dan Raja Salman bin Abdul Azis sebagai penggantinya

Saudi Arabia ataupun nama asalnya Hijaz adalah tempat terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam, pastinya pergolakan yang berlaku disini akan memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam.

Keputusan melantik pengganti Abdullah dari ahli keluarga yang paling tua iaitu Salman bin Abdul Aziz al-Saud tidaklah mengejutkan.

Salman yang 12 tahun lebih muda dari Raja Abdullah, sebelum ini memegang kuasa sebagai gabenor Riyadh sebelum menjadi menteri pertahanan selepas kematian Putera Sultan tahun 2012 yamg lalu. Semasa menjadi gabenor beliau telah menjadikan Riyadh (Najd) ibu negara Saudi itu dari sebuah bandar biasa menjadi bandar metropolis seperti Dallas, penuh dengan bangunan pencakar langit futuristik, seperti bangunan tertinggi di dunia, Kingdom Tower yang dimiliki oleh Putera al-Waleed bin Talal.

Sepeninggal Salman kelak, Yang tinggal hanyalah dua orang sahaja yang sering dikatakan sebagai raja pengganti, iaitu Putera Ahmad bin Abdul Aziz, sudah berumur tua juga, yang menggantikan Putera Nayef sebagai menteri dalam negeri, dan Putera Muqrin bin Abdul Aziz,; walaupun begitu terdapat keraguan terhadap Putera Muqrin kerana ibunya seorang Yaman. Tetapi keputusan Saudi saat ini menentukan Muqrin sebagai wakil putera mahkola paska Raja Salman.

Negara Saudi ini terkenal dengan "Piagam Abdul Aziz" yang tertulis, "selama anak-anak saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah kepada cucu-cucu saya", bahaya perselisihan akan bakal terjadi tentang siapa yang akan mewarisi tahta sekiranya anak anak Abdul Azis sudah meninggal dunia. Kerana kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telah lanjut usianya.

Mungkinkah selepas ini, tahta Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan untuk mengambil alih takhta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja yang pernah memerintah akan menuntut haknya.

Pastinya AS dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris takhta negara tersebut sepihak dengannya. AS sudah pasti tidak mahu kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat memastikan keselamatan negara Israel dan pendudukannya atas Baitulmaqdis.

Penguasaan atas Baitulmaqdis pula akan memastikan penguasaan AS dan Israel atas dunia keseluruhannya.

Menurut nubuwah, justru pembebasan Baitulmaqdis daripada cengkaman Zionis pastinya tidak akan tercapai tanpa terlebih dahulu membebaskan "2 Tanah Suci" (Makkah dan Madinah) dari penguasaan AS dan konco konconya.


Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah "permulaan akhir zaman" yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Manusia akan alami banyak perselisihan setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida '(padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai'ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan dibunuh; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah kerugian. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan mensholatkan beliau. "; - [Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;

"Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kita ..?", (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kita ..?", (Rasulullah diam dan kembali berdoa): "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kami .. ?? ", beliau SAW kemudian menjawab:" dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah !, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk syaitan! "(Sahih Al Bukhari)

Sumber: eramuslim.com

2 comments:

Post a Comment

Saya Tidak Dipaksa Menyanyi Hanya Layan Polis Peminat Tegar Slam


Zamani ketika ditemui selepas dibebaskan dari tahanan reman pada pagi Sabtu


PETALING JAYA: Kenyataan terbaru daripada Penyanyi Zamani Slam selepas dibebaskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.

"Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. "Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.

"Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.

"Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat yang menontonnya," jelasnya.

Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video tersebut dilaman-laman sosial. Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain. Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.

"Perkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang. "Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang," ujarnya. Zamani mengucapkan syukur dan lega apabila diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.

Jelasnya, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah. "Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.

"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini. "Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga," ujarnya.

Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi. "Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya.

Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai. "Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.

Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini. Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) - mStar

0 comments:

Post a Comment

Akhir Zaman: Akan Berlaku Perselisihan Setelah Wafatnya Seorang Pemimpin




Hadis berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama, perselisihan berpanjangan sesudah kematian seorang pemimpin. Kedua, dibai'atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai'at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ
وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ

"Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai'at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai'at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah. "(HR Abu Dawud 3737)

Saudaraku, sebahagian pemerhati tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahawa indikasi yang pertama telah terjadi, yaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah meninggal dunia itu? Sebahagian spekulasi bahawa yang dimaksudkan adalah Saddam Husein (atau Raja Abdullah?). Kerana semenjak kematiannya, negeri Iraq berada dalam kekacauan berpanjangan. Wallahua'lam bish-showwab. Bila analisa ini benar bermakna dewasa ini kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai'atan paksa Imam Mahdi di depan Kaabah.

Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, bermakna Ummat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi tahu bahawa Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir ... Dan bila ini telah menjadi jelas kitapun terikat dengan pesan Nabishollallahu 'alaih wa sallamsebagai berikut:

فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ
"Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai'at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi." (HR Abu Dawud 4074)

Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: 'isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Amin ...

Sumber dari eramuslim.com

0 comments:

Post a Comment

APARTMENT BERBENTUK SALIB GERGASI DI JOHOR BAHRU?




Saya sangat hairan takkan tidak ada seorang pun yang perasan dengan billboard yang telah di pasang pada bahu lebuhraya EDL Bakar Batu, Johor Bahru? Sebuah apartment mewah bakal dibina yang mana struktur dibahagian tengahnya membentuk lambang SALIB yang menepati skala sebenar.



Jika di Kuala Terengganu mereka ada Kalimah Allah gergasi yang dapat dilihat dari jauh mengingatkan semua dengan Pencipta, namun di Negeri Johor rakyatnya mempunyai lambang Salib gergasi yang dapat dilihat dari Singapura. Malu lah JOHOR.



Saya minta kita anggap kes ini sama seperti perobohan surau sebuah resort yang dijadikan gereja oleh pengunjungnya dan sebuah patung budha gergasi yang diarah untuk dipindah atau dimusnahkan. Saya berharap struktur binaan bangunan ini di ubah. Tidak lebih dari itu.

Jika ia siap kelak tanpa sebarang modifikasi, saya bimbang tanggapan orang luar akan terlalu menyakitkan seperti gambar poster ini.

Ada yang menganggap ia mungkin satu kebetulan. Namun jika dilihat kedudukan lambang salib yang berada betul-betul ditengah-tengah bangunan itu bukan disisi atau berganding dengan corak atau motif yang lain, memang jelas ia disengajakan.

Bangunan yang diberi nama sebagai CRESCENT BAY itu ternyata hanya mengelirukan kerana BUKAN BULAN SABIT yang kelihatan tetapi LAWAN bagi lambang itu..SALIB.



Bangunan ini mungkin tidak jadi isu jika dibina di Amerika mahupun Eropah. Tetapi jika ia tertegak di JOHOR maka ia memberi imej yang sangat jelek dan sangat memalukan.

Saya merayu kepada semua orang Islam agar lebih sensitif terhadap perkara sekecil dan sehalus mana sekali pun selagi ia melibatkan akidah. Mungkin ada diantara kita teramat yakin dapat memasuki syurga. Saya dan anda pun tahu tiada jaminan untuk itu. Sebarang struktur yang melambangkan DOMINASI agama selain Islam perlu di HAPUSKAN.

Zaman sekarang pun fail murtad di JAKIM tingginya lebih 7 kaki.. Esok anak-anak kita mungkin entah apa dasyatnya pula keadaannya. Diantara kita pun sanggup mempersendakan isu ini dan menganggapnya remeh. Selagi kita ada kuasa untuk berbuat sesuatu lakukanlah. Kerana itulah tanda sekecil-kecil iman yang ada dalam dada kita..




USAH BIMBANG JIKA ISLAM DIBENCI ORANG KAFIR




Ada yang menegur kononnya kalau kita fanatik atau ikutkan sangat dalam menjaga sensitiviti agama kita nanti orang bukan Islam tak nampak kebaikan Islam atau menjauhkan diri dari Islam.

Kepada mereka yang berhasrat mengajak orang masuk islam, bacalah habis Al Quran. Tang mananya sampai nak pertahankan akidah sendiri pun tak mampu sebab takut orang kafir benci?

Mereka membenci Islam sebab memang mereka tidak dapat hidayah Allah. Hidayah itu hak Allah. Hatta ayah saudara yang dicintai Nabi pun mati dalam keadaan kufur kepada Allah.

Kalau kerana inginkan sangat dapat perhatian orang kafir sampai akidah sendiri pun tidak dijaga. Dakwah entah ke mana. Akidah sendiri pun entah ke mana...

Tanggungjawab kita hanyalah untuk menyampaikan Islam kepada mereka melalui ayat- ayat Allah dengan cara yang ditunjukkan Nabi. Bukan untuk memastikan mereka menerima Islam. Jika mereka menolak maka kita tahulah apa maksudnya..

Jadikanlah ayat ini panduan..

('Āli `Imrān):20 - Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu (mau) masuk Islam". Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.


Sumber: zulhairifetani.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

BIODATA TUAN GURU DATUK NIK AZIZ BIN NIK MAT



Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.



Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

Semoga Allah sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan TGNA. Amin..


Sumber dari group whatsapp

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ