Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SERPIHAN PESAWAT YANG DITEMUI ADALAH MILIK PESAWAT BOIENG 777





Nombor yang tertera pada serpihan sayap pesawat yang ditemui di pantai Pulau Reunion ialah 657 BB.

Ia dikatakan bukan nombor siri bahagian pesawat tetapi nombor untuk penyelenggaraan.Jumaat,khabar terbaru yang menjadikan temuan itu makin menarik tentang misteri kehilangan MH370 ialah fakta yang diberitahu oleh Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Aziz Karpawi.

Katanya MAS telah memberitahunya bahawa nombor yang tertera pada serpihan itu itu adalah dari pesawat jenis Boeing 777.

"Dari nombor bahagian itu ,sah ia dari sebuah pesawat Boeing 777.Maklumat ini dari MAS.Mereka beritahu saya,”katanya seperti dipetik agensi berita AFP.


Pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan KLIA - Beijing ialah Boeing 777.

Apapun kata Aziz setakat ini belum dapat disahkan lagi samaada serpihan sayap itu adalah dari MH370.

”Saya percaya kita semakin hampir untuk selesaikan misteri MH370.Ini mungkin bukti yang meyakinkan bahawa MH370 hilang di Lautan Hindi.

Untuk rekod selama ini tidak ada pesawat jenis Boeing 777 yang jatuh dalam lingkungan Lautan Hindi.

Beberapa kemalangan lain sebelum ini melibatkan pesawat jenis lain termasuk Airbus.

Atas sebab ini kalangan penyiasat dikatakan dikatakan makin yakin serpihan yang ditemui di Pulau Reunion itu adalah dari MH370.

0 comments:

Post a Comment

Gadis Luah Rasa Cinta Pada Tunku Jalil Mendapat Kritikan Hebat!!










Gadis Luah Rasa Cinta Pada Tunku Jalil Mendapat Kritikan Hebat!!


Saya tak kan ganggu TJ lagi.. SemOga bahagia.. Jaga diri..SebelOm tu,, saya nak bagitahu,saya rasa bahagia selama ni.. sebab mencintai insan yang bernama Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim..Sekarang,,saya terpaksa menerima hakikat yang Tunku tak kan mencintai wanita seperti saya.. Saya bukan Orang ada pangkat, bukan Orang kenamaan... Terima kasih Tunku.. Salam terakhir dari saya, Assalammualaikum.




Begitulah bunyi luahan dan rintihan seorang gadis melayu bernama Shahirrah Mhd Rais di facebook milik DYAM Tunku Jalil Official . Setakat ini komen gadis tersebut mendapat sebanyak 169 like dan
153 komen






Tetapi kebanyakkan komen-komen yang ditulis adalah berbau negatif dan cemburu namun begitu ada juga komen-komen yang bernada nasihat terhadap gadis tersebut yang ditulis oleh seorang wanita bernama Datin Dania Norman. Admin amat tertarik dengan komen Datin tersebut:







@Shahirra Mhd Rais, jadilah gadis bila mna ketiadaan kita dirindui, jgn jd gadis yg hny digunakan utk mlepaskn rsa "Cinta".. Kamu msih muda.. Jgn hanyutkn hdup kamu dgn kekecewaan cinta manusia.. Sbnrnya bukan mudah utk mjadi pdamping hidup seorg kerabat diraja Johor tambahan kamu hny rakyat biasa.. Maaf, bkn niat utk mghina cuma ingin myedarkn kamu dari dunia fantasi.. Cik Shahirra, lelaki2 yg memegang status KERABAT DIRAJA ini akn mmbawa nama dan waris dlm khdpn mereka sbb itu dlm pemilihan jodoh, mereka sgt teliti.. Bkn calang2 org blh mgahwini mereka krn wanita yg dinikahi trsebut akn mlahirkn waris keturunan mereka.. Tnylah pd hati plg dlm, apa bnr kamu mcintai TJ krn cinta @ harta n status dirajanya??? Sy x nafikn hampir ksmua krbt diraja johor mmg mudah mesra tp itu bkn brmakna CINTA.. Sy ulangi BUKAN CINTA.. Xslh kamu ingin mluah rsa tp sblm bbuat demikian, fikirlah sec matang.. KAMU MAHU MENCARI PUBLISITI MURAHAN @ MAHU SELURUH DUNIA MGETAHUI KEKECEWAAN HATI KAMU??? Akhir kalam, jagalah akhlak kamu kelak Allah akn ketemukan kamu dgn "dia" yg sempurna akhlaknya juga.. Insha Allah~





Admin ingin berpesan jika anda ingin bercinta atau ingin meluahkan rasa cinta anda pada si dia tidak perlulah secara terbuka seperti ini tambahan lagi si dia merupakan seorang yang berstatus tinggi kelak kita sendiri yang akan dimalukan dan diperlekehkan. Sebaliknya ada lebih baiknya jika anda membuat  personal message (PM) ke inboxnya  kecuali kalau sememangnya anda ingin mencari publisiti murahan.




0 comments:

Post a Comment

KERABAT JOHOR SAMPAIKAN MESEJ TERSIRAT MENDAPAT PERHATIAN RAMAI



KUALA LUMPUR: Selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik kata-kata semangat kepada rakyat Johor di Facebook baru-baru ini, kini status dua adindanya pula menjadi tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi laman sosial Instagram, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar semalam, masing-masing dilihat menyampaikan mesej tersirat.


Tunku Jalil


Dalam entri tersebut, Tunku Jalil memuat naik foto bendera Malaysia iaitu jalur gemilang tanpa sebarang warna bersama beberapa baris ayat.


“Jika ada perselisihan, moga kita membawa keharmonian. Jika ada kesilapan, moga kita membawa kebenaran.

“Jika ada keraguan, kita membawa kepercayaan. Dan jika ada duka, moga kita membawa harapan,” katanya.


Tunku Idris



Sementara itu, Tunku Idris dalam entrinya lebih kurang 13 jam lalu pula memuat naik gambar bendera Johor tanpa sebarang kapsyen yang sehingga kini disukai lebih 4,000 pengikutnya.

Ternyata, tindakan kedua kerabat Diraja Johor itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial dengan mengaitkan situasi semasa negara terutamanya membabitkan rombakan Kabinet yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.





Beberapa komen pengikut di laman sosial berkenaan juga meluahkan pandangan masing-masing.

“Sedih sangat dgn apa yg negara kita hadapi sekarang. Dapat rasakan yg negara luar duk gelak kt negara kita coz byk sangat drama,” tulis zitazety.

Manakala Ezzadzaman berkata: “Bangsa Johor.. Be Cool”.


Tunku Ismail (TMJ)



Sebelum ini, TMJ memuat naik kenyataan ringkas selepas kurang 12 jam barisan Kabinet baru diumumkan yang antaranya menyatakan:

“Anda tidak berseorangan. Allah peliharakan Sultan. Hidup Johor”.

Selepas diteliti, kenyataan - kenyataan tersebut dipercayai sebagai sokongan jelas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang disingkirkan daripada jawatan pemimpin nombor dua negara.
- mD

0 comments:

Post a Comment

KENAPA LOVEBITE BAHAYA?

KENAPA LOVEBITE BAHAYA




Kenapa lovebite berbahaya?


Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang dilakukan oleh kekasihnya.


Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland.


Dia didapati tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.


Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya.


Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya.


Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.


Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!


Jadi, hati-hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri,dan ghairah terlampau nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut!


Kredit: Kutukan Dewata

0 comments:

Post a Comment

KISAH PEMIMPIN GILA BODEK DAN AMPU



Kisah Pemimpin Gila Bodek Dan Ampu

Apabila sekali-sekala kita terasa terlalu ingin dipuji dan apabila yang kita mahu dengar hanyalah kata-kata yang sedap-sedap sahaja, lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai kedudukan yang tinggi dalam organisasi atau masyarakat, ditambah pula oleh orang disekeliling kita terdiri daripada kaki ampu dan ‘bodek’, maka renungilah sejenak kisah raja tanpa bajunya ini. Cerita pendek turun-temurun ini telah kita dengar sejak di bangku sekolah rendah lagi. Memang sudah lama, namun iktibarnya dapat kita manfaatkan sepanjang usia. Bukan sahaja untuk menilai dan memperbaiki diri kita, malah untuk menilai orang lain, suasana dan perkembangan semasa.

Kisahnya bermula dengan seorang raja yang suka berpakaian cantik. Baginda terlalu gilakan baju dan fesyen baru. Semua tukang jahit dalam negara pemerintahannya sudah dikerahkan untuk menjahit baju barunya. Sehelai demi sehelai. Apabila siap sahaja, raja terus memakainya dan muncul di khalayak ramai. Kembang-kuncup hatinya apabila mendengar pujian rakyat tentang kecantikan pakaiannya. Itulah saat yang paling bahagia dirasakan dalam hidupnya. Bulan demi bulan, tahun demi tahun, itulah karenah raja tersebut. Dan setiap kali raja muncul dengan pakaian barunya, rakyat akan mengangguk-anggukkan kepala serta memuji-muji baju raja. Namun walaupun telah silih berganti fesyen, silih berganti baju, raja masih belum puas hati lagi. Raja masih merasakan bahawa ada lagi fesyen baru yang belum dicubanya.

Maka menteri-menterinya disekelilingnya pening kepala, apalagi yang boleh diusahakan untuk memenuhi kehendak raja. Kehendak raja mesti dijaga, egonya mesti dikipas terus-menerus. Dan untuk itu para menteri ‘kaki bodek’ sanggup berbuat apa sahaja. Suka hati raja, maka selamatlah kedudukan mereka. Atas desakan raja, maka para pun akhirnya sepakat untuk mewartakan satu iklan besar-besaran – satu hadiah yang cukup lumayan kepada siapa yang dapat menjahit satu pakaian fesyen terbaru untuk raja. Tukang-tukang jahit dari seluruh pelusuk negara pun berduyun-duyun ke istana membawa kertas cadangan, lengkap dengan lakaran dan sebut-harga masing-masing. Namun raja tidak perkenan kerana semua tukang jahit itu sudah dikenalinya. Kalau muka lama, tentu citarasanya juga sama dan daya kreativitinya masih di takuk lama. Akhirnya, semua tukang jahit itu pulang dengan kecewa. Tidak seorang pun diantara mereka yang diterima cadangannya. Raja terus gelisah. Siapakah tukang jahit yang boleh memenuhi citarasanya?

Berita tentang raja mencari tukang jahit yang istimewa tersebar ke serata pelusuk negara. Berita sensasi itu turut sampai ke telinga dua orang lelaki yang sangat bijak menipu. Apalagi, otak licik merekapun berputar untuk mencari helah. Mereka berdua pun sepakat untuk menipu raja. Dengan menyamar sebagai tukang jahit yang terkenal mereka pergi ke istana untuk menawarkan diri sebagai tukang jahit yang mampu menghasilkan pakaian yang sangat istimewa. Raja dan para menteri yang sudah lama ‘pening kepala’ itupun ditipu bulat-bulat dengan cerita-cerita gah daripada kedua tukang jahit palsu itu. Kononnya pakaian yang akan mereka persembahkan buat raja nanti sungguh istimewa tetapi sangat mahal harganya. Apalagi, demi mendengar cerita tentang pakaian istimewa itu, rajapun melonjak-lonjak kegembiraan dan memerintahkan agar baju yang dimaksudkan itu dibuat segera. Belanja untuk membeli benang, jarum dan pelbagai peralatan membuat pakaian pun dikeluarkan dari khazanah negara. Belanja yang dikeluarkan sangat besar. Dan raja terpaksa memberi satu bilik khas seperti mana yang diminta oleh kedua tukang jahit untuk menjahit pakaian istimewa itu.

Tidak lama selepas itu, kedua orang tukang jahit memaklumkan kepada raja bahawa pakaian istimewa baginda telahpun siap. Lalu pada hari yang ditetapkan itu para menteri mengiringi raja ke bilik khas tukang jahit itu untuk memakai pakaiannya dan dari situ raja dijadualkan berangkat ke halaman istana untuk berjalan di hadapan rakyat jelata yang telah sedia menunggu untuk melihat pakaian raja yang baru. Tanpa bertanggung-tangguh tukang jahit memakaikan pakaian istimewa raja setelah baginda membuka semua pakaian yang sedia ada. Sambil memakaikannya kedua mereka memuji betapa segak dan cantiknya raja dengan pakaian barunya. Raja sungguh gembira walaupun sebenarnya baginda sendiri tidak nampak akan baju serta seluarnya. Tetapi oleh kerana pujian kedua tukang jahit, raja yakin sungguh bahawa pakaiannya memang cantik, walaupun sebenarnya baginda sedang berbogel.

Apabila keluar, menteri terkejut melihat raja yang berbogel, tetapi oleh kerana raja begitu beria-ria memuji ‘bajunya’ maka para menteripun turut memuji. Jika pujian raja sejengkal, para menterinya pula menambah hingga jadi sehasta. Wah, raja bertambah suka!Keluar menuju halaman istana, rakyat terpaku, apa tidaknya raja mereka sedang berjalan tanpa seurat benangpun. Tetapi apabila melihat para menteri memuji pakaian raja, maka seluruh rakyat pun segera memuji. Malah lebih daripada pujian oleh para menteri. Pujian sehasta jadi sedepa. Masing-masing memuji dengan bersorak ria. Apalagi, raja pun terus berjalan dengan lagak sombong dan bangganya. Kali ini raja benar-benar puas hati. Tidak disangkanya baju dan seluarnya begitu istimewa.

Tiba-tiba, seorang budak kecil berteriak, “raja tak berpakaian! Raja berbogel.” Semua orang terkejut dengan keberanian dan kelantangan budak tersebut. Mereka terus tersentak. Minda yang tertutup tadi telah terbuka. Kejujuran budak itu telah mencairkan sifat memuji secara membabi buta mereka.Ya, raja memang berbogel. Raja tidak berpakaian. Apalagi mereka pun ketawa beramai sambil mengejek raja. Menteri-menteri pun terkejut. Benar, raja memang berbogel. Pakaian istimewa yang tidak kelihatan itu memang tidak ada lansung. Melihat keadaan itu raja pun tersedar. Barulah raja mengakui hakikatnya bagainda memang tidak berpakaian dan sedang berdiri di hadapan seluruh rakyatnya. Malunya tidak terkira. Lalu dengan pantas, baginda berlari lintang-pukang menuju ke dalam istana di tengah-tengah ejekan rakyatnya.

Itulah nasib pemimpin yang kaki ampu. Justeru mengharapkan pujian dan sanjungan, telah ramai para pemimpin yang kecundang. Pujian membutakan mereka daripada melihat kelemahan dan kekurangan diri. Mereka telah merasakan begitu ‘super’ sehingga terlanjur bertindak di luar kemampuan diri. Ada yang cuba menunjukan kekuatan dengan harta, sehingga lupa hutang sudah keliling pinggang. Mereka berbelanja besar, kerana disitulah dirasakannya mertabat dan derjat kepimpinannya.


Kredit: Genta Rasa

0 comments:

Post a Comment

SURAT TERBUKA BUAT TS MUHYIDDIN YASSIN



Muhyiddin Khianat Melayu, UMNO, Kerajaan Dan Sahabat
July 27, 2015 Oleh: Amin Yatim

Assalamualakum Tan Sri Muhyiddin,

Malam tadi mengesahkan bahawa Tan Sri ialah seorang Timbalan Presiden UMNO yang berstatus pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan para sahabat.

Tidak, saya tidak bercakap mengenai skandal tanah di Johor atau skandal Bestari.Net dengan YTL. Saya bercakap soal ucapan Tan Sri semasa merasmikan UMNO Bahagian Cheras malam tadi.

Tan Sri bukan sahaja memburukkan Presiden parti, mempertikaikan cara kabinet menanganinya, malah mendedahkan perbualan Tan Sri dengan rakan kabinet lain. Tan Sri sungguhpun secara berlapik, tapi jelas membawa maksud 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ini satu skandal besar.

Tan Sri juga menyatakan jika pilihan raya diadakan hari ini, Barisan Nasional akan kalah.

Tan Sri, apabila kita datang merasmikan UMNO bahagian, kita mahukan UMNO Bahagian yang bersemangat waja, bersatu dan bersedia berhadapan pilihan raya pada bila-bila masa. Malangnya, Tan Sri datang seperti mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO.

Jika ikhlas dalam perjuangan sudah tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB ini kita biarkan pihak berkenaan menyiasat mencari kebenaran dan keadilan kerana ia membabitkan isu yang besar dan kompleks.

Malangnya, Tan Sri memilih untuk membelasah Presiden kerana mahu menjadi hero. Tan Sri Khianat kepada kerajaan dan sahabat dalam Kabinet.

Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan untuk menunda pemilihan UMNO 2016. Jika Tan Sri percaya Mohd Najib bersalah dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju ditangguhkan pemilihan UMNO?

Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta diadakan pemilihan UMNO supaya Tan Sri dapat bertanding dan membersihkan UMNO?

Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan UMNO 2016 yang sepatutnya dijadikan medan membersihkan parti jika benar ia sudah teruk seperti yang didakwa. Tan Sri tidak pentingkan orang Melayu tetapi kedudukan Tan Sri. Tan Sri khianat kepada orang Melayu di bawah.

Hari ini, Tan Sri datang ke mesyuarat UMNO dan mendakwa kita tidak boleh menang pilihan raya Umum jika diadakan hari ini. Panglima perang apa yang mengumumkan kepada orang ramai dan bala tentera sendiri bahawa tidak akan menang perang? Tan Sri khianat parti UMNO dan Nasional.

Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO, Kerajaan Malaysia dan para sahabat.

Ikhlas
Amin Yatim

0 comments:

Post a Comment

Sejarah Bapa Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Ramai Tidak Tahu



Ayah Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas TPM kita

Nama lengkap ulama yang menetap di Muar ini ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Diriwayatkan beliau berasal dari Siak, Sumatera. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin lahir pada tahun 1902 Masehi dan meninggal dunia ketika berusia 73 tahun di Muar, Johor.
Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar.

Adakalanya, beliau mengajar sampai ke Chohong Melaka yang merupakan sempadan antara Melaka dan Muar. Pengajaran beliau kebanyakannya tertumpu kepada kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor.



Beliau dikatakan telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu. Antara kitab yang berjaya dikhatam dihadapan gurunya itu ialah Faridatul Faraid karangan masyaikh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19 Masehi. Gurunya iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. Pandangan beliau terhadap gurunya seperti yang dicatatkan oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah diungkapkan seperti berikut,

"Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.''

0 comments:

Post a Comment

KURMA PENGGANTI LEMON UNTUK MINUMAN BERAKALI



KURMA PENGGANTI LEMON UNTUK MINUMAN BERAKALI

Pernah dengar tentang air nabeez? Air nabeez adalah minuman sunnah yg mempunyai byk khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat. Ia adalah minuman berakali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox!! (Tak payah nak popular kan lemon... Guna kurma lagi bagus... Ikut sunnah)

Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sistem limpa, hati, tekak melapangkan dada dan bagus utk prostate. Sbb tu kaum lelaki amat di galakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout

Cara penyediaan air nabeez ni, mudah yg amat. Selepas isya', rendam kira2 100gm kurma/100gm kismis didlm 1 liter air. Kurma ajwa adalah yg terbaik, tapi boleh jugak gunakan kurma2 yg lain. Kalau kismis, manaqqa (warna kuning) lebih baik dari yg hitam. Saya guna 3 biji kurma @ segenggam kismis utk segelas air. Kalau kurma, lebih baik angka ganjil... Tutup gelas tersebut, dan biar semalaman@ kira2 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas ya. Lagi satu, jgn di campur kurma & kismis. Gunakan salah satu sahaja... Esok pagi, kluarkan kurma tu, kacau & minum. Kurma tu blh di makan begitu jek atau di kisar dgn air nabeez tadi, dan minum. Kalau nak minum malam, boleh rendam pada waktu pagi. Minum sebaik2 nya selepas makan, bukan time perut kosong. Lebih baik 2 jam setelah makan terutamanya selepas makan daging. Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum. Utk lebih selamat, simpan dlm peti sejuk agar nabeez tidak mudah rosak.

'Abdullah r.a berkata; aku mendengar Sufyan bertanya ttg nabeez, Nabi menjawab; 'buat lah di malam hari dan minum ketika pagi'
Hadis sahih dari Sunan an Nasa'ai vol 6, buku 51, Hadith 5745

Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; Jgn menyediakan nabeez dgn mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yg tlh masak bersama2, dan jangan mencampurkan anggur(kismis) Dan kurma bersama tetapi hendaklah di lakukan secara berasingan.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yg disediakan utk Nabi saw akan di minum oleh baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada ptg hari ketiga, baginda akan minum dan memberi kepada sahabat nya. Baki air tersebut Akan di buang.
Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974

1 comments:

Post a Comment

Rahsia Kecemerlangan Universiti Oxford - Ikut Kaedah Sekolah Pondok




Universiti Oxford mengamalkan tradisi dan disiplin ilmu ala institusi pondok..!

Percayakah anda menara gading Inggeris tertua di dunia, Universiti Oxford sebenarnya mengamalkan tradisi dan disiplin ilmu ala institusi pondok? Itulah rahsianya seperti yang didedahkan oleh anak Melayu pertama yang menjadi pensyarah dan felo di Universiti Oxford, Dato’ Dr Afifi Al-Akiti dalam Ijtimak Pondok Malaysia 2014 baru-baru ini.

Dr Afifi Al-Akiti


“Moto Universiti Oxford, ‘Dominus Illuminatio Mea’ diambil daripada ajaran Samawi iaitu kata-kata pembukaan dalam Mazmur 27 yang bermaksud ‘Tuhan ialah cahaya saya’. Ia merupakan kitab Ibrani atau Perjanjian Lama Kristian daripada Zabur ajaran Nabi Daud,” terangnya yang mula berkhidmat di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) pada usia 32 tahun.



Menurutnya ciri-ciri ‘pondok’ dapat dilihat daripada tradisi ritual seperti bacaan doa makan daripada Kitab Doa Bersama (Book of Common Prayer) Anglikan yang diamalkan di Universiti Oxford dan UniversitiCambridge.



“Orang ateis sekali pun dalam jamuan makan perlu membaca doa makan bersama-sama dalam Bahasa Latin. Ia lebih kurang dengan amalan membaca Bismillah dan doa sebelum makan dalam Islam.”



Begitu juga dalam tradisi majlis konvokesyen di universiti dengan persalinan jubah dan topi toga empat segi (mortarboard) adalah datang daripada tradisi agama Islam.



“Topi toga asalnya adalah songkok yang diikat dengan Al-Quran sebagai tanda amanah ilmu dan ijazah daripada guru. Jadi perbuatan membaling topi tersebut ketika selepas majlis konvenkesyen adalah tidak beradap dan tidak mewakili budaya ilmu,” jelasnya sambil membuat demontrasi penganugerahan ijazah dengan menjadikan rakan panelisnya Prof Emeritus Dr Surin Pitsuwan sebagai model guru.



Tambahnya lagi kecemerlangan akademik universiti terbaik dunia itu juga bersumber daripada tradisi bertalaqi iaitu kaedah pengajaran tutorial bersemuka dengan guru.



“Pensyarah di Oxford berperanan seperti Jedi untuk membimbing padawan dalam filem Star Wars. Kami semua berlumba-lumba untuk menjadi Mahaguru Yoda, Qui-Gon Jinn dan Obi-Wan Kenobi,” selorohnya bersahaja.



Beliau turut berkongsi rahsia kelangsungan dan keunggulan Universiri Oxford selama lebih 900 tahun sejak 1096 dengan menggunakan dana endownmen iaitu salah satu instrumen wakaf bagi menjamin autonomi universiti dan kebebasan akademiknya. Mengikut rekod tahun 2012, Universiti Oxford mempunyai endownmen sebanyak 3.8 bilion pound sementara Universiti Cambridge sebanyak 4.5 bilion pound.



Hampir 20 peratus daripada 175,000 alumni menyumbang dengan mengumpul 45 peratus dana baru pada tahun tersebut.Sumbangan terbesar dalam rekod universiti Eropah diterima daripada bilionair Sir Michael Moritz yang mendermakan 75 juta pound kepada Universiti Oxford untuk membiayai biasiswa pelajar miskin.



Dengan itu, tidaklah menghairankan apabila Universiti Oxford dilihat sebegitu hebat dalam menghasilkan 47 penerima Hadiah Nobel, 25 orang Perdana Menteri Britain, lebih 30 orang perdana menteri dan presiden pelbagai negara serta ratusan sasterawan dunia seperti John Fowles, Evelyn Waugh, Lewis Caroll dan Plum Sykes.



Buktinya paling dekat ialah Dr Afifi sendiri yang diiktiraf sebagai Cendekiawan Clarendon, Universiti Oxford dengan ijazah doktor falsafah teologi Islam, falsafah dan sains pada 2008 disenaraikan dalam senarai ‘500 Umat Islam Paling Berpengaruh’ pada 2010.



Sebelumnya beliau mendapat Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast dan penguasaan tujuh bahasa utama ilmu iaitu Yunani, Latin, Arab, Inggeris, Perancis dan Jerman selain Melayu.



Dr Afifi yang menyambut baik inisatif terbaru kerajaan untuk memperkasakan sekolah pondok, turut menggesa agar sekolah pondok kembali kepada tradisi dan dislipin ilmu dalam Islam sebagaimana yang diamalkan Universiti Oxford sekarang.



“Institusi pondok tidak seharusnya dilabel mewakili pondok tradisi atau moden. Sebaliknya warga pondok perlu berbangga dengan warisan tradisi silam daripada para salaf dan kemudian mampu menawarkan nilai tambah disiplin ilmu mengikut keperluan dan tuntutan semasa,” cadangnya agar sekolah pondok menjadi lebih dinamik, komprehensif dan kompetitif.



Beliau yang pernah menuntut ilmu di sekolah pondok di Selangor, Indonesia, Maghribi dan Syria mengharapkan lulusan pondok akan menyambung pengajian sejauh mungkin malah mengikut jejak langkahnya ke Universiti Oxford.


0 comments:

Post a Comment

SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!



Selama ini saya ingat lambang A sopan. rupanya bukan.

SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!

Assalamualaikum wbt.
...
Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang . Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------

Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah

Sumber fb

0 comments:

Post a Comment

5 Pulau Cantik di Kedah (Selain Langkawi) Yang Ramai Orang Tak Tahu!




5 Pulau Cantik di Kedah (Selain Langkawi) Yang Ramai Orang Tak Tahu!



Sebut saja pulau cantik di Kedah, pasti ramai yang akan terus teringat pada Pulau Langkawi, atau Taman Laut Pulau Payar. Namun tak ramai yang tahu Kedah juga mempunyai beberapa buah pulau lain yang tak kalah pesonanya. Berikut dibawakan 5 buah pulau indah selain Langkawi yang terdapat di perairan negeri Kedah.


1. Pulau Songsong



Terletak di perairan daerah Yan, pulau ini tidak berpenghuni dan merupakan tempat pendaratan bagi penyu bertelur pada musim-musim tertentu. Pulau yang merupakan salah satu daripada gugusan pulau indah di utara Selat Melaka itu menyimpan khazanah laut unik dan pelbagai termasuk ikannya yang berwarna-warni serta terumbu karang cantik. Pulau ini sangat terkenal bagi kaki diving.

Sebelum 2008 para nelayan dan orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi perairan Pulau Song Song berikutan ia digunakan untuk tujuan latihan menembak peluru berpandu oleh pesawat pejuang Tentera Udara Australia. Tentera Udara Australia mengambil alih pulau tersebut daripada Tentera British sejak 1940-an dan menjadikan pulau tersebut sebagai lokasi ujian menembak peluru.

Selepas perjanjian dengan kerajaan Malaysia tamat, pulau terbabit diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Pertahanan. Kini Pulau ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai tanpa sebarang halangan.














2. Pulau Bidan




Pulau Bidan merupakan salah satu dari gugusan kepulaun di daerah Yan, Kedah. Perjalanan ke Pulau Bidan memakan masa kira-kira 35 minit dari Jeti Tanjung Dawai atau hanya 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan.

Pulau ini turut terkenal dengan keindahan pantainya yang memutih, lautnya berwarna biru kehijauan dan lambaian pepohon nyiur yang mendamaikan. Antara spesies ikan yang ada di dasar lautnya adalah ikan alu-alu, Manta Rays, Whalesharks dan Bumphead.










3. Pulau Telor




Pulau Telor merupakan pulau paling kecil di antara gugusan kepulauan yang terdapat di perairan daerah Yan ini. Namun keindahan yang dimilikinya tidak kalah bandingnya dengan pulau-pulau lain di sini.










4. Pulau Bunting



Jangan terkeliru dengan Pulau Dayang Bunting di Langkawi. Ini adalah Pulau Bunting yang terletak di Daerah Yan, Kedah.

Pulau ini digelar Pulau Bunting jika dilahat dari pekan Yan ia seakan-akan menyerupai rupa paras wanita mengandung atau bunting. Menurut penduduk setempat dengan Pulau Bunting memang pulau ini mempunyai 1001 misteri. Di tengah-tengah pulau ini terdapat satu kawasan perkuburan orang melayu. Mengikut cerita orang-orang tua apabila ada kematian orang kampung di darat, jenazah akan dikebumikan di Pulau Bunting.

Pulau ini dihubungkan dengan tanah daratan oleh satu 'jambatan misteri' yang telah lama siap namun tidak pernah dibuka hingga sekarang. Ia kini sangat popular dikalangan kaki pancing dan menjadi tempat perkelahan bagi penduduk setempat.











5. Pulau Sayak




Pulau Sayak terletak di daerah Kuala Muda berdekatan dengan tempat pelancongan popular di sini iaitu Pantai Merdeka. Selain dikelilingi oleh pantai yang indah, kawasan ini turut popular dengan hidangan 'Mee Udang Pulau Sayak'.























Sumber: billyinfo.blogspot.com

2 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ