Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PERDANA MENTERI DAN MUFTI SENDIRI MEMBENARKAN PESTA ARAK 2018?

PESTA ARAK 2018




-BEER-
http://chedet.cc/?p=2633

1. Saya diberitahu ramai yang marah saya kerana tidak menyatakan sokongan saya terhadap bantahan perayaan beer (beer festival – Oktober Fest) oleh orang bukan Islam.

2. Bagi saya kalau orang bukan Islam yang tidak haramkan minum alkohol atau beer hendak minum beer sampai pengsan, itu masalah mereka. Yang penting mereka jangan timbul masalah kepada orang lain, atau memandu kereta di waktu mabuk.

3. Yang saya amat dukacita ialah penyalahgunaan dadah oleh anak orang Islam sehingga menyebabkan kematian 23 murid sekolah tahfiz apabila mereka membakar asrama sekolah.

4. Ternampak seolah-olah orang Islam menerima pembunuhan murid ini sebagai perkara biasa. Ya. Memang ada mereka yang berpendapat ini semua takdir. Oleh itu terima sahajalah. Seperti yang telah dinyatakan oleh guru tahfiz, anak yang mati setelah ke sekolah tahfiz akan menunggu ayah dan emak di pintu syurga kelak.

5. Tetapi bagi saya soal yang timbul ialah kenapa ada anak orang Melayu / Islam yang terlibat dengan dadah. Kenapa tidak didengar anak Cina dan India terlibat dengan dadah. Apakah ini juga takdir. Tidak adakah apa-apa yang boleh dibuat untuk menentu anak Melayu / Islam menolak dadah?

6. Allah SWT berfirman dalam Al Quran bahawa Allah tidak akan memperbaiki keburukan yang menimpa manusia melainkan manusia itu sendiri cuba memperbaikinya terlebih dahulu.

7. Penagihan dadah disebabkan kurang kawalan anak oleh ibu bapa di zaman ini. Tanggungjawab menyemai sikap menolak dadah sepatutnya diletak di bahu guru agama dalam sekolah.

8. Tetapi di sekolah, selain dari mengajar ibadat tertentu untuk pahala tidak ada tekanan yang cukup terhadap pengajaran budi pekerti Islam; terhadap dosa pahala, baik buruk, amalan hidup dalam Islam. Dengan itu anak mudah terjebak dengan yang tidak baik, termasuk penggunaan dadah.

9. Jika kerana disemai dengan kawalan diri mencegah yang buruk dan mengamal yang baik (amal ma’aruf nahi mungkar) sebagai sebahagian dari tuntutan agama Islam, kemungkinan perlakuan perkara-perkara yang dilarang akan berkurangan. Tetapi setakat yang saya tahu tidak ada latihan dan pengajaran secara sistematik dalam bidang ini di sekolah-sekolah.

10. Ilmu sahaja tidak berguna jika tidak dikawal oleh budaya yang baik. Saya amat malu membaca laporan berkali-kali akan perlakuan yang tidak baik oleh orang Islam, terutama anak muda. Saya berpendapat perkara ini perlu diberi perhatian lebih oleh orang Islam dan bukan melarang orang bukan Islam minum beer.

11. Ini adalah pendapat saya. Jika nak kecam dan nak marah saya kerana tidak memecah botol beer di hadapan pejabat MB, marahlah.

12. Oktober Fest, perayaan minum beer pada bulan Oktober adalah tradisi budaya orang Jerman.

13. Jerman menerima satu juta pelarian Islam dari Syria. Apakah balasan pelarian ini kepada orang Jerman sebagai tuan rumah ialah dengan melarang mereka dari minum beer dalam Oktober Fest mereka.

14. Orang Melayu berkata jaga tepi kain sendiri. Tentukan kita jangan minum beer dan kita tak makan dadah. Itu lebih baik dari pecah botol beer.



JOM DENGAR APA PULA KATA MUFTI PERLIS DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN (DR MAZA)


0 comments:

Post a Comment

Cara Solat Yang Pelik Tak Tahu Ajaran Apa Yang Mereka Ikuti

Ajaran sesat



Di bawah ada 5 rakaman video yang admin terima melalui wasap dan facebook cara-cara solat yang pelik... tak tahu ajaran apa yang mereka ikuti... jom saksikan..














1 comments:

Post a Comment

Gempar!! Menurut Pakar Geologi Malaysia Juga Boleh Berlaku Gempa Bumi

Gambar hiasan dari google


Kesan daripada gempa bumi di kepulauan Indonesia terhadap Malaysia..

Jika berlaku lagi gempa bumi di sekitar kepulauan Indonesia, garis sesar (garis gelinciran bawsh tanah) di Malaysia ini pasti akan berubah samada semakin lebar atau makin panjang.

Dan tatkala berlakunya pergerakan tektonik iaitu pergerakan lapisan kerak bumi dengan kata lain gelinciran, maka bergegarlah semua yang ada di atasnya, itulah yang kita gelar gempa bumi kerana lapisan kerak bumi bergerak dalam skala yang amat besar, ada lapisan yang turun dan ada lapisan yang naik.

Gempa Bumi di Malaysia



Ada yang kata ini berlaku akibat pergerakan magma dan ada yang kata akibat gunung berapi. Tidak. Ia tidak begitu.

Garis sesar ni mcm lapisan2 batuan yang dah retak atau dah patah. Andai berlaku sedikit sahaja getaran di kawasan berhampiran dengannya, mesti lapisan ini akan berlaku pergerakan. Ada bahagian yang jatuh ke bawah. Dan jika gerakan jatuh ini besar, ia tentu menghasilkan gegaran yang amat dahsyat sekali, hingga mampu merobohkan bangunan, menggulung tanah yang di atas hingga mampu menimbus satu kampung atau bandaraya.




Paling membimbangkan kita ialah menurut pakar geologi, akibat banyak kali berlaku gempa bumi di Indonesia, impaknya turut menimpa Malaysia. "Garis sesar purba" di Malaysia yang selama ini terpendam sekarang sudah dikesan telah mula aktif. Di kawasan Lembah Klang, garis sesar ini menganjur sejauh 60km dari Shah Alam melalui Kuala Lumpur hingga ke Bukit Tinggi (Janda Baik). Mereka mengatakan bahawa jika berlaku gempa bumi ia amatlah dahsyat sekali, ia boleh melebihi 9.5 skala richter. Malang sekali bahawa tidak ada satupun bangunan di tempat kita khususnya di Kuala Lumpur yang telah dibina dengan teknologi penyerap gempa bumi seperti di Jepun. Maknanya, kemusnahan total tidak akan dapat dielakkan langsung. Allahuakbar..

0 comments:

Post a Comment

Tamrin Gesa Polis Siasat Tunku Mahkota Johor (TMJ)

Tamrin Gesa Polis Siasat TMJ



Tamrin Gesa Polis Siasat TMJ

JANGAN MENCONTENG ARANG DI MUKA

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat – 05/10/18


1. Sudah beberapa kali kenyataan karut telah dibuat oleh makhluk yang berselindung di sebalik gelaran TMJ ini.

2. Sebenarnya ‘kehebatan’ beliau ini hanya semata – mata bergantung di bawah ketiak bapanya, Sultan dan pengawal – pengawal peribadi yang terdiri dari anggota Askar Timbalan Setia Johor atau Johor Military Force ( JMF ).

3. Kini pasukan tersebut diletakkan dibawah tanggungjawab beliau yang menggelarkan sendiri diri nya sebagai Mejar Jeneral.

4. Dari segi undang – undang, amalan dan protokol Angkatan Tentera, beliau sememangnya TIDAK LAYAK sama sekali menggunakan gelaran tersebut dan ini adalah satu kesalahan.

5. Bagi menjaga nama baik Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan sepatutnya mengarahkan beliau tidak lagi menggunakan gelaran tersebut.

6. Kementerian boleh mengutus surat berbentuk ‘nasihat’ . Jika beliau berdegil dengan tidak mengendahkan ‘nasihat’ tersebut , maka Kementerian harus mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

7. Kepada Sdr. Khairy Jamaluddin, bekas Menteri , saya ucap tahniah diatas sikap tanggungjawab dan prihatin beliau apabila secara sukarela memulangkan medal tentera yang pernah diterimanya.

8. Di zaman moden ini , apakah perlunya pasukan Askar Timbalan Setia Johor itu dikekalkan sedangkan Angkatan Tentera dan Pasukan Polis kita sudah memadai menjaga keselamatan negara, apatah lagi setakat mengawal dan menjaga keselamatan Istana?

9. Sudah sampai masanya pembersihan dan ‘reformasi’ dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dengan mengkaji semula peranan pasukan tersebut.

10. Kelakuan TMJ ini tak ubah seperti ‘menconteng arang di muka sendiri’ dan ibarat ‘sebab setitik nila rosak susu sebelanga’ ; ia sedikit sebanyak mencemarkan Institusi Raja Berpelembagaan itu sendiri.

11. Sepatutnya apabila seseorang anak itu melakukan kesalahan atau tak reti bahasa maka adalah menjadi tanggungjawab bapanya untuk mengajar dan membetulkan yang tak betul melainkan jika bapa itu pun sama – sama tak betul atau dalam bahasa Mat Rempit – 2 x 5 sahaja.

12. Hormatilah diri sendiri jika mahu orang lain menghormati kita; begitu juga Raja -Raja MESTILAH menghormati Perlembagaan dan Undang – Undang agar rakyat terus menghormati mereka.

13. Apakah mereka sudah lupa Sumpah dan Ikrar mereka semasa menggambil alih jawatan sama ada Agong mahu pun Sultan?

14. Apa yang rakyat lihat hari ini, sudah terlalu banyak tindakan mereka khasnya Sultan Johor dan anaknya yang melanggar Perlembagaan.

15. Menuduh Kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir kononnya menggunakan peralatan canggih buatan Israel mengintip ( spying) beliau dan bapanya adalah satu tindakan provokasi yang amat serius ; apa penting sangat ke mereka berdua ini sehingga Kerajaan terpaksa melakukan pengintipan, atau mereka sedang mencari pablisiti murah bagi menutup kelemahan sendiri?

16. Beliau perlu tampil dengan bukti kukuh terhadap dakwaan yang dibuat itu, bukan menyerang secara membabi buta sahaja.

17. Rakyat mula bertanya apakah ada dua bentuk Perlembagaan dan Undang – Undang yang wujud , satu untuk Sultan dan keluarga mereka dan yang satu lagi untuk rakyat?

18. Amat malang sekali jika sekiranya Polis tidak tahu atau tidak memahami Perlembagaan.

19. Sepatutnya Polis boleh menyiasat dan mendakwa beliau atas kesalahan yang serius ini walaupun bergelar Tengku Mahkota Johor.

20. Perlu diingatkan sekali lagi Tengku Mahkota , Raja Muda dan lain – lain ahli keluarga Sultan , mereka TIDAK punyai perlindungan kekebalan atau imunity; taraf mereka sama saja seperti rakyat biasa ; boleh diheret ke muka pengadilan bila – bila masa sahaja jika melanggar undang – undang.

21. Undang – undang tetap undang atau dalam bahasa Inggerisnya law is law.

22. Polis harus bertindak secara profesional , bukan pilih bulu atau hanya bertindak mengikut arahan.

23. Ketua Polis Negara TIDAK SEPATUTNYA berpeluk tubuh dalam perkara sedemikian.

24. Menyarankan Kerajaan Negeri Johor membayar gaji minima kepada pekerja juga satu tindakan yang boleh dilihat sebagai mencampuri Pentadbiran Negeri – jika gian sangat , serahkan saja gelaran Tengku Mahkota Johor itu dan bertandinglah dalam Pilihanraya.

25. Jika menang , Sultan lantik anaknya itu sebagai Menteri Besar Johor – itu kan lebih baik!!

26. Baru – baru ini secara sinis beliau cuba mempersenda orang tertentu dengan kekayaan kononnya hanya orang tersebut sahaja dengan wang ringgit yang banyak mampu membeli kelab bolasepak Real Madrid, sebuah kelab terkemuka dunia; mengapa tidak ada angin tiba – tiba beliau mengaitkan orang tersebut?

27. Ini adalah motif jahat; tindakan ini boleh dianggap sebagai biadab dan kurang ajar oleh seorang budak yang bergelar Tengku Mahkota.

28. Jika jaga Persatuan Bolasepak Negara atau FAM pun gagal, janganlah cuba menonjol diri seperti Mat Jenin.

29. Melalui peguamnya beliau menafikan kononnya kenyataan yang dimuat-naik dalam facebooknya bukanlah ditujukan kepada
seorang Menteri yang menyatakan Tun Dr. Mahathir ialah seorang ‘perfectionist’ ; tetapi umum bukanlah sebodoh itu.

30. Saya berpendapat mulai sekarang tak perlulah lagi sesiapa Menteri sibuk nak menyembah dan mencium tangan mereka.

31. SULTAN BUKAN TUHAN YANG PERLU DISEMBAH dan BUKAN TOK GURU ATAU IBU
IBU BAPA KITA YANG BAIK TANGAN MEREKA DICIUM.

32. Akhir nya Majlis Raja – Raja patut
menasihatkan Sultan Johor agar beliau menasihatkan anaknya, Tunku Ismail agar jangan terlalu celupar, hormat dan pelihara Perlembagaan dan Undang – Undang , hormat orang yang lebih dewasa dari kita dan hormatlah perasaan rakyat jelata.

33. Saya sedia menghadap beliau di mahkamah pada bila – bila masa jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang berhubung tulisan ini.

34. JADILAH PAYUNG YANG SEMPURNA SEBAGAI TEMPAT RAKYAT BERTEDUH.

Terima Kasih.

Kredit: Suara TV

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ